Categories
Berita Semasa

Pelajar universiti melakukan protes tahanan politik dengan membentuk rantaian manusia

Jumaat, 01-04-2016 – Berpuluh-puluh pelajar universiti telah membentuk satu rantaian manusia di Nablus sebagai tanda protes terhadap dasar tangkapan politik terhadap aktivis di kalangan pelajar universiti pada tengah hari Ahad.

Para peserta mengibarkan kain rentang mendesak pembebasan rakan-rakan mereka yang ditahan oleh bahagian keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan juga mendesak untuk menghentikan dasar penahanan politik. Acara rantaian manusia dianjurkan oleh pelajar dari fakulti kejuruteraan dan fakulti sains ketika Pihak Berkuasa Palestin menahan tiga pelajar fakulti kejuruteraan dan seorang pelajar dari fakulti sains. Kesemua yang ditangkap ditahan selepas menghadiri aktiviti pelajar dan akademik di universiti.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Bom fosforus diguna Israel ditemui di Gaza

Jumaat, 01-04-2016 – Pasukan polis Gaza terpaksa bekerja tanpa cuti bagi mengawasi sebutir bom fosforus putih yang diguna Israel ketika menyerang Gaza pada tahun 2008-2009, dahulu.

Menurut pendedahan yang dibuat oleh bahagian pentadbiran awam, unit kejuruteraan bahan letup, ibupejabat polis, Semenanjung Gaza, bom yang tidak meletup itu ditemui oleh seorang lelaki warga Palestin, tertanam di dalam tanah miliknya yang terletak di kem pelarian al-Nusairat.

Tentera Rejim Israel menggunakan serbuk fosforus putih yang dilarang penggunaannya di peringkat antarabangsa semasa menyerang Gaza pada tahun 2008 dan 2009 yang menyebabkan lebih 1,440 penduduk Palestin terbunuh, manakala beribu yang lain cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pencerobohan Israel di utara Semenanjung Gaza

Jumaat, 01-04-2016 – Pasukan Pendudukan Israel ( IOF) menjalankan serangan berskala kecil di kawasan sempadan utara Semenanjung Gaza pada pagi Rabu dengan menggunakan beberapa jentolak tentera.

Seorang pemerhati lapangan memberitahu Quds Press bahawa beberapa jentolak Israel, diiringi oleh kereta kebal Israel, telah meratakan kedudukan tanah berhampiran pangkalan tentera Zikim. Serangan yang sama berlaku di kawasan sempadan selatan dan tengah Gaza pada pagi hari Selasa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menghalang 18 rakyat Palestin dari menduduki Al-Aqsa, Jajahan Jerusalem

Selasa, 29-03-2016 – Pihak Berkuasa Regim Zionis Israel (IOA) mengharamkan 18 rakyat Palestin dari menduduki Jerusalem yang dijajah dalam usaha untuk menghapuskan kehadiran rakyat Palestin dan menahan mereka jauh dari bandar.

Seorang wartawan PIC memetik sumber tempatan menyatakan bahawa pada hari Selasa IOA telah mengharamkan 17 rakyat Palestin daripada memasuki Masjid suci Al-Aqsa dan Kota Lama. Bebrepa jam kemudian, IOA telah mengharamkan Hamza Melhes yang berusia 21 tahun dari Baitulmuqaddis selama empat bulan , bermula dari 27 Mac hingga 21 Julai.

Melhes berkata IOF menghalangnya di Pintu Gerbang al- Sahira dan mengheretnya ke pusat tahanan Qishleh di Kota Lama , di mana beliau telah dimaklumkan mengenai larangan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menahan seorang warga Palestin yang dituduh menggodam drone

Selasa, 29-03-2016 – Polis Israel berkata, ia telah menahan seorang jurutera elektronik dan perisian yang yang dituduh menggodam siaran dari dron polis Israel dengan kerjasama Shin Bet.

Satu kenyataan polis menamakan yang disyaki sebagai Majd Ouida, 22 dari Semenanjung Gaza. Jurucakap polis Luba Samri berkata yang Ouida menghadapi beberapa dakwaan atas perbuatannya termasuk pengintipan, konspirasi melakukan jenayah, menggodam computer dan memindahkan maklumat kepada musuh bertujuan untuk menjejaskan keselamatan Israel.

Samri menambah, Ouida yang mengetuai “golongan berbakat Palestin” telah ditahan pada 23 Februari ketika melalui menuju ke Tebing Barat dari Gaza untuk menghadiri mesyuarat bersama calon-calon pemuda dalam pertandingan nyanyian televisyen.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi banjiri Masjid Ibrahim di Hebron.

Selasa, 29-03-2016 – Beratus-ratus pendatang haram Yahudi bertindak memasuki masjid Ibrahim pada awal pagi hari Rabu, kelmarin bagi melakukan ibadah mengikut ajaran agama mereka.

Menurut wartawan PIC, pendatang tersebut berhimpun di ruang dalam masjid berhampiran makam nabi Yusof dan mengadakan upacara sembahyang mengikut agama Yahudi di situ. Selain itu, mereka turut bertindak melaungkan slogan berbau hasutan supaya semua orang Arab dibunuh dan dihalau dari tempat tinggalnya.

Perbuatan pendatang yang disifatkan sebagi menyerang itu, mendapat perlindugan sepenuhnya dari anggota tentera rejim Israel yang bertindak mengadakan benteng keselamatan di sekitar pintu masuk utama masjid dan seterusnya melarang umat Islam dari menunaikan solat Maghrib dan Subuh di masjid berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Bas terbalik, 14 jemaah umrah Palestin meninggal dan 36 cedera

Khamis, 24-03-2016 – Sebanyak 14 jemaah umrah Palestin meninggal dunia dan 36 yang lain cedera setelah bas yang membawa mereka terbalik di Kota Maan di selatan Yordania, Rabu (16/3) malam, saat berangkat ke Arab Saudi.

Pihak Yordania mengatakan bahawa kemalangan yang terjadi berpunca daripada pemandu yang hilang kawalan. Jumlah mangsa yang akan meninggal dunia mungkin akan bertambah kerana banyak mangsa yang teruk cedera parah.

Wakil Pusat Informasi Palestin mengatakan, kemalangan terjadi selepas melepasi laluan al-Mudawarah ketika semuanya menuju ke tanah suci. Sementara itu Menteri Wakaf Palestin Yusuf Adeis mengumumkan, bas yang mengangkut jemaah ini terbalik di daerah al-Mudawarah di antara sempadan Yordania dan Arab Saudi.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Halangan Israel terhadap proses pendidikan Palestin pada 2015

Khamis, 24-03-2016 – Halangan yang dilakukan Israel terhadap proses pendidikan Palestin telah meningkat dengan ketara pada tahun 2015. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Quds Press, statistik rasmi mendedahkan bahawa seramai 53,998 pelajar, 3,840 guru serta beberapa kakitangan Kementerian Pendidikan Palestin dan institusinya, telah diserang oleh tentera penjajahan Israel (IOF) pada tahun lepas; serangan ini termasuk dibunuh, dicederakan, ditangkap dan ditahan, tangkapan di rumah, disekat di pusat pemeriksaan dan dihalang dari memasuki sekolah dengan selamat.

255 buah sekolah Palestin telah diserang oleh tentera penjajahan Israel dan peneroka. Serangan Israel terhadap sekolah-sekolah Palestin termasuk, serangan, tembakan dan serangan bom yang menyebabkan kerugian ketara, di samping melumpuhkan sebahagian mahupun sepenuhnya proses pendidikan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Lawatan ke Mesir permulaan yang baik dalam hubungan dua hala

Khamis, 24-03-2016 – Pemimpin kanan Hamas, Mousa Abu Marzouk berkata, lawatan Hamas ke Mesir menandakan permulaan yang lebih baik dalam hubungan dua hala.

Bercakap dalam satu kenyataan di akaun Facebook beliau, Abu Marzouk berkata, lawatan itu sekali gus melenyapkan semua khabar angin mengenai kegagalan Hamas untuk mengukuhkan hubungan persaudaraan dengan Mesir. “Lawatan itu baru sahaja berakhir. Spekulasi tersebut adalah palsu. Kami sudah berdepan dengan pegawai-pegawai Mesir yang mengasihi Palestin dan serius komited untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap Mesir,” kata perwakilan Hamas itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Pendatang Israel meratakan tanah milik warga Palestin di Salfit

Khamis, 24-03-2016 – Pendatang Israel pada Rabu meratakan tanah milik warga Palestin di barat bandar Salfit sebagai menyokong perluasan penempatan haram.

Seorang wartawan PIC menyebut saksi mata menyatakan yang jentolak Israel meratakan tanah warga Palestin, bag membuka jalan membina infrastruktur pembinaan unit penempatan haram dengan mengorbankan tanah warga Palestin di barat Salfit. Penyelidik Khaled Maali memberi amaran tentang perkembangan pesat pembinaan penempatan haram Israel di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Dua Remaja Palestin Cedera Ditembak Israel

Khamis, 24-03-2016 – Dua remaja Palestin cedera setelah ditembak pasukan penjajah Zionis dalam dua kejadian berasingan pada hari Ahad (13/3) di Ramallah, wilayah tengah tepi Barat dan belah timur Sempadan Gaza.

Sumber dari Palestin mengatakan, seorang remaja Palestin pada Ahad malam luka parah selepas ditembak pasukan penjajah Zionis di desa sebelah barat laut kota Ramallah, wilayah tengah pinggir barat.

Menurut sumber dari Palestin, seorang remaja bernama Adi Salamah berusia 14 tahun luka parah dalam pergolakan yang meletus dengan pasukan penjajah Zionis di desa barat laut Ramallah. Mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Hamas akan meneruskan usaha untuk menamatkan pemisahan Palestin

Khamis, 24-03-2016 – Ketua Biro Politik Hamas Khaled Mishaal berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha untuk mengembalikan perpaduan dan perjuangan untuk membebaskan tanah Palestin .

Mishaal membuat kenyataan tersebut pada petang Ahad sejurus tiba di Khartoum, ibu negara Sudan, bagi upacara berkabung dan untuk mengucapkan takziah ke atas kematian Dr Hasan al- Turabi. Pegawai Hamas menyifatkan Dr. Turabi sebagai seorang “ikon politik dan intelektual” dan menghargai usaha beliau dalam memberi sokongan kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka, serta usahanya untuk merapatkan jurang di Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Pemuda-pemuda Palestin Mengetuai Perjuangan Anti Penjajahan

Khamis, 24-03-2016 – Ketua Biro Politik Hamas Khaled Mishaal memuji peranan utama pemuda Palestin dalam menentang dan menghadapi penjajahan Israel ke atas tanah mereka.

Mishaal membuat kenyataan beliau di saluran satelit al-Quds pada petang Selasa dalam siaran program televisyen mengenai perjuangan di Palestin. Beliau menekankan bahawa belia-belia Palestin tersebut adalah pencetus revolusi rakyat Palestin menentang penjajahan, dan menggelarkan mereka sebagai “wira operasi individu”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

34 terbunuh manakala berpuluh-puluh cedera dalam sebuah letupan kereta di Ankara, Turki.

Khamis, 17-03-2016 – 34 orang terbunuh manakala berpuluh-puluh cedera, pada petang Ahad (13/3/2016); oleh letupan di perhentian bas berdekatan dengan stesen Kizlaa di ibu negara Turki, Ankara.

Menteri Kesihatan Turki, Mehmet Muadzin Oghlu memberitahu Agensi berita “Anatolia” bahawa 34 orang telah terbunuh dalam pengeboman tersebut, 30 daripada mereka meninggal dunia di tempat pengeboman dan empat lagi meninggal dunia di hospital akibat kecederaan.
Beliau juga menambah, “Kami percaya bahawa salah seorang atau dua orang daripada mayat yang berada di tempat kejadian adalah pengebom tersebut.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : silmi

Categories
Berita Semasa

150 rakyat Palestin ditahan rentetan apa yang disiarkan di Facebook

Khamis, 17-03-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan 150 warga Palestin kerana status Facebook mereka dan menahan sebahagian mereka atas tuduhan mencetuskan kebencian kepada Israel dan selebihnya ditahan tanpa bicara.

Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan berkata, dalam kenyataan pada Sabtu yang rejim Israel membentuk “Gerakan Alam Maya Arab” untuk polis Israel yang menyasarkan media sosial rakyat Palestin. Penahanan dikhususkan di Baitulmuqaddis, selari dengan polisi Israel untuk meningkatkan kawalan ke atas warga Baitulmuqaddis.

Jawatankuasa itu mendedahkan yang hukuman dikenakan Israel ke atas perbuatan menyuarakan pandangan politik di Facebook adalah pemecatan daripada pekerjaan mereka di Palestin atau memindahkan mereka ke kejiranan lain. Jawatankuasa menyifatkan hukuman-hukuman tersebut sebagai merampas hak bersuara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati