Lebih 200 Peneroka Haram Israel Ceroboh Masjid al-Aqsa

Selasa, 31-12-2019 – Lebih kurang 200 ekstremis peneroka haram menceroboh masuk Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis pada pagi Ahad di bawah kawalan polis yang ketat.

Quds Press melaporkan bahawa polis Zionis Israel membenarkan berpuluh-puluh peneroka Yahudi mencerobo Masjid al-Aqsa melalui pintu al-Maghareba mengikut kumpulan jam 7.30 pagi.

Ia berkata bahawa peneroka haram melakukan lawatan provokatif dan ritual Talmud di halaman al-Aqsa sebelum mereka meninggalkan masjid melalui pintu al-Silsila.

Sejak tahun 2003, peneroka haram Israel telah dibenarkan menceroboh ke masjid al-Aqsa, dikawal oleh penguasa Zionis angkatan bersenjata, setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen