Categories
Berita Semasa

HRW gesa rejim Zionis siasat pembunuhan semasa pemprotesan di hari Nakba

Khamis , 26/05/2011 – Rejim Zionis melakukan siasatan jenayah dengan segera, telus dan bebas berhubung kes pembunuhan beramai-ramai peserta protes oleh tentera rejim Zionis (IOF) pada 15 Mei, 2011, kata Pemantau Hak Asasi (HRW) pada Jumaat lepas.

14 orang terbunuh dalam demonstrasi yang dilakukan di Bukit Golan, selatan Lebanon dan di Palestin semasa ulangtahun memperingati Hari Nakba oleh penduduk Palestin. Sementara itu, mangsa ke 15 meninggal dunia pada hari berikutnya akibat kecederaan yang dialami.

“Dalam bentuk yang sangat biasa berlaku, IOF membalas balingan batu oleh para remaja dengan peluru hidup, yang diketahui akan menyebabkan kematian,” kata Sarah Leah Whitson, pengarah HRW bahagian Timur Tengah. “Bukti ini menunjukkan betapa nyawa para pemprotes dipandang rendah dan ini amat membimbangkan.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Rusia halau duta tentera rejim Zionis

Khamis , 26/05/2011 – Kementerian Perang rejim Zionis berkata pada Rabu lepas bahawa Rusia telah menghalau duta tenteranya di pejabat kedutaannya di Moscow atas dakwaan melakukan pengintipan.

Pegawai-pegawai di kementerian itu berkata bahawa Vadim Lederman telah kembali ke Israel hujung minggu lepas selepas ditahan oleh pihak berkuasa Rusia pada Khamis minggu tersebut. Menurut mereka lagi, Lederman telah disoal-siasat dan diarahkan supaya meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam. Saluran TV One di Israel berkata bahawa Moscow telah membebaskan Lederman tanpa melakukan pertuduhan rasmi terhadapnya kerana dia memiliki imuniti diplomat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Projek petempatan “Har Hazetiem” mengancam Al-Aqsa

Rabu , 25/05/2011 – Yayasan Sejarah dan Pemeliharaan Al-Aqsa menegaskan bahawa petempatan Har Hazetiem yang sedang didirikan oleh Zionis di tengah seksyen Ras El-Amoud Al-Muqaddasi dekat puncak Bukit At-Tur (Az-Zaytun) bertentangan dengan Masjid Al-Aqsa, mengancam masjid suci (Masjidil Aqsa) yang terletak amat dekat dengan kawasan tersebut, kerana menyempitkan kawasan serta meletakkan para penduduk yang dipilih Zionis di bandar lama Al-Quds itu.

Wakil yayasan tersebut berkata dalam kenyataan pada hari Isnin (23 Mei) melalui laporan media berbahasa Hebrew mengulas berkenaan sambutan yang bakal disertai oleh para pemimpin dan tokoh Zionis pada hari Rabu depan, sempena perasmian siri satu bangunan baru di petempatan Har Hazetiem, yang pada hakikatnya telah menceroboh ke tanah Palestin. Wakil yayasan yang telah meninjau kawasan tersebut menegaskan bahawa memang terdapat masaalah dari petempatan ini yang bakal mengancam masjid suci ini.

Menurut apa yang dilaporkan, projek petempatan ini sedang berjalan besar-besaran, tanpa mengambil kira bahagian yang telahpun siap, dan pada masa yang sama Zionis sedang membina petempatan baru sebagai tambahan kepada Har Hazetiem yang dinamakan sebagai “Ma’ali David” ( Yang Teringgi David), di jalan yang bertentangan. Kedua-dua petempatan ini kemudian akan dihubungkan oleh jambatan yang bakal dibina.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Zionis-Israel akan terus kuasai bukit Golan

Rabu , 25/05/2011 – Pelampau Yahudi menolak cadangan Presiden Amerika, Barak Obama apabila Obama mencadangkan rundingan pembentukan negara Palestin merujuk kepada sempadan 1967. Pelampau Yahudi menyatakan bukit Golan wajib dikuasai oleh Zionis-Israel bagi meneruskan keselamatan rakyat Israel.

Pelampau Yahudi turut menolak pembentukan negara Palestin dengan alasan apabila terbentuknya negara bebas Palestin, masyarakat Yahudi akan terus menjadi sasaran umat Islam. Perkembangan ini membuktikan jelas keadaan Zionis-Israel yang begitu takut dengan perpaduan rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Radwan : Ucapan Obama mempertaruhkan Amerika

Selasa , 24/05/2011 – Hamas melalui keterangan dari pemimpinnya, Dr. Ismael Radwan menolak ucapan Presiden Amerika, Barack Obama, dekat Washington berkenaan keselamatan Zionis dan persepakatan Palestin memburukkan lagi keadaan untuk pembaikan, yang disebut Radwan sebagai, “terdesak disebalik fatamorgana Washington yang mahu mempertaruhkan pendirian rapuh Amerika, dan sebaliknya menguatkan lagi kesatuan Palestin.”

Radwan berkata dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin pada hari Ahad (22 Mei) : “Ucapan Obama menyokong pertaruhan yang diletakkan ke atas pendirian dan politik Amerika, tetapi kami menolak kenyataan sebegini yang terbukti menggadaikan sepenuhnya hak dan kepentingan rakyat Palestin.”

Beliau menambah bahawa pentadbiran Obama berdiri di atas kekaburan dan sikap berat sebelah menyokong keamanan pihak Zionis dan mengabaikan hak rakyat Palestin, yang semakin jelas apabila Amerika gagal membincangkan tentang isu sempadan 67, mahupun penubuhan Negara Palestin. Apa yang mereka cuba lakukan sekarang adalah seperti menabur debu abu ke mata-mata kita.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Israel Lanjutkan Tempoh Tahanan Ibrahim Hamid

Selasa , 24/05/2011 – Penguasa penjara Zionis di Ramallah melanjutkan tempoh tahanan terpisah komandan Al-Qossam Ibrahim Hamid untuk enam bulan lagi.

Pihak keluarga Ibrahim menjelaskan perkara ini kepada pusat informasi Palestina, Ahad (22/5) . Mereka menyebutkan, pihak autoriti penjara Ramallah melanjutkan tempoh tahanan Ibrahimi Jamil Mara Hamid (46 tahun) untuk enam bulan lagi. Ibrahim Hamid ditahan oleh pemerintah Zionis sejak 23/5/2006 di penjara Ramallah. Beliau dilarang menerima kunjungan pihak keluarga, padahal masih mempunyai dua orang anak yang masih kecil.

Jumlah tawanan terpisah (dikenakan peraturan ketat termasuk tidak dibenarkan menerima kunjungan ahli keluarga) yang berada di penjara Ramallah adalah 37 orang, termasuk Ibrahim Hamid.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Obama: Negara Palestin bukan belandaskan sempadan tahun 1967

Selasa , 24/05/2011 – Presiden AS Barak Obama menarik balik apa yang dikatakan pada Khamis lalu mengenai pembentukan negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967 selepas mendapat tekanan Zionis.

Terlepas dari fakta, Obama berkata tentang komitmen untuk keselamatan Israel dan negara Palestin berdasarkan tahun 1967-dengan penukaran tanah sempadan sudah diluluskan, Zionis tidak senang dengan Netanyahu yang menolak idea unyuk krlust daripada Tebing Barat dengan mengatakan sempadan tahun 1967 tidak akan dipertahankan.

Bercakap pada hujung minggu lalu kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Amerika Israel (AIPAC), Obama berusaha menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan sempadan 1967 ketika mengadakan sambutannya pada Khamis lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rakan kemanusiaan mendesak Mesir untuk membuka sempadan Rafah, melepaskan tahanan

Isnin , 23/05/2011 –Rakan kemanusiaan antarabangsa menyeru Majlis tentera dan kerajaan di Mesir untuk memenuhi janji mereka untuk menyelesaikan pengepungan di Semenanjung Gaza, membuka sempadan Rafah dan membebaskan para tahanan Palestin.

Rakan kemanusiaan berkata penduduk Gaza telah terdedah selama 63 bulan kepada sekatan yang tidak adil dan masih tidak dapat hidup secara normal. Organisasi ini juga menyeru agar mereka melepaskan semua tahanan Palestin dari penjara Mesir dan membolehkan mereka kembali ke rumah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Zionis Israel serbu rumah penduduk Palestin

Isnin , 23/05/2011 – Tentera Zionis Israel hari ini telah bertindak melampaui batas dan hak-hak kemanusiaan bilamana mereka dengan sesuka hati menyerbu masuk rumah rakyat Palestin semata-mata untuk mengetahui tuan rumah. Zionis yang lengkap dengan senjata terus-menerus melakukan serbuan biadap itu. Mengikut penduduk Palestin, serbuan itu bertujuan untuk mendapatkan maklumat isi rumah penduduk Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Israel tidak bimbang janji Netanyahu untuk membongkar penempatan JV

Isnin , 23/05/2011 – Ketua pihak berkuasa tempatanLembah Jordan, David Elhayani, berkata dia tidak bimbang tentang masa depan aktiviti penempatan di lembah itu selepas ucapan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang disampaikan di Knesset Selasa lepas.

Dia berkata bahawa ucapan tidak memberikan ancaman terhadap penempatan di sana. Dalam ucapan tersebut, Netanyahu berkata perjanjian masa depan dengan Arab perlu membenarkan Israel untuk mengekalkan kehadiran tentera jangka panjang di sepanjang Sungai Jordan. Tapi itu tidak bermakna tidak akan ada komuniti Yahudi di sana, katanya.

Ucapan tersebut menerima kritikan daripada beberapa pihak yang mengatakan Netanyahu akan membongkar penempatan terpencil di Lembah Jordan sambil mengekalkan kawalan ke atas blok penempatan utama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

IPS ingkar perintah mahkamah supaya benarkan tahanan menelefon keluarga

Isnin , 23/05/2011 – Perkhidmatan penjara rejim Zionis (IPS) telah melanggar perintah mahkamah tinggi supaya membenarkan seorang tahanan penjara, Ahlam Al-Tamimi menghubungi keluarganya di Jordan melalui telefon.

Tamini telah memfailkan kes tersebut kepada mahkamah tinggi bagi menuntut haknya untuk menghubungi keluarganya melalui telefon memandangkan semua ahli keluarganya tinggal di Jordan manakala lawatan hanya dibenarkan kepada sanak-saudara “tahap pertama”.

Mahkamah tinggi telah menetapkan bahawa menelefon keluarga adalah hak wanita itu tetapi IPS menafikannya dan menolak walaupun sebarang perbincangan mengenainya. Tamimi telah ditahan sejak 2001 dan menghadapi 16 hukuman sepanjang hayat atas
tuduhan membantu pejuang-pejuang yang menentang rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Jihad Islam menegaskan Keselamatan Tebing Barat masih mensasarkan ahli-ahlinya.

Isnin , 23/05/2011 – Gerakan Jihad Islam telah memperbaharui tuduhan bahawa badan keselamatan Tebing Barat terus mensasarkan ahli-ahlinya setelah menandatangani perjanjian persatuan bersejarah antara puak-puak yang memerintah wilayah Palestin.

Gangguan terhadap Jihad Islam oleh badan-badan keselamatan Tebing Barat sebenarnya telah berlaku sejak menandatangani perjanjian kesatuan “dalam usaha oleh beberapa pihak untuk mengganggu suasana perdamaian dan kesatuan antara puak-puak perlawanan,” kata seorang pegawai Jihad Islam dalam kenyataan akhbar, pada hari Rabu.

Agensi-agensi itu menangkap sepuluh ahli Jihad Islam, termasuk seorang yang lumpuh, ketika serangan di tengah acara Hari Nakba di Jenin dan Al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Terroris Israel Rancang Bom Masjid Agung Hasan Beik di Yafa

Isnin , 23/05/2011 – Sumber media Israel menyiarkan “Rancangan Terroris” yang hendak meledakan salah satu masjid kota Yafa di pusat Palestin 1948, yang akan dilakukan sekelompok ekstrimis Yahudi yang ditangkap baru-baru ini.

Beberapa sumber melaporkan, Selasa (17/5) bahawa polisi Israel baru-baru ini menangkap sekumpulan Yahudi terdiri dari 7 orang anggota, dipimpin penguam Israel, Gore Finkelctien, dengan tuduhan merancang meletupkan Masjid Agung Hasan Beik di Yafa, membunuh imam masjid dan para jamaah warga Palestin.

Menurut rancangan tersebut, mereka akan meletupkan masjid menggunakan bom yang akan diledakan setelah solat Jumaat, selepas operasi yang mereka sebut sebagai “Penarikan Harga” bagi ekstrimis Yahudi.

Disebutkan bahawa Masjid Agung Hasan Beik selama beberapa tahun terakhir menjadi sasaran serangan perkauman pihak ekstrimis Yahudi. Sebahagiannya dengan meruntuhkan menara masjid, melempar kepala babi ke dalam masjid dan usaha pembakaran serta memusnahkan seluruh masjid.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Risyq: Fatah dan Hamas Cadangkan pembentukan kabinet

Jumaat, 20/05/2011 – Izzat Risyq, Anggota Biro Politik Hamas mengumumkan selesainya kunjungan delegasi Hamas dan Fatah di Kaherah yang membincangkan penubuhan kabinet. Risyg menyatakan perbincangan itu berlaku dengan penuh kesefahaman. HAMAS dan FATAH telah membincangkan 4 perkara utama, pembentukan kerajaan, penyusunan agenda pertemuan pimpinan, masalah tawanan politik dan mengaktifkan parlimen.

Antara cadangan bagi menyelesaikan masalah tawanan politik, ialah dengan membebaskan semua tawanan secepat mungkin tanpa syarat. Mereka juga bertekad untuk menyiapkan senarai kabinet secepat mungkin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Pasukan keselamatan Fatah masih menahan penduduk walaupun setelah perjanjian damai berlaku

Jumaat, 20/05/2011 – Walaupun perjanjian damai telah ditandatangani oleh kumpulan-kumpulan Palestin di Kaherah, pasukan keselamatan yang bergabung dengan Fatah di Tebing Barat masih menahan dan memanggil puluhan penduduk setiap hari.

Menurut sumber tempatan Rabu lalu, pegawai perisikan Palestin telah menahan seorang pemuda bernama Mahmoud Abyat selama 10 hari. Pemuda ini bekerja dengan ahli parlimen di pejabat mereka di bandar Bethlehem. Di bandar Nablus, pasukan keselamatan juga menculik seorang pemuda bernama Adel Katlouni di sebuah restoran bandar itu dan membebaskannya dengan syarat dia harus kembali nanti untuk disoal siasat dengan lebih lanjut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz