Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerbu kem pelarian Aroub dan menyerang rakyat Palestin

Selasa, 17-11-2015 – Angkatan tentera Israel menyerbu kem pelarian Aroub di utara Hebron, selatan Tebing Barat pada malam Selasa lepas dan menyerang rakyat Palestin yang tidak bersenjata secara rambang dengan gas pemedih mata dan bom serta berlaku pertembungan di antara mereka.

Wartawan Pusat Maklumat Palestin yang merupakan saksi juga berkata rejim zionis telah menyerang kem itu secara besar-besaran dan menyerbu beberapa buah rumah di situ serta memusnahkan barang-barang mereka dengan kejam tanpa rasa simpati. Saksi juga melaporkan bahawa tentera Israel mengedarkan risalah di kem itu yang mendakwa bahawa serangan yang dilakukan adalah sebagai balasan atas tindakan pemuda dari kem pelarian yang membaling batu kepada tentera Israel.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

8 Tentera Israel Luka, Pemberontakan di Al-Quds dan Pinggir Barat Makin Tegang.

Selasa, 17-11-2015 – Pada petang Rabu (11/11), 8 askar Israel tercedera dalam kemalangan, terbabas antara dua Jeep tentera Israel setelah mereka dihujani batu oleh warga Palestin di Al-Quds.

Sumber berita dari Israel mengatakan, para pemuda Palestin mengejutkan kenderaan Israel dengan melempar batu sehingga pemadu terkejut dan melanggar dengan Jeep yang lain. Sumber berita juga berkata, pasukan Israel dibawa ke RS untuk mendapatkan pertolongan. Tidak pula dinyatakan keadaan cedera yang dialami pasukan Israel.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

H: Tentera Israel tahan 11 rakyat Palestin termasuk bawah umur

Selasa, 17-11-2015 – Isnin dan Selasa lalu, tentera Israel menahan 11 rakyat Palestin termasuk lapan antaranya bawah umur. Mereka ditahan ketika pulang dari sekolah di daerah al-Tour di bahagian timur Baitulmaqdis.

Menurut sumber, tentera Israel menyerang rakyat Palestin yang cuba menghalang penahanan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dengan melepaskan bom sewenang-wenangnya di kawasan sekolah.

Pusat Maklumat Wadi Helweh Pusat turut mendedahkan bahawa tentera Israel menahan wanita Palestin dikenali sebagai Nermin Rabah Abu Mirz dari Kota Lama Baitulmaqdis, bagaimanapun kemudiannya dibebaskan selepas disoal siasat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Keputusan EU untuk melabelkan produk pendatang Yahudi menyebabkan kemarahan mereka

Selasa, 17-11-2015 – Suruhanjaya Eropah telah memperkenalkan satu garis panduan baru untuk pelabelan produk yang dikeluarkan di penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang dijajah.

Langkah ini menetapkan bahawa pengeluar mesti melabelkan dengan jelas produk yang datang dari penempatan yang dibina di atas tanah yang diduduki oleh Israel jika ia dijual di Kesatuan Eropah ( EU).

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan pelbagai pemimpin Israel mengecam langkah itu sebagai hipokrit kerana tiada label yang sama telah dicadangkan untuk produk dari wilayah yang dijajah di tempat lain di dunia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis isytiharkan perintah berkurung di bandar Howarah

Jumaat, 13-11-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) pada Rabu mengumumkan perintah berkurung di bandar Howarah, selatan bandar Nablus di utara Tebing Barat atas dakwaan yang bom Molotov telah dilemparkan ke arah sebuah kereta pendatang.

Saksi mata memberitahu wartawan PIC yang rejim Israel menutup Jalan Howarah, menggeledah kawasan tersebut dan memeriksa video keselamatan di kedai-kedai. IOF mengumumkan perintah berkurung menerusi pembesar suara dan memaksa warga Palestin menutup kedai mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera peronda Israel masuki kem penempatan Aroub, gempur warga Palestin.

Jumaat, 13-11-2015 – Pihak tentera rejim Israel bertindak memasuki kem Aroub, kem penempatan warga Palestin yang terletak di utara bandar al-Khalil dan menyerang penduduknya dengan tembakan rambang menggunakan gas pemedih mata dan bom asap. Kejadian itu berlaku pada malam hari Selasa yang lalu.

Menurut kata saksi, tentera peronda rejim Israel menyerbu masuk ke dalam kawasan kem itu dan memecah masuk rumah kediaman tanpa memberi sebarang notis amaran.

Melalui risalah yang diedar di sekitar kem, tindakan tentera peronda rejim Israel memasuki kem itu adalah sebagai membalas tindakan penduduknya yang didakwa membaling batu ke arah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel Musnahkan Fasilit Pertanian Palestin din Jenin

Jumaat, 13-11-2015 – Jentolak Israel dengan zalimnya telah memusnahkan fasiliti pertanian Palestin seperti tangki air dan sistem saliran pertanian di Tebing Barat Bandar Jenin pada hari Selasa yang lalu. Wakil penduduk, Talel Hussein menyatakan bahawa jentolak-jentolak tersebut telah memusnahkan sistem pengairan milik tiga petani Palestin iaitu Imad Ismail Jaradat, Suleiman Zyoud, dan No’man Jaradat. Beliau menambah bahawa operasi pemusnahan tersebut dilakukan pada awal pagi tanpa notis. ZALIM!

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Allan : Mogok lapar cara yang berkesan untuk bertahan

Khamis, 12-11-2015 – Lepasan tahanan baru, Mohamed Allan, mengesahkan bahawa mogok lapar adalah satu cara yang berkesan untuk mengenakan kehendak banduan di penjara-penjara Israel.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Nablus pada hari Khamis, Allan berkata, mogok lapar individu membuktikan bahawa ia adalah pilihan tunggal yang ada untuk menamatkan pentadbiran berdasarkan penahanan.

Tahanan Palestin Mohammad Allan , 31 tahun, yang dilepaskan hari ini dari penjara Ofer setelah 65 hari berturut-turut bertahan dengan mogok lapar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Perjuangan Al-Quds: 76 Mati Syahid, 17 Diantaranya Anak Kecil dan 2 Wanita.

Khamis, 12-11-2015 – Jabatan Kesihatan Palestin mengumumkan, sejak awal perjuangan pada 1 Oktober lalu, hingga hari Khamis kelmarin, jumlah para syuhada mencapai sehingga 76 orang dan 17 orang di antaranya adalah anak kecil.

Dalam keterangan yang diambil pusat InfoPalestin, mereka berkata, dengan syahidnya Malik Thilal Syarif (25 tahun) yang berasal dari Hebron, maka jumlah mangsa meningkat menjadi 76 orang. 56 mangsa dari Tepi Barat, dan 17 dari sempadan Gaza.

Sementara itu, di sempadan Gaza dan Nagev masing-masing satu orang. Dan mangsa yang tercedera sehingga 7 orang dari Thulkaren dan Hebron, saat bertempur dengan tentera Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf

Categories
Berita Semasa

Pendatang menawarkan hadiah sebanyak $10,000 jika menyerahkan warga Palestin kepada Polis

Khamis, 12-11-2015 – Seorang pendatang Yahudi mengiklankan tawaran berjumlah 40,000 shekel bersamaan $10,000 sebagai hadiah jika menyerahkan seorang warga Palestin yang melanggar seorang pendatang dua minggu lepas di jalan pertemuan Fuar di selatan al-Khalil kepada polis Israel.

Pendatang yang bergelar Asaf tersebut mengulas pada laman Facebook berita Walla Israel yang dia mengenali pendatang bernama Abraham Asher Hasno yang dilanggar oleh seorang warga Palestin, ketika bekerja di penempatan Atnial.

Seorang pemuda Palestin melakukan operasi langgar lari ke atas Hasno kerana Hasno melakukan kekacauan ke atas warga Palestin. Gambar-gambar yang menunjukkan perbuatannya menganiaya warga Palestin disiarkan atas talian. Remaja yang memandu bas melanggar Hasno itu menyerah diri kepada pihak berkuasa Palestin di al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kempen Boikot Barangan Israel Bermula di Ramallah

Khamis, 12-11-2015 – Pertubuhan Palestin di Tebing Barat Ramallah telah melancarkan kempen boikot barangan Israel. Kempen tersebut terhasil dari sebahagian gerakan intifada di Jurusalem yang bermula awal Oktober lalu. Kempen tersebut telah dilancarkan oelh pihak kerajaan dan juga swasta, bersama-sama penduduk awam, di mana menuntut orang ramai supaya tidak membeli dan menjual produk Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Wartawan Amerika: Media Barat putarbelit maksud sebenar Intifada di Baitulmuqaddis.

Khamis, 12-11-2015 – Wartawan Amerika, Laura Lossero hampa dengan sikap berat sebelah media masa barat dalam menyiarkan berita sebenar berhubungan kebangkitan Intifada yang diperjuangkan warga Palestin menentang penjajahan rejim Israel di Baitulmuqaddis.

” Pihak rejim Israel telah membunuh tanpa rasa belas dan melampaui batas undung-undung warga Palestin di Tebing Barat yang dijajah, itu. Ia merupakan satu jenayah yang sangat kejam dan bermula sejak awal September tahun ini. ” Kata Lossero dalam satu kenyataan eksklusifnya kepada PIC,

Tambah beliau lagi, rakaman video peristiwa itu telah tersebar dengan meluasnya secara online. Ia sangat mengejutkan dan perlu diserah kepada pihak Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Geneva.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pertempuran di al-Khalil Selepas Pengebumian Eskafi

Khamis, 12-11-2015 – Pertempuran tercetus Khamis petang di al-Khalil selepas pengebumian Ibrahim Eskafi yang melanggar dua askar Israel pada hari Rabu sebelum ditembak mati.

Saksi memberitahu wartawan PIC bahawa pemuda Palestin berhadapan tentera Israel di Bab al-Zawiya, sementara tentera melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata, termasuk pelajar sekolah, menyebabkan beberapa kecederaan.

Beribu-ribu rakyat Palestin di bandar telah mengambil bahagian dalam pengebumian syahid Eskafi, 22, melaungkan slogan perjuangan, memanggil untuk membalas dendam untuk syuhada Palestin dan meneruskan Intifada Jerusalam. Para peserta mengibarkan bendera Palestin dan Hamas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Dr Hasan Khater beri amaran cubaan batalkan intifada

Jumaat, 06-11-2015 – Ketua Pusat Antarabangsa Baitulmaqdis, Dr Hasan Khater menyelar tindakan pihak pro-Israel yang cuba membatalkan Intifada Baitulmaqdis yang disertai anti-pendudukan.

Khater lantang bersuara menentang campur tangan Amerika Syarikat yang ternyata berat sebelah berkaitan ketegangan berterusan di wilayah Palestin yang diduduki. Beliau juga memberi amaran terhadap prosedur dan inisiatif Amerika untuk melemahkan semangat rakyat Palestin dan menguatkan cengkaman Israel ke atas al-Aqsa.

sumber : sinar harian
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Pertubuhan Palang Merah Kutuk Dasar Israel Roboh Rumah

Jumaat, 06-11-2015 – Suhair Zaqout, jurucakap Palang Merah di Gaza, menyifatkan resolusi Israel untuk merobohkan rumah-rumah Palestin di Jerusalem dan Tebing Barat sebagai hukuman kolektif yang dilarang di peringkat antarabangsa.

Zaqout berkata, dalam satu wawancara dengan PIC di Gaza, bahawa bilangan rakyat Palestin yang cedera mencapai 3600 di Jerusalem dan Tebing Barat pada bulan Oktober. Tambahnya, Palang Merah mendokumenkan jenayah Israel, dan meminta kerajaan Israel dalam sesi bukan awam untuk menghormati undang-undang antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen