
Khamis, 14/07/2011 – Aktivis Flotilla Kebebasan II telah menolak sepenuhnya tawaran kerajaan Greece untuk menghantar kapal flotilla yang berisi bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui Pelabuhan Ashdod di negara haram Israel ataupun Pelabuhan El-Arish di Mesir, melalui kerjasama sepenuhnya dengan kerajaan AS.
Kemarahan meletus di kalangan anggota aktivis apabila mendapat tahu bahawa tawaran itu dibuat selepas perbincangan antara Presiden PA, Mahmoud Abbas dengan Menteri Luar Greece, kata penganjur flotilla kepada agensi berita Safa.
Aktivis-aktivis tersebut menganggap bahawa tindakan Abbas itu sebagai menikam dari belakang, berdasarkan kata-kata Presiden PA itu sebelum ini yang menyifatkan flotilla bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “permainan bodoh” dan para peserta “mesti memohon permit daripada kerajaan haram Israel sebelum memasuki Gaza.”
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa