Isnin, 18-05-2020 – Tentera laut rejim pada pagi Rabu melancarkan serangan tembakan baru ke atas nelayan Palestin dan bot mereka di utara perairan Gaza.
Sumber tempatan menyatakan yang bot bersenjata Israel melepaskan tembakan kepada beberapa bot nelayan ketik mereka berada dalam jarak lima batu nautika dari utara perairan kota Gaza.
Mujur tiada yang tercedera dalam serangan tembakan itu. Akhir-akhir ini, tentera laut rejim mempertingkatkan serangan ke atas nelayan Gaza dan bot mereka.
Isnin, 18-05-2020 – Gerakan Hamas memperbaharui ketegori penolakan terhadap semua projek yang bertujuan merosakkan hak-hak rakyat Palestin dan membubarkan tujuan nasional mereka dengan menegaskan bahawa kesepakatan seabad AS dan Israel kerana rancangan tersebut adalah berasaskan pengukuhan Isarel.
Dalam pernyataan mengenai ulang tahun ke-72 Nakba Palestin (bencana), Hamas menekankan hak rakyat Palestin bagi menentang penjajahan Israel dengan segala cara, termasuk perlawanan bersenjata sebaggai pilihan strategik untuk mempertahankan diri mereka dan mengembalikan hak yang dirampas.
Hamas juga mengulangi kepatuhannya pada pilihan perpaduan nasional sebagai landasan untuk memperkuatkan barisan pertahanan hadapan dalam menghadapi penjajahan dan plotnya. “Hamas menghormati perpaduan nasional dan untuk kepentingannya, ia telah membuat banyak konsesi dan menunjukkan banyak fleksibiliti,” kata gerakan tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Isnin, 18-05-2020 – Seorang pemuda Palestin ditembak mati oleh tentera Israel pada hari Khamis lalu di Tebing Barat yang terjajah, dipercayai setelah terjadi suatu kejadian pelanggaran kereta.
Pemuda Palestin berkenaan ditembak di tempat kejadian berhampiran penempatan haram Negohot, tenggara al-Khalil.
Petugas ambulans Israel mengatakan bahawa seorang askar berusia awal 20-an telah dikejarkan ke Hospital Soroka di Beersheba dalam keadaan sederhana hingga serius setelah dilanggar oleh sebuah kereta milik seorang rakyat Palestin.
Jurucakap tentera Israel mendakwa pemuda yang terbunuh itu meluru dengan pantas ke arah tentera di sebelah pos tentera, memukul salah seorang dari mereka, lantas mendorong seorang askar lain melepaskan tembakan ke arahnya.
Isnin, 18-05-2020 – Puluhan warga Palestin berarak pada Rabu petang yang lalu bagi pengebumian Zaid Qaisiya, 15, yang meninggal dunia ditembak pada waktu fajar oleh rejim Zionis di kem pelarian al-Fawwar di daerah al-Khalil, Tebing Barat.
Qaisiya menjadi sasaran tembakan secara langsung ketika konfrontasi diantara tentera Israel dan penduduk kem pelarian al-Fawwar. Sekurang-kurangnya empat orang Palestin cedera dari siri tembakan tersebut ketika konfrontasi yang sama.
Kementerian kesihatan Palestin mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa Qaisiya meninggal dunia dengan peluru hidup di kepala, sementara 2 pemuda cedera di perut dan dada dan 2 yang lain di anggota bawah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Isnin, 18-05-2020 – Penyelaras aktiviti kerajaan rejim Israel di Tebing Barat telah mengeluarkan arahan untuk merampas tanah dan hartanah warga Palestin dekat Masjid Ibrahimi di kota lama al-Khalil untuk melaksanakan projek bagi pendatang Yahudi.
Projek ini merangkumi pembinaan jalan khas dengan kawasan parkir, rehat dan laluan-laluan menghala ke masjid serta pemasangan lif di hujung laluan untuk membawa para pendatang Yahudi ke kota suci.Langkah ini diambil atas arahan menteri perang Israel Naftali Bennett, yang pada awal bulan lepas memberikan kelulusan muktamad untuk merampas tanah dan hartanah Palestin di kota lama al-Khalil bagi membina jalan dan lif untuk memudahkan kemasukan pendatang Yahudi ke Masjid Ibrahimi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Isnin, 18-05-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah merobohkan beberapa struktur pertanian dan sebuah rumah yang sedang dibina di kampung Fasayil, di utara bandar Jericho, Tebing Barat.
Menurut sumber tempatan, jentolak Israel yang dikawal oleh tentera telah menyerbu kampung Fasayil dan mula memusnahkan struktur yang digunakan untuk tujuan pertanian milik seorang penduduk tempatan bernama Suleiman Sawarka.
Jentolak itu juga digunakan untuk merosakkan asas sebuah rumah milik warganegara lain yang bernama Mahmoud al-Kaabneh, yang baru menerima seminggu notis ketenteraan yang memerintahkannya untuk berhenti membina rumah tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Isnin, 18-05-2020 – Tentera laut rejim Zionis pada pagi Rabu lalu telah melancarkan serangan tembakan baharu terhadap nelayan Palestin dan kapal mereka di perairan ke utara Gaza.
Sumber tempatan mengatakan bahawa bot pembedil Israel telah melepaskan tembakan senapang mesingan ke arah beberapa bot nelayan semasa mereka berada dalam jarak lima batu nautika dari pantai utara Kota Gaza.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan tembak itu.
Baru-baru ini, tentera laut Israel telah mempertingkatkan serangan ke atas nelayan Gaza dan kapal mereka.
Pasukan tentera laut Israel dan kapal perang mereka akan berada berhampiran dengan nelayan Gaza hampir setiap hari, sambil mengganggu, menembak dan merosakkan kapal mereka serta membuat penangkapan. Kadang kala serangan bersenjata berkenaan akan menyebabkan nelayan cedera atau terbunuh.
Di bawah perjanjian Oslo 1993, nelayan Palestin diizinkan memancing sehingga sejauh 20 batu nautika di perairan Gaza, tetapi semenjak itu Israel telah terus-menerus mengurangkan kawasan penangkapan ikan secara bertahap sehingga ke had antara enam hingga tiga batu nautika sebagai sebahagian daripada sekatannya ke atas Gaza.
Nelayan dan kumpulan hak asasi manusia juga mengatakan bahawa sejak perang 2008-09 di Gaza, tentera Israel telah menguatkuasakan sekatan yang malah lebih dekat ke pantai.
Khamis, 14-05-2020 – Polis agen menyamar Israel pada Isnin menculik 13 warga Palestin yang terdiri daripada anak muda di Plaza Ein al-Fawqa Plaza di daerah Silwan, timur kota suci.
Saksi mata mengatakan yang polis berpakaian biasa itu memukul para pemuda dengan kejam, dan mengerahkan mereka masuk ke dalam kenderaan polis.
Mereka menambah yang polis-polis tersebut membawa para tahanan ke pusat tahanan al-Moskobiya di barat Baitulmuqaddis untuk siasatan.
Khamis, 14-05-2020 – Rejim Zionis telah menculik puluhan warga Palestin dan mencederakan ramai yang lain semasa beberapa serbuan ganas di bandar Ya’bad, di sebelah barat Jenin, setelah seorang askar mati disebabkan kecederaan parah di kepala dalam kejadian melempar batu di sana.
Sumber tempatan memberitahu seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa tentera Israel menggeledah puluhan kediaman di kawasan al-Salamah di bandar itu dan mengumpulkan sekurang-kurangnya 30 penduduk tempatan, termasuk ketua keluarga berserta isteri dan anak-anak mereka.
Pertembungan antara belia tempatan dengan tentera Israel dilaporkan telah berlaku di pelbagai kawasan di bandar. Semasa kejadian tersebut, puluhan orang cedera akibat tembakan Israel atau terkena asap gas pemedih mata.
Saksi juga melaporkan bahawa semasa penangkapan dan siasatan di tempat kejadian, kelihatan tentera menyerang secara fizikal sejumlah penduduk tempatan, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Khamis, 14-05-2020 – Petang Isnin lalu, ejen Israel yang sedang menyamar telah menculik 13 belia dan remaja bawah umur dari Baitulmuqaddis dari Plaza Ein al-Fawqa di daerah Silwan, di timur kota suci yang dijajah.
Saksi mengatakan bahawa pegawai yang berpakaian biasa telah memukul belia dan remaja berkenaan dengan ganas, serta telah menarik dan memasukkan mereka ke dalam kenderaan polis.
Tambah mereka, pegawai polis telah membawa para tahanan ke pusat tahanan al-Moskobiya di Baitulmaqdis barat untuk disoal siasat.
Khamis, 14-05-2020 – Aktivis Palestin dan asing pada Selasa menyertai perhimpunan maya di Zoom untuk membincangkan tentang sekatan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan tentang Nakba Palestin.
Perhimpunan atas talian itu dianjurkan dan diselia oleh John Minto, seorang aktivis politik yang tinggal di New Zealand.
Sejumlah peserta meletakkan bendera Palestin berdekatan mereka dan memakai keffiyeh Palestin dan baju bergambar bendera kebangsaan ketika acara maya itu.
Rabu, 13-05-2020 – Rejim zionis Israel pada Rabu meluluskan rancangan pembinaan 7,000 unit penempatan di selatan Tebing Barat.
Menurut Jerusalem Post, menteri perang Israel Naftali Bennett pada Rabu memberikan kebenaran pembinaan 7,000 unit penempatan baru di penempatan Efrat di kawasan selatan Tebing Barat.
Projek pembinaan baru tiba pada masa kerajaan rejim sedang merancang untuk menguasai penempatan di Tebing Barat dengan sokongan penuh AS.
Rabu, 13-05-2020 – Kementerian luar negeri Jordan mengecam pengumuman Israel mengenai rancangan mereka untuk membina 7,000 unit perumahan untuk peneroka Yahudi di penempatan haram Efrat di Tebing Barat.
Dalam siaran akhbar, jurucakap kementerian itu, Dhaifallah al-Fayez menggambarkan rancangan tersebut sebagai pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Jurucakap itu juga menyebut rancangan Israel yang baru sebagai langkah sepihak yang sangat berbahaya yang menyukarkan “penyelesaian dua negara,” yang menurutnya itu adalah satu-satunya cara untuk mencapai perdamaian yang adil antara Palestin dan Israel.
Rabu, 13-05-2020 – Mahkamah tinggi Israel telah memerintahkan penjajah Israel untuk membalas petisyen yang diajukan oleh aktivis kuil Yahudi yang meminta agar orang Yahudi dibenarkan memasuki Masjidil Aqsa selagi pegawai dan pegawai Awqaf Islam dibenarkan masuk walaupun terdapat tindakan penutupan di tempat suci itu.
Menurut laman web Ibrani yang berbagai, ketua hakim mahkamah tinggi Daphne Barak-Erez meminta penjajah untuk membalas dalam lima hari tuntutan yang diajukan oleh peguam yang mewakili kumpulan Yahudi yang menyatakan bahawa ada perjanjian politik antara Jordan dan Israel mengenai penutupan Masjidil Aqsa kepada Yahudi dan Muslim kecuali kakitangan Awqaf Islam semasa krisis coronavirus.
Para pemohon mendakwa bahawa Jordan dan pihak berkuasa Awqaf Islam di Jerusalem bersetuju untuk menghentikan solat di Masjidil Aqsa setelah penjajah Israel berjanji kepada mereka, sebagai syarat, untuk mencegah lawatan orang Yahudi ke tempat suci Islam.
Rabu, 13-05-2020 – Rejim Israel telah menculik dua orang pemuda Palestin di Baitulmaqdis dan Tebing Barat pada pagi Khamis yang lalu. Pusat Maklumat di Wadi Hilweh, Silwan mengatakan, pasukan polis Israel menyerbu kawasan tengah di daerah Silwan, Baitulmaqdis dan menculik seorang kanak-kanak bernama Yahya Zagheer dari rumah mereka.
Di Tebing Barat pula, sumber tempatan berkata, rejim Zionis menculik seorang pemuda bernama Ahmed Zuhour selepas menyerbu rumah beliau di bandar Beit Kalil, barat laut kora al-Khalil. Malam tadi, pasukan polis telah menyerbu kejiranan Ein al-Lozeh di Silwan dan melepaskan tembakan peluru getah secara rawak tanpa sebab dan memerikasa dokumen pemandu kereta.
Mereka juga menyerbu daerah Issawiya di Baitulmaqdis dan kawasan di jalanan sebelum menyoal siasat pemuda tempatan dan mengeluarkan hukuman berbentuk kewangan.