Brigade al-Aqsha Balas Kejadian Shava Amr

Selasa , 09/08/2005 – Brigade Syuhada al-Aqsha, semalam mengumumkan bertanggungjawab atas kecederaan 2 rakyat Israel dalam kejadian serangan yang berlaku di Ramallah. Menurut sumber Markaz Filistin lil?ilam, Brigade al-Aqsa menegaskan, operasi tersebut dilakukan dalam rangka membalas atas kezaliman Shava Amr yang dilakukan oleh tentera Zionis-Israel. Kejadian itu mengakibatkan 4 rakyat Palestin mati syahid.

Proses Pengunduran Israel: Penduduk Gaza Menghitung Hari

Isnin, 08/08/2005 –Penduduk di Semenanjung Gaza tidak sabar-sabar lagi menunggu pengunduran Pihak Tentera Israel dari kawasan berkenaan yang dijadualkan berlaku pada pertengahan bulan ini.

Kamel Khateb: Kami Tidak Akan Tinggalkan Al Aqsa

Isnin, 08/08/2005 Kamel Khateb, Setiausaha Agong Gerakan Islam di Palestin 1948 menyatakan bahawa mimpi dan angan-angan Zionis-Israel untuk mewujudkan haikal di masjid Al Aqsa tidak akan dapat dicapai selamanya.

Sheikh Ra’ed Ajak Rakyat Palestin Sertai Pesta Kanak-kanak Aqsa

Jumaat , 05/08/2005 – Sheikh Ra’ed Salah, ketua Pergerakan Islam di Palestin, mengajak seluruh rakyat Palestin menyertai Pesta Kanak-kanak Aqsa yang bakal diadakan pada Hari Sabtu. Pesta tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Aqsa dan Jabatan Wakaf Islam di Palestin.

Briget Abu Ali Mustafa : Kami betanggungjawab menyerang rejim Zionis

Jumaat , 05/08/2005 Sayap tentera pembebasan Palestin, Briget Abu Ali Mustafa, semalam berkata bahawa merekalah yang bertanggungjawab melancarkan serangan terhadap platon askar di kawasan berhampiran penempatan Israel di Netzae Hazani, selatan Khan Younis ke selatan semenanjung Gaza, mencederakan beberapa askar.

Zionis-Israel serang 2 rakyat Palestin

Hebron , Jumaat , 05/08/2005 Tentera Zionis-Israel melakukan serangan terhadap 2 rakyat Palestin semalam. Sumber perubatan Palestin di Hebron menyebutkan mangsa yang terlibat ialah Yusuf Ahmad Al Usaili dan Ammar Sultan Abdul Halim Abu Saninah telah di masukkan ke hospital.

Zionis-Israel hancurkan tanaman zaitun

Qalqiliah, Jumaat , 05/08/2005 Di saat pembicangan tertumpu pada persiapan penarikan dari Semenanjung Gaza, Zionis-Israel terus menerus melakukan kerosakan terhadap tanaman zaitun di Azun dan Kafr Tsuluts di Qalqiliah. Dalam pada itu, di tempat yang berasingan, Zionis-Israel menutup beberapa pintu masuk utama.

Rakyat Palestin Menunaikan Solat Jenazah ke atas Raja Fahad di Masjid Al-Aqsa

Khamis, 04/08/2005 – Rakyat Palestin di beberapa bandar, termasuk di Jerusalem, menunaikan solat jenazah ghaib ke atas rohnya, Raja Fahad (gambar) yang meninggal dunia pada Isnin lepas.

Alek Ron : Pegawai Yang Didakwa Membunuh Sertai Parti Buruh

Khamis, 04/08/2005 –
Parti Buruh Israel, yang dipengerusikan oleh Shimon Peres, mengumumkan kemasukan seorang bekas pegawai polis ke dalam parti tersebut. Alek Ron, bekas ketua polis bahagian utara Israel, pernah didakwa di atas tuduhan membunuh seramai 13 orang rakyat Palestin pada tahun 2000.

Rejim Zionis Cedera

Khamis, 04/08/2005 – Pejuang Palestin di Semenanjung Gaza semalam melepaskan tembakan mesingan ke arah pondok berkawal berhampiran sempadan Mesir di Semenanjung Gaza semalam mencederakan sekurang-kurangnya seorang askar penceroboh. Jurucakap tentera Israel mengesahkan kejadian dan jumlah kecederaan tersebut

Dr. Solah Syahadah .. In Person

Dr Solah Syahadah ? Siapakah gerangan pemuda ini ? Kenapa Maszlee Malik begitu teruja mengutarakan kisah hidup beliau ?

Israel Merancang Membawa Masuk 40,000 Yahudi Dari Belgium

Khamis, 04/08/2005 – Kerajaan Israel menggiatkan kempennya bagi menarik lebih ramai orang yang berbangsa Yahudi di Belgium untuk menetap di wilayah-wilayah yang ditaklukinya di Palestin. Media Israel turut mendedahkan bahawa Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, bercita-cita untuk membawa masuk lebih dari satu juta kaum Yahudi untuk menetap di Palestin menjelang 2015.

Khutbah Terhangat Di Pasaran

Cukup sudah khutbah longlai, Cukup sudah khutbah sentimental, Cukup sudah khutbah kuyu, wahai khatib, ambil teks khutbah ini buat santapan pemuda2 perkasa. Isikan jiwa2 kosong dengan besi2 kekuatan iman dan taqwa.

Masjid Aqsa ! Masjid Aqsa ! Kami bersamamu ….

Berkat Intifadah, 1500 Perniagaan Zionis-Israel Diancam Bankrap

Selasa, 02/08/2005 – Data statistik perusahaan Dandy Presidret Yaserael Israel menyebutkan, sebanyak 1500 syarikat yang berdaftar dalam pelbagai sektor perniagaan diancam bankrap. Kadar penutupan perusahaan dalam pelbagai sektor meningkat dari Jun (18.2%) meningkat kepada (18.7%) pada Julai.

Kami akan serang Gaza

Selasa, 02/08/2005 – Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Zeve Bouim, mengulangi
kenyataannya bahawa Pihak Tentera Israel akan menyerang Semenanjung Gaza sekiranya
tentera-tentera Israel yang berundur dari kawasan berkenaan diserang oleh Pejuang Palestin.