Separuh rakyat Rejim Ziois menyokong diadakan rundingan dengan HAMAS

Khamis, 02/02/2006 – Di dalam kajian melalui pungutan suara yang dilakukan oleh akhbar Yehodot Ehronot berbahasa Yahudi, sebanyak 48% daripada responden warga Israel menyeru kerajaan Zionis mengadakan rundingan dengan HAMAS

43% lagi menolak dan bersetuju dengan pendirian kerajaan Olmert yang menolak sebarang rundingan dan hubungan. Keputusan kajian ini amat memeranjatkan kabinet Olmert, pemangku jawatan PM Zionis menggantikan Sharon yang masih lagi berada di dalam keadaan koma.