Categories
Berita Semasa

Bahar Tuntut Percepatkan Keputusan Zon Larangan Terbang

Khamis, 14/04/2011 – Timbalan Speaker Pertama Majlis Perundangan Palestin Dr Ahmed Bahar telah mendesak Liga Arab untuk segera mengeluarkan resolusi Majlis Keselamatan PBB melaksanakan zon larangan terbang atas Jalur Gaza untuk melindungi orang awam Palestin dari kekejaman Israel.

Beliau menggambarkan keputusan ini sebagai langkah ke depan dan benar, mereka akan membuka jalan sebelum mengasingkan Israel di arena antarabangsa, katanya dalam siaran akhbar hari Isnin.

Ia meminta Liga Arab untuk mendapatkan sokongan antarabangsa untuk keputusan tersebut dan membincangkan cara pelaksanaannya.

Bahar menekankan pentingnya pelaksanaan resolusi Liga Arab tentang menamatkan pengepungan di Gaza, membuka sempadan Rafah secara kekal, dan mulakan pembinaan semula Gaza yang terkepung.

Dalam kenyataan sebelumnya pada hari Isnin, selain mengucap takziah kepada para syuhada Brigade Qassam, sayap bersenjata Hamas, ia menyalahkan kedudukan lemah masyarakat antarabangsa atas keganasan tentera Zionis baru-baru ini terhadap Gaza.

Bahar juga mengatakan penentangan terhadap penjajahan adalah sesuatu yang dibolehkan untuk semua bangsa di bawah penjajahan oleh undang-undang antarabangsa, menambah bahawa semua kumpulan pejuang Palestin bersatu dalam satu payung melawan pencerobohan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen