Jumaat, 03-01-2020 – Seorang remaja Palestin cedera pada malam Selasa ketika rejim zionis menembaknya semasa serbuan di Tubas City di Tebing Barat utara.
Sumber perubatan Palestin mengatakan bahawa seorang remaja Palestin ditembak di paha dan dipindahkan ke hospital tempatan untuk rawatan.
Penduduk tempatan mengatakan bahawa pertempuran ganas berlaku antara pemuda Palestin dan rejim zionis ketika mereka menyerbu Kota Tubas.
Mereka melaporkan bahawa rejim zionis melepaskan tembakan amunisi dan gas pemedih mata kepada para pemuda dan mencederakan salah seorang daripada mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Jumaat, 03-01-2020 – Jurucakap Gerakan Pejuang Islam Hamas, Hazem Qassem, mengatakan bahawa keputusan menteri pertahanan Israel Naftali Bennett untuk menyita harta tawanan Palestin di dalam wilayah Palestin yang diduduki penjajah Israel sejak tahun 1948, merupakan lanjutan dari perang Zionis terhadap para tawanan. Pihak penjajah Israel menganggap para tawanan merupakan salah satu simbol terpenting daripada masalah Palestin dan sekaligus sebagai saksi atas kejahatan yang dilakukan penjajah Zionis.
Qassem menegaskan bahawa tindakan yang dipraktikkan oleh Menteri Pertahanan Israel, di samping langkah-langkah represif Zionis yang datang silih berganti terhadap para tawanan, menegaskan kepentingan menyatukan usaha nasional untuk menghadapi tindakan penjajah Zionis tersebut dan menjadikannya program utama di peringkat nasional.
Beliau meminta pihak Otoriti Palestin agar tidak menyerah pada langkah-langkah penjajah Zionis. Otoriti Palestin memulakan inisiatif mengembalikan gaji para tawanan yang dipotong sebagai respons dan reaksi terhadap keputusan penjajah Israel tersebut.
Pada Rabu malam (1/1/2020), Bennett mengumumkan bahawa dia telah mengeluarkan keputusan untuk menahan harta keluarga 32 tawanan Palestin yang berasal dari wilayah Palestin yang diduduki penjajah Israel sejak tahun 1948.
Bennett mendakwa bahawa keluarga para tawanan selama beberapa tahun terakhir menerima gaji dari pihak Otoriti Palestin.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Jumaat, 03-01-2020 – Rejim Zionis pada hari Rabu lalu telah merampas khemah dan struktur mudah alih milik warga Palestin yang digunakan sebagai bangsal di wilayah Tubas ke utara Tebing Barat.
Saksi menyatakan bahawa Rejim Zionis menyerang kawasan Atouf, tenggara Kota Tubas, dan merobohkan khemah kediaman dan bangsal mudah alih.
Mereka menambah bahawa semua struktur, yang dimiliki oleh warga Palestin Said Abu Daher, telah dirampas oleh Rejim Zionis.
Kira-kira seminggu yang lalu, Rejim Zionis juga telah merampas struktur mudah alih yang dimiliki oleh orang yang sama.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Khamis, 02-01-2020 – Rejim Zionis telah memaksa beberapa rakyat Palestin untuk meninggalkan kawasan agrikultur mereka yang berdekatan dengan petempatan haram di Shavei Shomron, utara Nablus pada Isnin yang lalu.
Datuk Bandar Sebastia, Mohamed Azem berkata, askar negara haram Israel dan pengawal keselamatan di petempatan tersebut telah memaksa sekumpulan pekebun untuk meninggalkan tanah tersebut.
Tambah beliau, pekebun tersebut sedang mempersiapkan kebun mereka untuk menanam pokok aprikot sebagai salah satu projek di kawasan tersebut yang dibiayai oleh Suruhanjaya Penjajahan dan Penentangan bersama Pusat Pembangunan Ekonomi.
Azem berkata, askar negara haram Israel telah mempertikai isu tersebut dengan mengatakan bahawa pekebun tersebut perlukan kebenaran sebelum masuk ke kawasan tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Khamis, 02-01-2020 – Pergerakan Hamas menegaskan bahawa kerajaan rejim Zionis tidak mematuhi secara keseluruhannya persetujuan yang telah dirundingkan terdahulu mengenai Gaza.
Dalam satu siaran akhbar, Hamas menafikan telah mengadakan sebarang perbincangan baharu mengenai gencatan senjata dengan pihak Israel, dan menegaskan bahawa “pengepungan dan sekatan terhadap Gaza belum berakhir.”
Pergerakan itu menyeru semua pihak yang berkenaan untuk memikul tanggungjawab masing-masing untuk mengakhiri apa yang dikatakannya sebagai “sekatan demi sekatan, yang terus menerus dilakukan oleh rejim Zionis dan Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah yang bertujuan untuk menggulingkan pihak penentang dan melumpuhkan rakyat Palestin”.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Khamis, 02-01-2020 – Pergerakan Hamas secara mutlak menafikan ada perjanjian gencatan senjata baru atau penyelesaian komprehensif dengan Israel, sama ada di Jalur Gaza atau Tebing Barat.
Jurucakap Hamas Abdul-Latif al-Qanu memberitahu agensi berita Anadolu bahawa terdapat usaha untuk menguatkan perbincangan sebelumnya yang berkaitan dengan mengangkat sekatan di Gaza dan tidak lebih dari itu.
Beliau juga menggambarkan laporan media Israel mengenai mengabaikan isu Tebing Barat semasa perbincangan sebelumnya dan baru-baru ini untuk mengakhiri pengepungan Gaza sebagai “tidak berasas dan tidak benar.”
Saluran satelit Israel, Kan, mendakwa pada hari Ahad bahawa Hamas menolak untuk menghentikan operasi mereka di Tebing Barat sebagai sebahagian dari penyelesaian dengan pemerintah Israel, sambil menambah gencatan senjata antara Israel dan Hamas hanya berkaitan dengan Gaza.
Pegawai kanan Hamas Khalil al Hayya telah menegaskan bahawa hanya ada perbincangan yang bertujuan mengangkat sekatan di Gaza dan bukannya pembicaraan politik dengan negara penjajah Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Khamis, 02-01-2020 – Kerajaan negara haram Israel telah membuat keputusan untuk tidak mengambil peduli surat permohonan bagi penglibatan rakyat Palestin di timur Baitulmaqdis didalam pilihanraya umum Palestin.
Keputusan untuk tidak memberikan kata putus kepada pihak berkuasa Palestin adalah dari perbincangan pimpinan tertinggi kerajaan berkenaan dengan isu ini.
Keputusan seperti ini telah menghalang rakyat Palestin dari mengadakan pilihanraya dan secara langsung mengekalkan ketandusan politik di arena politik negara Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Selasa, 31-12-2019 – Akhbar Haaretz menyatakan yang pentadbiran awam tentera rejim akan meluluskan pembinaan ratusan kediaman di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.
Menurut akhbar itu, lebih kurang 2000 unit kediaman akan diluluskan pada masa akan datang untuk pembinaan penempatan.
Rancangan itu akan dilancarkan selari dengan kenyataan terbaru yang dibuat oleh perdana menteri Benjamin Netanyahu tentang niatnya untuk meluluskan pembinaan 3000 unit kediaman di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Selasa, 31-12-2019 – Lebih kurang 200 ekstremis peneroka haram menceroboh masuk Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis pada pagi Ahad di bawah kawalan polis yang ketat.
Quds Press melaporkan bahawa polis Zionis Israel membenarkan berpuluh-puluh peneroka Yahudi mencerobo Masjid al-Aqsa melalui pintu al-Maghareba mengikut kumpulan jam 7.30 pagi.
Ia berkata bahawa peneroka haram melakukan lawatan provokatif dan ritual Talmud di halaman al-Aqsa sebelum mereka meninggalkan masjid melalui pintu al-Silsila.
Sejak tahun 2003, peneroka haram Israel telah dibenarkan menceroboh ke masjid al-Aqsa, dikawal oleh penguasa Zionis angkatan bersenjata, setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Selasa, 31-12-2019 – Rejim zionis Israel menjalankan operasi geledah meluas ketika waktu subuh di rumah dan menahan sejumlah warga Palestin di beberapa kawasan berbeza di Tebing Barat dan Baitulmuqqadis.
Menurut sumber tempatan dari Baitulmuqqadis, anggota polis rejim menyerbu daerah Issawiya di kota suci dan menangkap 12 penduduk Palestin termasuk tiga beradik di rumah mereka.
Di al-Khalil pula, pihak rejim mengeledah dan menahan seorang warga di rumahnya di bandar Beit Awwa serta membuat sekatan di jalan masuk ke kem pelarian al-Fawwar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa, 31-12-2019 – Lebih dari 520 pelbagai jenis kilang ditutup operasi sehingga akhir tahun ini,lanjutan keadaan ekonomi yang meruncing di Gaza. Ia disebabkan perang dan sekatan serta tiada sokongan dan rancangan pemerintah, seperti dinyatakan oleh Persatuan Pengilang Palestin.
pihak Persatuan menegaskan, tahun 2019 merupakan yang terburuk di sektor perekonomian dibanding tahun sebelumnya, jumlah kilang yang ditutup sehingga akhir tahun ini mencapai lebih 520 buah, di samping kilang yang dipindahkan lokasinya ke luar negeri, sama ada di Mesir mahupun Jordan. Ia menambah jumlah pengangguran dan masalah sosial dan kemanusiaan di Gaza.
Sektor tekstile berada pada kedudukan terbesar, sebanyak 35 ribu pekerja mencari rezeki di sektor ini. Ketika ini hanya tinggal sekitar 3 hingga 4 ribu pekerja sahaja. Seterusnya kilang kayu yang menampung 30 ribu pekerja dan kini yang tinggal hanya 3 ribu orang pekerja sahaja. Keadaan ekonomi yang buruk di Gaza disebabkan oleh tiga kali perang, sekatan dan larangan eksport serta tidak adanya bahan asas serta rumitnya proses di pintu masuk sempadan.
Penjajah Israel turut menghancurkan infrastruktur ekonomi di Gaza ketika serangan militan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Selasa, 31-12-2019 – IOF telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pemuda Palestin di bandar Tuqu, tenggara Bandar Bethlehem, namun tiada kematian dilaporkan.
Datuk Bandar Tuqu’, Tayseer Abu Mefreh mengatakan bahawa sekumpulan tentera IOF yang ditempatkan di kawasan Sahl al-Baq’a di Tuqu’ secara tiba-tiba dan tanpa alasan yang jelas melepaskan tembakan ke arah sekumpulan belia Palestin.
Abu Mefreh berkata bahawa para pemuda tersebut segera meninggalkan tempat itu dan tiada siapa yang cedera dalam serangan itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Selasa, 31-12-2019 – Rejim Zionis (IOF) pada Ahad lalu telah menahan seorang kanak-kanak Palestin di kem pelarian al-Arroub di utara bandar al-Khalil di selatan Tebing Barat.
Sumber tempatan mengatakan bahawa IOF telah menculik Isa al-Titi, 14, di pintu masuk kem pelarian al-Arroub.
Pihak berkuasa rejim Zionis buat masa ini sedang menahan 200 kanak-kanak bawah umur Palestin di tiga penjara utama: Ofer, Megiddo dan Damon.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Isnin, 30-12-2019 – Wakil Qatar, Mohamed al-Emadi telah mengesahkan yang bantuan kewangan untuk keluarga miskin dan bekalan tenaga di Semenanjung Gaza akan berterusan hingga tahun 2020.
Dalam kenyataan akhbar pada Rabu, Emadi berkata Qatar sedang mengkaji permintaan Palestin untuk melanjutkan geran Qatar untuk Gaza.
“Semuanya akan diteruskan pada suku tahun pertama 2020 dan ada kemungkinan ia akan dilanjutkan insya Allah,” kata beliau.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Isnin, 30-12-2019 – Tentera laut rejim Israel mengumumkan untuk mengecilkan lagi kawasan penangkapan ikan di sepanjang pantai Semenanjung Gaza yang terkepung itu.
Menurut persatuan nelayan di situ, pihak tentera rejim memberitahu pejabat penyelaras Palestin bahawa zon kawasan menangkap ikan dari arah utara Gaza akan diperluaskan sehingga enam batu nautika dan dari arah pelabuhan Gaza hingga ke sempadan selatan Rafah akan dilebarkan kepada 10 batu nautika.
Tentera rejim, baru-baru ini telah meluaskan zon penangkapan ikan yang baru di perairan Gaza kepada 10 batu nautika sebagai sebahagian dari usaha persefahaman mengatasi permasalahan di Gaza antara pejuang Palestin dan pihak rejim.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin