Categories
Berita Semasa

Hamas memperakui prinsip Menteri Luar Mesir yang baru

Khamis , 10/03/2011 – Hamas memuji prinsip yang dinyatakan oleh Menteri Luar Mesir yang baru, Nabil Al-Arabi. Arabi yang dilantik ketika pembentukan kerajaan selepas revolusi, telah menyeru kepada pengakhiran kepungan selama 5 tahun di sebuah kawasan kecil di Gaza.

Hamas berkata, mereka berharap kedudukan ini akan diterjemahkan sepanjang tempoh perjawatannya. “Kami memuji kenyataan beliau terhadap isu kepungan Gaza dan penolakannya terhadap polisi tidak adil ini, serta pandangannya terhadap kerosakan yang diakibatkan oleh Perjanjian Kem David,” Hamas berkata dalam satu kenyataan terkini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Israel beri notis pengosongan, tahan sepuluh warga Palestin termasuk kanak-kanak

Khamis , 10/03/2011 – Tentera Zionis Israel (IOF) telah memberi notis pengosongan kepada sejumlah warga di Desa Beit Ummar, Al-Khalil, dengan mendakwa bahawa rumah-rumah mereka berdekatan dengan jalan pintas Quds-Khalil.

Sumber tempatan berkata kepada PIC tentera itu dipercayai ingin mencegah penduduk daripada melemparkan batu ke arah kenderaan tentera dan kereta penduduk ‘yang melalui berhampiran kota itu. Tentera Zionis Israel IOF juga menahan sepuluh warga Palestin pada Subuh Isnin di kebanyakan wilayah Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Anak Mubarak terima komisen lumayan hasil eksport gas ke Israel

Khamis , 10/03/2011 – SAkhbar Kuwait Al Jaridah mendedahkan kedua anak Presiden Hosni Mubarak menerima komisen yang amat lumayan hasil eksport gas ke Israel. Menurut berita yang dikeluarkan, kedua mereka menerima 2.5juta dolar Amerika. Rundingan eksport gas dilakukan oleh Menteri inyak Mesir Samer Fahmi dan pengusaha Hussein Salem yang merupakan kroni Mubarak.

Sehingga Disember 2010, 4 kontrak besar Mesir-Israel selama 20 tahun yang dianggarkan sejumlah 10juta dolar .

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Zionis jadikan halam masjid Ibrahimi tempat maksiat

Selasa , 08/03/2011 – Sekelompok penduduk Zionis-Israel akan mengadakan pesta besar-besaran. Pesta yang akan disertai dengan bunga api dan hiburan yang melampau. Dijangkakan halaman masjid itu akan digunakan untuk kawasan mereka berjoget.

Sebelum ini, majlis yang sama telah diadakan oleh Zionis-Israel. Mereka telah merosakkan perumahan rakyat Palestin berhampiran. Mereka juga memaki dan menghina rakyat Palestin yang ada di sekitar itu. Kenderaan milik rakyat Palestin turut dirosakkan oleh Zionis-Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

UNICEF bincang perancangan 2011-2012 dengan Kementerian Kesihatan Gaza

Selasa , 08/03/2011 – Kementerian Kesihatan Gaza yang diwakili oleh Pengarah Kerjasama Antarabangsa, Dr. Mohammed Al-Kashif mengadakan perjumpaan dengan delegasi Tabung Kanak-Kanak PBB yang diketuai oleh Diane Araki dan Dr Younis Awadallah.

Delegasi UNICEF memberi taklimat tentang perancangan untuk tahun 2011-2012 yang bertumpu kepada projek berkaitan penyusuan ibu, lawatan rumah terhadap ibu-ibu setelah bersalin dan juga pemvaksinan kanak-kanak.

Kashif mengalu-alukan delegasi itu serta memuji PBB di atas perkhidmatan kesihatan yang diberikan di jajahan Palestin. Beliau turut menyeru ke arah kerjasama lebih pada masa hadapan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Keluarga terdekat: Para tahanan di penjara-penjara Mesir pada hari ke-15 mogok makan

Selasa , 08/03/2011 – Keluarga tahanan Palestin yang ditahan di penjara Aqrab dan Burj Al-Arab, Mesir menegaskan saudara mereka yang mengadakan mogok makan selama 15 hari masih terus berjalan kerana memprotes penahanan mereka.

Dlam sidang akhbar di bandar Gaza pada Ahad lalu, mereka berkata para tahanan telah memasuki “tahap kritikal” dan nyawa mereka dalam bahaya.

Mereka meminta semua pihak bertanggung jawab atas kehidupan para tahanan, sambil menambah mereka ditahan tanpa apa-apa dosa dan berada dalam keadaan yang amat teruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Movaz Minta Para Pengunjung Tawanan Dihadkan

Selasa , 08/03/2011 – Shaol Movaz, ketua jawatankuasa luar negeri dan keamanan parlimen Knesset Zionis meminta dilakukan kajian ulangan berkaitan isu pengunjung tahanan Palestin di penjara. Beliau menyatakan, tahanan Palestin menerima kunjungan delegasi Palang Merah antarabangsa 3 bulan sekali. Sementara pihak keluarga diberikan kebenaran kunjungan dua minggu sekali.

Movaz yang kini sebagai anggota kumpulan Lobi parlimen untuk urusaan tentera Gilad Shalit mengatakan, pemerintah harus menggunakan pelbagai cara untuk menekan gerakan Hamas agar menerima keputusan Zionis dalam hal transaksi pertukaran tawanan.

Sementara itu, sejumlah anggota kumpulan lobi untuk Gilad Shalit, Ahad (6/3) ke penjara Over utara Al-Quds. Ahli Knesset, Meiri Zaigiv mengatakan, para tawanan Palestin tidak boleh diberikan keistimewaan sebagai satu tekanan terhadap Hamas.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Amaran peningkatan kekejaman Zionis terhadap Aqsa.

Selasa , 08/03/2011 – Yayasan Warisan dan Sejarah Al-Aqsa dalam kenyataan pada hari Khamis (3 Mac) memberi amaran akan peningkatan usaha serangan Zionis terhadap Masjid Suci Al-Aqsa, menampilkan barisan besar tentera dan agen-agen Zionis, yang mengepung dan menceroboh seluruh Aqsa.

Yayasan itu menekankan bahawa serangan ini bertujuan untuk merampas masjid berkah ini, dan menegaskan, “perjuangan berterusan, dan penjagaan ketat daripada ahli Al-Aqsa dan Palestin adalah barisan pertahanan pertama masjid ini.”

Pertubuhan itu dan beberapa orang saksi menyaksikan pencerobohan Masjidil Aqsa oleh sekumpulan besar agen Zionis petang Rabu lalu melalui Pintu Maghrib. Mereka membuat rondaan yang mencurigakan di kawasan masjid lama yang berbumbung, padang-padang dalam, kemudian bergerak ke Masjid Qubbah Sakhra sebelum keluar melalui Pintu Salsilah. Menurut yayasan itu, “terdapat saksi lain yang melaporkan kejadian sama oleh sekumpulan besar tentera Zionis beberapa hari lepas yang juga melibatkan barisan tentera wanita.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Dewan perdagangan beri amaran krisis ekonomi Gaza selepas penutupan Al- Mintar

Selasa , 08/03/2011 – Seorang pegawai kanan Dewan Perdagangan Palestin memberi amaran akan berlaku krisis besar-besaran dalam proses mengimport bahan-bahan asas ke Gaza yang dalam kepungan berikutan penutupan pintu keluar-masuk komersial Al-Mintar.

“Penutupan pintu Al-Mintar akan menyebabkan krisis besar-besaran kemasukan semua barang keperluan ke Gaza terutamanya tepung, walaupun pada hakikatnya pintu ini memang telah ditutup untuk kemasukan semua bahan asas kecuali bijiran dan bahan makanan sejak 4 tahun lalu,” kata pegawai perhubungan awam Dewan Perdagangan itu, Maher al-taba kepada media Quds pada Rabu lalu.

Tambahnya lagi, krisis kekurangan tepung telah dijangka berlaku sejak sebulan lalu apabila sudah terdapat tanda-tanda pintu Al-Mintar akan ditutup, tetapi sekarang ia akan menjadi krisis kekurangan banyak bahan keperluan asas yang lain sekiranya ia ditutup sepenuhnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis peruntukkan $24 juta untuk meYahudikan Baitulmaqdis

Selasa , 08/03/2011 – Majlis perbandaran Baitulmaqdis yang dikuasai oleh rejim Zionis mengumumkan bahawa sejumlah $24 juta diperuntukkan bagi “membangun dan menstruktur semula kawasan timur Baitulmaqdis”.

Kumpulan-kumpulan hak-hak kemanusiaan Palestin berkata pengumuman yang dikeluarkan oleh akhbar mingguan Hebrew pada Selasa lalu berkata lebih banyak program/ projek meYahudikan Bailtulmaqdis sedang dilaksanakan dengan bertopengkan tema “pembangunan dan penstrukturan”.

Akhbar Yerushalem pula berkata bahawa projek tersebut akan membawa kepada pertempuran antara penduduk asal berbangsa Arab yang menetap di timur Bailtulmaqdis dengan pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) seperti yang berlaku dalam beberapa insiden sebelum ini apabila penduduk asal itu mendapati rancangan tersebut bertujuan melenyapkan sebahagian besar kawasan penempatan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Jurucakap Majlis Perundangan, Dweik bertemu dengan pegawai-pegawai Kementerian Luar Russia.

Jumaat , 04/03/2011 – Jurucakap majlis perundangan Palestin, Dr Aziz Dweik dan sejumlah ahli parlimen bertemu pada Rabu bersama wakil Russia di kota Ramallah dan membincangkan beberapa perkembangan serta isu di Palestin dan tanah Arab.

Delegasi Russia itu terdiri daripada wakil Menteri Luar Russia Alexander Yefimov, wakil Rusia di Palestin, Alexander Rudakov serta para pembantu mereka.

Dr Dweik menyeru penyertaan Russia dalam membantu Palestin dan isu-isu Arab serta menekankan bahawa kedudukan politik Russia adalah seimbang dan ikhlas. Beliau dan delegasi Russia menegaskan kepentingan prinsip kebebasan, keadilan, kemanusiaan serta konsep universal hak-hak asasi. Turut dibangkitkan tentang Hamas menolak sebarang tindakan ekstrimis dan keganasan kerana ia bertentangan dengan kepercayaan dan nilai mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mesir Bebaskan 12 Tawanan Palestin

Jumaat , 04/03/2011 – Imad Sayid, Jurucakap Jawatankuasa Keluarga Tawanan di Penjara Mesir menyatakan bahawa pasukan Mesir, Khamis (3/3) membebaskan 12 tawanan Palestin di Mesir.

Dalam satu pernyataan akhbar, Sayid menyatakan bahawa sejumlah tawanan dibebaskan dari penjara Aqrab, dijadualkan 6 daripada tawanan akan pulang ke Gaza, sementara 6 lainnya tetap di Mesir, kerana mereka mendapat keizinan untuk tinggal di Mesir. Namun sehingga kini belum ada yang tiba di Gaza.

Sayid meminta pasukan Mesir membebaskan semua tawanan Palestin di penjara Mesir yang jumlah mereka lebih dari 30 orang.

Sementara itu Pertubuhan Hak Asasi Manusia di Britain mengajukan kepada Majlis Tinggi Angkatan Bersenjata yang mengendalikan urusan Mesir untuk memenuhi tuntutan pembebasan tawanan yang telah ditahan lebih dari 4 tahun.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pengusaha rakyat Palestin yng telah dibebaskan diseksa ketika di penjara PA

Jumaat , 04/03/2011 – Seorang pengusaha rakyat Palestin yang juga warga negara AS telah diseksa dalam tahanan Palestin, menurut satu sumber terhadap PIC.

Idris Hajja, 46, dari utara Baitulmuqaddis dipukul di kakinya dan pukulan berat di mukanya di penjara Byutiya, yang dilakukan oleh tentera keselamatan awam PA. Sebelum penahanan terakhirnya, Hajja dikeluarkan kira-kira sebulan lalu setelah menjalani tempoh selama lapan bulan di penjara PA. Dalam tempoh itu dia dibicarkan di mahkamah dan dibebaskan dari tuduhan yang diletakkan terhadapnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin Cedera dalam Pengeboman Rejim Zionis (IOF)

Jumaat , 04/03/2011 – Seorang pemuda Palestin cedera pada hari Selasa dalam pengeboman tentera Israel terhadap sekelompok orang di timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, sumber perubatan berkata.

Adham Abu Salmiya, jurucakap untuk perkhidmatan perubatan, mengatakan bahawa pemuda 22 tahun itu terkena serpihana peluru di kakinya. Dia mengatakan bahawa orang muda itu dibawa ke hospital di Deir Al-Balah dalam keadaan tidak membimbangkan.

Kereta kebal IOF berundur dari Khuza’a di timur Khan Younis selepas maju beberapa meter ke daerah itu. selepas mendapat tentangan daripada pejuang Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Hamas kecam propaganda Al-Ahram terhadap Palestin dan pertahanannya.

Jumaat , 04/03/2011 – Hamas mengecam kempen propaganda yang dijalankan oleh akhbar Al-Ahram secara sengaja terhadap rakyat Palestin dan barisan pertahanan mereka, yang juga memburukkan posisi kerajaan mereka. Kempen ini diketuai oleh pengerusi akhbar Messir tersebut, Abdel Men’am Sayid dan timbalannya Usamah Saraya.

Hamas dalam kenyataannya untuk Pusat Informasi Palestin pada hari Selasa (1 Mac) menyebut, “Akhbar Al-Ahram, pengerusinya Abdel Men’em Sayid, Usamah Saraya dan lain-lain sering menjadi sukarelawan yang bekerja meprovokasi dengan kempen-kempen hasutan beracun secara berterusan terhadap penduduk Palestin dan khususnya Jalur Gaza.”

Hamas menambah bahawa “propaganda yang boleh mewujudkan salah faham ini dibuat secara sengaja dan bermaksund untuk mengoyahkan pendirian penyokong kita, dan rakyat kita yang ditindas, terhadap kerajaan, barisan pertahanan dan faksi-faksinya. Kempen ini tidak dijalankan untuk kepentingan Mesir atau Palestin, tetapi untuk memenuhi agenda dari pihak luar untuk memecahbelahkan hubungan sesama Arab setrerusnya mewujudkan salah faham dan ketegangan di seluruh kawasan (tanah Arab).”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen