Khamis, 09/02/2006 – “Kami tidak akan menyertai kabinet tetapi jika ada usaha untuk memerangi Israel, kami akan membantu”, itu adalah kata2 Khalid al-Batsh, pemimpin Islamic Jihad (IJ).
Author: admin
Khamis, 09/02/2006 –
Hamas mengambil langkah berani dgn mengambil Ahmed Al-Mughanne, PA attorney-general (AG), untuk membuka beberapa fail yg dirasakan terdapatnya rasuah dimana beratus juta dollar sepatutnya diberikan kepada rakyat Palestin.
Oleh : Khalid Mishal, ketua biro politik HAMAS
Telah diketahui ramai bahawa rakyat Palestin merupakan rakyat yang paling tinggi kesedaran politik dan berpendidikan di dalam dunia. Apabila mereka pergi mengundi pada hari Rabu yang lepas (25 Januari 2006), mereka telah jelas dengan apa yang bakal mereka pilih.
Rabu, 08/02/2006 – Delegasi Mesir dan Palestin yang sedang bermesyuarat di sini telah bersetuju pada hari Isnin lepas untuk menunda isu untuk merumuskan gencatan senjata untuk jangka masa panjang di antara pihak Palestin dan Israil sehingga kerajaan baru Palestin dibentuk.
Rabu, 08/02/2006 – Wakil rakyat yang dipilih Hassan Khuraisha yang bersatu dengan pertubuhan Hamas telah menyeneraikan dan memenangi kerusi di pertubuhan PLC, meragui tuduhan Palestinian Authority (PA) yang menyatakan bahawa kewangan PA tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menampung gaji 140 000 pekerjanya dan menyatakan sekiranya perkara ini benar, maka seseorang perlu bertanggungjawab dalam hal ini.
Selasa, 07/02/2006 – Pemangku PM Israel, Ehud Olmert (gambar) hanya akan bekerjasama dengan Mahmoud Abbas selagi beliau (Abbas) tidak bekerjasama dengan HAMAS.
Rakyat Palestin mencari mayat di dalam kereta yang berkecai terkena bedilan peluru berpandu jet pejuang Israel pada Ahad, 5/2/2006 yang lalu
di bandar Gaza. Mayat tersebut adalah dari pejuang Jihad Islami.
Usai kemenangan HAMAS, wartawan palestinkini.info, saudara Maszlee Malik telah berpeluang untuk menemu ramah Dr Azzam Tamimi (gambar), Pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT), UK. Beliau yang berada di Nagoya, Jepun terpaksa bergegas pulang ke London sejurus kemenangan HAMAS untuk diwawancara oleh pelbagai pihak.
Isnin, 06/02/2006 – Dr. Mahmoud Al-Zahhar, salah seorang ketua pegerakan Hamas di Jalur Gaza, menyeberangi terminal Rafah melalui Mesir untuk melawat beberapa negara Arab dan menerangkan kedudukan pergerakannya setelah menang besar pada pilihanraya bulan lepas

Pemimpin HAMAS, Ismail Haniyeh (tengah) bertemu
dengan wakil dari Jordan, Yahiya al-Karallah (kanan)
di bandar Gaza pada hari Selasa, 31/01/06.
Di sebelah kiri adalah Said Siam, salah seorang anggota HAMAS.
Oleh : Maszlee Malik
Jika ada di antara rakyat Malaysia yang mungkin terkejut apabila Dato’ Sharifah Aini mengatakan yang beliau langsung tidak mengenali Siti Nurhaliza, seluruh dunia lebih terkejut denga apa yang berlaku di Palestin pada 25 Januari 2006.
Khamis, 02/02/2006 – Di dalam kajian melalui pungutan suara yang dilakukan oleh akhbar Yehodot Ehronot berbahasa Yahudi, sebanyak 48% daripada responden warga Israel menyeru kerajaan Zionis mengadakan rundingan dengan HAMAS
Jumaat, 27/01/2006 – Ketua Hamas, Ismail Hanneya berkata yg dia menerima pangillan telefon dari Huseein Al-Sheikh, Ketua Fatah dari Tebing Barat, mengucap tahniah kerana memperoleh kejayaan besar dalam pilihanraya semalam.
Jumaat, 27/01/2006 – Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal (gambar) telah menegaskan bahawa kemenangan Hamas adalah kemenangan rakyat Palestin, demikian dilaporkan media Hamas.
Jumaat, 27/01/2006 –Menurut keputusan awal selepas pengiraan lebih 95 % daripada kotak-kotak undian, ternyata HAMAS mengguguli pilihanraya legaslatif kali ini. HAMAS berjaya memenangi 76 kerusi daripada 132 kerusi yang dipertanding, ini bermakna HAMAS mendapat 60.5% daripada suara rakyat. Fatah, yang merupakan mantan parti memerintah hanya berjaya memenangi 43 kerusi sahaja, manakala 13 kerusi yang lain dimenangi oleh parti-parti kecil yang lain.Lebih 77.9% rakyat Palestin yang layak mengundi dilaporkan telah membuang undi mereka di dalam pilihanraya kali ini.