Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel lanjutkan tempoh penahanan pentadbiran wartawan untuk kali kelima

Isnin, 29-06-2015 – Sebuah mahkamah tentera Israel telah melanjutkan penahanan pentadbiran seorang wartawan Palestin, Abdul Razzaq Farraj, 53, sebanyak 5 kali berturut-turut. Palestinian Prisoner Center for Studies melaporkan bahawa mahkamah tersebut memperbaharui penahanan pentadbiran wartawan terbabit selama 4 bulan lagi. Farraj yang berasal dari kem pelarian al-Jalazoun di Ramallah, telah menghabiskan 15 tahun di penjara-penjara Israel yang berlainan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira