Tentera Israel mengebom rumah Palestin di utara Gaza.

Selasa, 18/04/2006 – Kereta kebal Israel telah mengebom kawasan perumahan di utara Gaza Isnin lepas membunuh dan mencederakan beberapa orang, menurut saksi dan sumber perubatan.


Pengeboman yang tidak mengira kawasan tersebut berlaku beberapa jam selepas pengebom berani mati mengebom dirinya di Tel Aviv di penempatan Yahudi, membunuh sembilan orang dan mencederakan dua yang lain.

Sumber perubatan di Gaza melaporkan bahawa peuru kereta kebal Israel telah mengebom sebuah rumah di Beit Lahya di utara Gaza membunuh Mamdouh Obeid, 16 dan mencederakan lima yang lain.

Tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 21 rakyat Palestin termasuk beberapa kanak-kanak dalam beberapa serangan semenjak 2 minggu lepas.

Organisasi Jihad Islami, yang mengaku bertanggungjawab dengan pengebomam di Tel Aviv, berkata mereka melakukan serangan tersebut untuk menuntut bela di atas pembunuhan kejam rakyat Palestin oleh tentera Israel.

?Orang awam mereka tidak kurangnya manusia berbanding kami?. Awal hari tersebut tentera Israel telah melepaskan tembakan ke atas kanak-kanak Palestin di Nablus mencederakan 16 orang.
Aktivis hak asasi manusia asing di sebuah bandar di Tebing Barat menggambarkan bahawa tembakan tersebut langsung tidak di provokasikan.
?Mereka hanya melepaskan tembakan ke atas kanak-kanak tersebut? kata Maria, sukarelawati keamanan dari Itali

Tentera penjajah Israel menyatakan bahawa mereka bertindak atas dasar ?membela diri?. Namun begitu, datuk bandar Palestin di Nablus menggambarkan alasan tersebut satu alasan bodoh. ?Mereka patut tahu bahawa penjajah asing tidak mempunyai status sebagai ?membela diri?. Mereka adalah penjajah dan perampas.