Categories
Berita Semasa

Bahagian Keselamatan PA menculik bekas tahanan Tareq Arziqat

Selasa, 14-04-2015 – Bahagian keselamatan pencegahan pihak berkuasa Palestin (PA) menculik Tareq Arziqat, bekas tahanan di penjara Israel pada hari Ahad, dari kediamannya di bandar Taffuh, barat bandar al-Khalil.

Pihak keselamatan pencegahan menyerbu rumah Arziqat pada waktu petang dan membawa beliau ke ibu pejabat di bandar al-Khalil, demikian menurut keluarganya.

Pihak keselamatan pencegahan dan perisikan PA telah menahan Arziqat dan saudaranya beberapa kali sebelum ini atas dasar hubungan mereka dengan Hamas. Bapa mereka, Abdul-Karim Arziqat, pegawai kanan Hamas meninggal 2 tahun lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kempen memerangi pelampau di Gaza

Selasa, 14-04-2015 – Kementerian Hal Ehwal Agama Palestin memberitahu, pejabatnya yang terletak di Semenanjung Gaza telah melancarkan kempen untuk memerangi pelampau dan ideologi kumpulan militan melalui masjid dan khutbah Jumaat.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama di Gaza, Hasan al-Saifi memaklumkan kepada agensi berita Anadolu bahawa pendakwah masjid telah diarahkan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan mengikuti nilai-nilai Islam yang betul dan menahan diri daripada menyokong pendapat pelampau.

“Khutbah mereka akan menjadi sebahagian daripada pelan yang dibangunkan oleh kementerian dengan kerjasama ulama dan imam-imam untuk melawan pemikiran sesat dan melampau,” menurut Saifi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Gadis berusia 23 tahun cedera dilanggar peneroka haram Israel

Selasa, 14-04-2015 – Seorang peneroka haram Israel petang Ahad lepas telah melanggar gadis Palestin berusia 23 tahun di bandar Baitulmuqaddis yang dijajah dan ditinggalkan keadaan cedera parah.

Menurut laman web 0404 Israel, gadis itu telah dilanggar kenderaan yang dipandu oleh seorang peneroka haram Yahudi berhampiran landasan ringan di Baitulmuqaddis. Mangsa dikejarkan ke hospital Hadassah untuk merawat kecederaan serius beliau yang ditinggalkan dalam kejadian langgar lari itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tuntutan mahkamah terhadap kerajaan Belgium untuk memboikot Israel

Selasa, 14-04-2015 – Mahkamah Urusan Awal Brussels akan mengadakan pendengaran pertama tuntutan mahkamah di bawa terhadap kerajaan Belgium untuk mencegah kemasukan dan penjualan barangan Israel di Belgium pada hari Isnin.

Ketua Dewan Palestin di Belgium Ramadan Abu Jazar, warga Belgium berketurunan Palestin, berkata dalam satu kenyataan akhbar, bahawa dia, atas sifatnya sebagai pengguna Belgium, memfailkan saman terhadap kerajaan Belgium yang diwakili oleh Menteri-menteri Ekonomi, Kewangan dan Kastam untuk mencegah kemasukan atau penjualan produk penempatan Israel di Belgium.

Dewan Palestin di Belgium menggesa masyarakat Palestin di negara ini untuk menghadiri perbicaraan pertama yang akan diadakan pada pagi Isnin. Pendengaran itu akan disusuli dengan sidang akhbar untuk mengulas mengenai situasi ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kerajaan Perpaduan mungkir janji

Isnin, 13-04-2015 – Hamas menyelar Kerajaan Perpaduan kerana telah mengingkari perjanjian yang dimeterai oleh Perdana Menteri Rami al-Hamdallah berkenaan lintasan sempadan dan krisis gaji semasa kunjungan beliau ke Gaza, baru-baru ini.

Dalam mesyuarat mingguannya Selalu lalu, Kerajaan Perpaduan memutuskan untuk membentuk satu jawatankuasa yang bertanggungjawab ke atas lintasan sempadan Gaza bagi menyusun semula jawatankuasa pentadbiran serta undang-undang untuk membincangkan isu-isu berbangkit disebabkan perselisihan dalaman termasuk penjawat awam Gaza.

Hamas berkata, satu perjanjian dengan al-Hamdallah telah dicapai berkaitan pembentukan sebuah jawatankuasa bersama yang diketuai oleh Timbalan PM, Ziad Abu Amru, untuk menangani isu-isu seperti lintasan sempadan dan krisis gaji.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana

Categories
Berita Semasa

Hamas: peristiwa penikaman tentera IOF adalah reaksi biasa terhadap keganasan Israel.

Isnin, 13-04-2015 – Gerakan Hamas menyokong tindakan menikam tentera rejim Israel pada pagi Rabu oleh seorang lelaki Palestin di selatan penemptan Shilo kea rah utara Tebing Barat.

Jurucakap Hamas, Husam Badran berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman web rasmi Hamas, “Tindakan itu merupakan reaksi normal terhadap keganasan Israel yang semakin menjadi-jadi ke atas rakyat Palestin terutamanya terhadap Masjid Aqsa dan serangan ke atas Gaza.”

Beliau menyokong lelaki Palestin tersebut sebagai seorang yang cukup berani menyasarkan 2 tentera dengan hanya bersenjatakan pisau sedangkan tentera IOF lengkap bersenjata membunuh kanak-kanak, wanita dan orang awam Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOF sekat protes, dua aktivis di Utara al-Khalil

Isnin, 13-04-2015 – Tentera Zionis Israel (IOF) telah menahan dua aktivis Palestin semasa protes terhadap usaha meratakan dan merampas tanah di utara al-Khalil Rabu lalu.

Ratib al-Jabour, Aktivis protes itu memberitahu wartawan PIC yang askar IOF telah menahan dua aktivis Palestin di kawasan penempatan haram dan tembok pemisah sambil menyekat protes yang berlaku di kawasan berhampiran blok penempatan Gush Etzion , yang telah dibina secara paksa atas tanah al-Khalil .

Tunjuk perasaan itu bertujuan untuk menghalang rampasan ratusan dunum dua bandar Palestin di kawasan itu, kata Jabour. Beliau menambah rejim Zionis menghentikan perhimpunan tersebut, menahan dua lelaki muda, dan melepaskan gas pemedih mata terhadap peserta untuk memaksa mereka meninggalkan kawasan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

PLO Rasmi: Daesh dihalau dari sebahagian kem Yarmouk.

Isnin, 13-04-2015 – Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) berkata pada hari Selasa bahawa militan Daesh telah berundur dari sebahagian tempat di kem pelarian Yarmouk, kem terbesar untuk pelarian Palestin di Syria.

“Organisasi Daesh kini hanya menguasai 60 peratus daripada kem Yarmouk sebelum itu mereka telah merampas 90 peratus daripada jumlah itu,” Anwar Abdel-Hadi, yang menyelia hal ehwal PLO di Syria berkata. Jawatankuasa popular Palestin telah mengambil alih bahagian barat dan utara perkhemahan, tambah pegawai itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel mengesahkan penahanan pentadbiran terhadap MP Jarrar

Isnin, 13-04-2015 – Mahkamah tentera Israel Ofer pada hari Rabu mengesahkan perintah tahanan pentadbiran selama enam bulan , tanpa caj atau percubaan , terhadap MP kiri Palestin Khalida Jarrar .

Tunjuk perasaan secara aman diadakan di hadapan mahkamah Ofer dalam cubaan untuk menekan agar arahan tersebut tidak disahkan. MK Ahmad al – Tibi , ahli berbangsa Arab Knesset Israel , mengutuk keputusan Ofer dan menggesa parlimen di dunia untuk campur tangan menghentikan pencabulan Israel terhadap ahli-ahli Majlis Perundangan Palestin ( PLC ) berikutan 16 daripada mereka telah menjadi tawanan di penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Peneroka menahan bas sekolah kanak-kanak

Isnin, 13-04-2015 – Sekumpulan peneroka memintas dan menahan bas sekolah kanak-kanak sehingga lewat malam pada hari Isnin berhampiran penempatan Yitzhar ke arah timur selatan Nablus.

Ghassan Douglas, seorang pegawai Palestin yang bertanggungjawab bagi fail penempatan di Pihak Berkuasa Palestin di bahagian utara Tebing Barat, berkata bahawa peneroka telah menghentikan bas sekolah ketika dalam perjalanan pulang dari lawatan sekolah dengan alasan bahawa salah seorang kanak-kanak telah menghulurkan tangan keluar dari tingkap yang terbuka.

Bas itu telah kembali ke Ramallah dari rombongan sekolah. Kanak-kanak tersebut adalah pelajar di Sekolah Shuhada Silwad di Ramallah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

MP Attoun menyeru PA mengantarabangsakan isu tahanan

Isnin, 13-04-2015 – MP Attoun Ahmad menyeru Pihak Berkuasa Palestin ( PA ) pada hari Selasa untuk mengantarabangsakan isu tahanan Palestin di penjara Israel .

Beliau menggesa kepimpinan PA untuk mengambil kesempatan daripada keahliannya dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa ( ICC ) untuk mendakwa Israel dari segi pelanggaran terhadap tahanan Palestin .

Kenyataan itu dibuat semasa penyertaan Attoun, dalam satu delegasi Ahli Parlimen Islam Majlis Perundangan Palestin ( PLC ) , dalam perjumpaan mingguan yang dianjurkan oleh keluarga tahanan bersama-sama dengan institusi Palestin di hadapan ibu pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di bandar Tebing Barat el – Bireh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel menahan lelaki Palestin yang sakit di laluan sempadan Erez

Isnin, 13-04-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan pada Selasa seorang lelaki Palestin yang sakit di laluan sempadan Erez ke Gaza ketika beliau bermusafir di Baitulmuqaddis.

Sumber hak asasi manusia memberitahu wartawan PIC yang tentera IOF mengepung seorang lelaki bernama Yahya al-Tarabin yang sedang menderita sakit belakang yang serius.

Tarabin telah ditahan dan dipindahkan ke penjara Ashkelon meski memiliki surat pemindahan perubatan ke Hospital al-Makassed Hospital di Baitulmuqaddis, sumber tersebut menambah. Tentera rejim selalunya menggunakan laluan Erez sebagai perangkap untuk menahan dan mengugut rakyat Palestin termasuk para pesakit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mishaal melakukan perluasan hubungan untuk meredakan ketegangan di kem Yarmouk

Isnin, 13-04-2015 – Satu siri panggilan telefon itu dibuat oleh ketua tertinggi Hamas, Khaled Meshaal, untuk menghentikan keganasan terhadap pelarian Palestin terlindung di kem Yarmouk yang dilanda perang Syria. Osama Hamdan, Ketua Hubungan Luar Hamas, katanya dalam satu kenyataan akhbar Sabtu edisi petang yang disiarkan, bahawa Palestin tidak bertanggungjawab terhadap apa yang sedang berlaku di kem Yarmouk dan ia hanya tidak adil untuk membuatkan mereka bertanggungjawab Beliau dipanggil untuk menghentikan pertempuran di kem itu dan mengangkat sekatan yang dikenakan ke atas pelarian Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Haneyya dan PM Turki membincangkan perkembangan Palestin

Isnin, 13-04-2015 – Timbalan Ketua Hamas Ismail Haneeya mengadakan perbualan telefon pada hari Isnin dengan Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu untuk membincangkan perkembangan terkini berkaitan dengan Palestin. Perbincangan berkisar kepada pendamaian antara Palestin, pembinaan semula Semenanjung Gaza, dan krisis penjawat awam Hamas yang dilantik seperti yang dinyatakan oleh pejabat Haniya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan bantuan Turki ke Gaza, lintasan sempadan Semenanjung Gaza, dan cadangan
penubuhan koridor air untuk wilayah yang dikepung.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Kempen Al – Wafa panggilan untuk gencatan senjata kemanusiaan di kem Yarmouk

Rabu, 08-04-2015 – Kempen Eropah al – Wafa menggesa pihak-pihak bersenjata di kem Yarmouk yang menempatkan pelarian Palestin di Syria bertindak serta-merta untuk menyelamatkan nyawa orang awam dengan menghentikan pertempuran yang berlaku di dalam kem yang berada dalam kepungan selama 637 hari berturut-turut.

Dalam satu kenyataan akhbar pada petang Sabtu, kempen ini menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera di kem Yarmouk. Ini merupakan amaran kemungkinan berlaku bencana kemanusiaan.

Gencatan senjata itu bertujuan memindahkan penduduk awam ke lokasi yang lebih selamat. Penduduk yang cedera dikeluarkan dari pengeboman teruk yang mensasarkan kem tersebut. Mereka turut diberi rawatan yang bersesuaian, menurut kenyataan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada