Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis Melepaskan Tembakan Maut Kepada Pemuda Palestin

Khamis, 29-10-2015 – Seorang lagi remaja Palestin menghembuskan nafas terakhirnya petang Isnin selepas ditembak oleh tentera Israel berhampiran dengan Masjid Ibrahimi di Al-Khalil, di selatan Tebing Barat.

Menurut seorang wartawan PIC, Tentera Rejim Zionis melepaskan tembakan lebih daripada tujuh kali kepada Saad al-Atrash yang berusia 18 tahun, kemudian meninggalkan dia dalam keadaan kritikal kira-kira 100 meter dari masjid yang terkenal.

Al-Atrash itu kemudian ditinggalkan di atas tanah, dalam keadaan mengalami pendarahan, manakala ambulans Bulan Sabit Merah telah dihalang daripada sampai ke kawasan itu untuk membantu mangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan semalaman dengan polis Israel berlaku di timur laut Baitulmuqaddis

Khamis, 29-10-2015 – Seorang pemuda Palestin pada Isnin mengalami kecederaan akibat tembakan peluru ketika pertelingkahan ganas dengan polis rejim yang menceroboh di Bandar al-Ram, timur laut Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan menyatakan, seorang pemuda cedera teruk di kaki akibat tembakan Israel ketika pertelingkahan berlaku di kemasukan utara bandar al-Ram.

Mereka menambah yang polis rejim melepaskan bom tangan gas pemedih mata dan tembakan peluru hidup ke arah sekumpulan pemuda yang membalas dengan membaling batu dan botol kosong serta membakar tayar. Mereka mengesahkan pertelingkahan berterusan semalaman dan berakhir tanpa polis berupaya masuk ke bandar itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Intifadhah al Quds: 61 Syahid dan 2120 Cedera dalam Tempoh 26 Hari

Khamis, 29-10-2015 – Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan jumlah syuhada yang gugur sejak intifadhah al Quds meletus dari awal Oktober mencapai 61 orang. Terbaru pasukan penjajah Zionis menembak mati tiga pemuda Palestin di Hebron, wilayah selatan Tebing Barat, pada hari Isnin (26/10).

Dalam pernyataan yang dikeluarkan pada Isnin (26/10) malam, pasukan penjajah Zionis pada pagi Isnin menembak mati Raed Jaradat (22) di persimpangan Beit Ainun di timur laut Hebron. Sementara itu Muhammad Yusuf (20) ditembak mati di kampung Sahlah dekat masjid Ibrahimi di kota Hebron dan pada malam harinya pasukan Zionis menembak mati Iyad Ruhi Jaradat (19) dalam pertembungan berdekatan lokasi Raed Jaradat ditembak.

Kementerian Kesihatan Palestin mengatakan bahawa 23.3% syuhada yang gugur adalah kanak-kanak. Sementara itu jumlah syuhada di Tebing Barat termasuk di al Quds mencapai 43 syuhada dan di Semenanjung Gaza 17 syuhada, termasuk seorang ibu hamil dan bayinya yang berusia kurang dari 2 tahun. Sementara itu seorang pemuda syahid daerah Haurah di dalam wilayah Palestin Terjajah 1948.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Haneyya kutuk serangan ke atas Mustafa Barghouthi.

Khamis, 29-10-2015 – Timbalan ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya mengutuk perbuatan menyerang setiausaha umum, parti Inisiatif Kebangsaan Palestin, Mustafa al-Barghouthi, beberapa hari lalu. Demikian kenyataan Haneyya merujuk kepada perbualan telefonnya dengan Mustafa.

Tegas Haneyya lagi, kejadian itu hanyalah percubaan terdesak pihak tertentu bagi menghentikan intifada (kebangkitan) menentang penjajahan Israel yang berlaku sekarang dan ia tidak akan mampu menghalang mereka dari terus berjuang membela rakyat Palestin.

Menjawab panggilan telefon Haneyya, Barghaouthi sempat mengucapkan terima kasih atas panggilan beliau itu dan memberi jaminan bahawa kejadian itu akan meningkatkan lagi tahap kesabarannya serta akan membuatkan beliau lebih yakin lagi dengan perjuangan yang dipilihnya itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Dua Remaja Cedera Akibat Ditembak

Selasa, 27-10-2015 – Dua orang anak muda Palestin cedera ditembak tentera pejajah Israel (IOF) di tengah Semenanjung Gaza pada petang Khamis.

Wartawan PIC berkata bahawa kedua-dua belia telah ditembak dengan peluru hidup di kaki mereka semasa konfrontasi di kem pelarian timur Breij di tengah Gaza. Beliau melaporkan bahawa askar IOF ditempatkan di sempadan timur Gaza melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru hidup terhadap penunjuk perasaan.

Lelaki muda di Gaza telah menganjurkan demonstrasi berhampiran sempadan Gaza bagi menyokong intifada di Baitulmuqaddis dan Tebing Barat yang tercetus bermula 1 Oktober kerana membantah pencabulan Israel terutamanya terhadap kesucian Masjid Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

70 rakyat Palestin hilang akibat penculikan sebelum subuh oleh rejim Zionis

Selasa, 27-10-2015 – Sekurang-kurangnya 70 rakyat Palestin telah dikumpulkan di dalam operasi penculikan besar – besaran yang dilancarkan oleh Pasukan Penjajahan Israel (IOF) di seluruh Tebing Barat dan Baitulmuqaddis pada masa sebelum subuh Khamis.

Seorang wartawan berita PIC berkata, tentera rejim Zionis menculik aktivis anti-penjajajahan dan pemimpin Hamas, Abdul Jabar Jarrar, 52, selepas mereka menyerbu ke bandar Jenin, dengan lebih 40 jip tentera dan helikopter, dan memusnahkan rumah keluarganya. Satu lagi bekas banduan diculik oleh IOF dari bandar Jenin .

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Letopan Bom Buatan Berdekatan dengan Peronda Israel dan Pendudukan Yahudi di Hebron dan Jerusalem.

Selasa, 27-10-2015 – Tentera pendudukan Israel mendakwa bom buatan telah diletupkan dekat dengan salah satu pos peronda di bandar Hebron pada tengah malam Jumaat dan satu lagi bom ditemui berhampiran penempatan di Baitulmaqdis.

Menurut laman web berita Ibrani, bom buatan itu meletup berhampiran laluan peronda tentera Israel di jalan antara Idna dan Tarqumiyah di Hebron, selatan Tebing Barat tetapi tiada siapa yang cedera dalam serangan itu dan tentera zionis memulakan kerja-kerja pemeriksaan sebaik sahaja tiba di tempat itu.

Laman web yang sama juga mendakwa bahawa tentera Israel telah menjumpai bom buatan sendiri dengan bendera Hamas yang melekat padanya di kawasan berhampiran penempatan Kokhav Ya’akov, utara Jerusalem dan berlaku proses pencarian di kawasan bom itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Jalin hubungan antarabangsa sebagi salah satu ikhtiar Hamas.

Selasa, 27-10-2015 –  Anggota Biro Politik, Pergerakan Perjuangan Islam Hamas, Musa Abu Marzouk berkata, ikhtiar bagi menjalin hubungan di peringkat antarabangsa akan dijadikan isu utama semasa kempen pilihanraya nanti. Ia juga akan diguna untuk memberi penjelasan kepada dunia luar akan perjuangan mereka dalam menentang penjajahan Israel.

Itu kenyataan Abu Marzouk, seorang pegawai Hamas yang dimuat naik di laman Facebook beliau pada Rabu kelmarin, di mana beliau turut menyelar akan pendirian Mahmud Abas sebagi presiden Palestin berhubung usaha pihak Hamas itu. Beliau menyatakan bahawa Abas telah gagal untuk memahami tindakan yang sedang dilakukan oleh Hamas itu.

Selanjutnya, Abu Marzouk berkata, beliau tidak dapat memberi penjelasan berhubung sikap Abas itu. Beliau berpendapat, sikap itu mungkin lahir dari kebimbangan pihak pemerintah Palestin itu sendiri yang takut untuk bersaing dalam pemilihan bagi mewakili rakyat Palestin dan menyedari bahawa Hamas adalah pilihan bagi rakyat untuk memerintah Palestin akan datang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan baru dilaporkan di seluruh Tebing Barat

Selasa, 27-10-2015 – Pertelingkahan baru tercetus di antara pemuda Palestin dan tentera rejim Israel (IOF) pada petang Khamis di seluruh Tebing Barat. 5 warga termasuk seorang kanak-kanak ditahan ketika pertelingkahan.

Di al-Khalil, beberapa pemuda mengalami kesukaran bernafas apabila IOF melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru hidup terhadap mereka.

Di Bethlehem, pertelingkahan serupa berlaku dekat Masjid tempatan di samping tembakan peluru hidup. Tiada kecederaan dilaporkan ketika pertelingkahan. Pada hari Khamis sebelumnya, 5 pelajar telah ditahan di Bandar al-Bireh. Seorang remaja lelaki Palestin berusia 16 tahun termasuk yang ditahan. Gas pemedih mata dan peluru getah ditembak ketika pertelingkahan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penduduk Israel melepaskan tembakan ke arah kenderaan penduduk Palestin di al -Khalil

Selasa, 27-10-2015 – Seorang pendatang haram Israel melepaskan tembakan ke arah kenderaan Palestin di pintu masuk ke kem pelarian Aroub di utara al -Khalil pada petang Khamis.

Sumber perubatan mengesahkan bahawa tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan itu , namun kereta itu mengalami kerosakan. Selain itu , sekumpulan penceroboh Yahudi menyerang pada petang Khamis beberapa warga Palestin di bandar Hawara di selatan Nablus. Di bawah perlindungan tentera regim Zionis Israel, sekumpulan penceroboh Yahudi mengganas memecah masuk ke kedai Palestin dan denagn kejam menyerang semua rakyat Palestin di dalamnya. Kedai itu rosak teruk dalam serangan itu, kata saksi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kenyataan Ki-moon berat sebelah kepada Israel, bertentangan dengan undang-undang antarabangsa

Selasa, 27-10-2015 – Gerakan Pejuang Islam, Hamas, berkata bahawa kenyataan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon semasa lawatan beliau ke rantau ini adalah berat sebelah kepada Israel dan ia bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.

Dalam satu kenyataan pada Rabu lalu, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata kenyataan Ki-moon menyebut kesamaan antara peneroka fanatik yang membunuh dan golongan belia Palestin yang mempertahankan diri mereka.

Pemimpin Hamas Abu Zuhri menyeru rakyat Palestin untuk meneruskan intifada Baitulmaqdis dan tidak terperdaya oleh konspirasi bertujuan untuk menghentikan pemberontakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk : Hubungan antarabangsa kita adalah sebahagian daripada perjuangan kita

Selasa, 27-10-2015 – Ahli biro politik Gerakan Penentangan Islam Hamas, Mousa Abu Marzouk berkata hubungan antarabangsa pergerakannya dengan didahului berjalan dalam pilihan raya dan menyifatkannya sebagai sebahagian daripada perjuangan menentang penjajahan Israel .

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook beliau pada hari Rabu, pegawai Hamas Abu Marzouk menyelar jawatan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada hubungan antarabangsa Hamas. Beliau berkata Abbas telah salah membaca tingkah laku Hamas.

Abu Marzouk berkata bahawa dia tidak dapat mencari penjelasan bagi sikap Abbas terhadap hubungan antarabangsa Hamas. Beliau berpendapat bahawa ia boleh datang dalam ketakutan Berkuasa Palestin persaingan kepada perwakilan rakyat Palestin dan mempertimbangkan Hamas sebagai alternatif kepada Pihak Berkuasa Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Kerana Dianggap Palestin, Israel Terbunuh Warga Yahudi.

Selasa, 27-10-2015 – Kekacauan dan kekeliruan menyelubungi puak dalaman Zionis, semalam, ketika tentera Zionis membunuh seorang warga Yahudi yang dianggap sebagai seorang pemuda mujahidin Palestin di barat al Quds.

Sumber media Zionis mengatakan bahawa orang yang dibunuh semalam di al Quds barat adalah seorang penduduk Yahudi dan bukan seorang warga Palestin, berbeza dari berita awal yang diterima.

Dalam maklumat yang dinyatakan, di jalan “Jermicho” di barat Jerusalem, tentera Israel mencurigai seseorang yang berpenampilan Arab Timur. Mereka mendolak dalih bahawa si mati sedang menikam salah seorang dari tentera dan telah merampas senjata. Pada akhirnya, yang mati dibunuh adalah sebenarnya warga Yahudi.

sumber : COMES
penterjemah : asraf arshad

Categories
Berita Semasa

Penduduk Palestin Tentang Serangan Rejim Zionis

Jumaat, 23-10-2015 – Penduduk Palestin berhadapan penduduk haram Yahudi yang cuba untuk menyerang kampung Madama di bandar Nablus selatan dan merampas harta penduduknya.

Aktivis media Mujahid al-Qet mendedahkan bahawa kumpulan penduduk haram Yahudi dari penempatan Yitzhar melemparkan batu ke arah kenderaan Palestin dan cuba menyerang rumah mereka. Penduduk Palestin berjaya untuk berhadapan dengan peneroka fanatik dan memaksa mereka berundur.

Seorang gadis Palestin Istabraq Nour cedera sederhana selepas diserang oleh tentera Israel berhampiran. Beliau telah ditangkap dan dipindahkan ke sebuah hospital Israel untuk rawatan. Presiden majlis kampung Madama menuntut siasatan insiden serangan peneroka dan penangkapan seorang wanita Palestin yang diculik dan didera oleh tentera Israel yang didakwa suatu percubaan menikam.

Askar tersebut menculik gadis itu semasa dia berada berhampiran rumahnya. Mereka menyerang beliau, meletakkan beliau berhampiran penempatan Yitzhar dan meletakkan pisau di sebelah beliau untuk membuat keadaan yang kelihatan seperti dia telah berniat untuk menikam peneroka, jelas beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Bangunan Ragbi… saksi kepada pengganasan tentera zionis.

Jumaat, 23-10-2015 – Tentera zionis telah melaksanakan hukuman mati terhadap dua orang kanak-kanak Palestin iaitu Hussam dan Bashar al-Ja’bari di bangunan ragbi iaitu berdekatan dengan kawasan kejiranan Ras di Hebron, selatan Tebing Barat.

Bangunan itu terletak di bawah kawalan dan kuasa tentera zionis, timur Masjid Ibrahimi di bandar iaitu di Jalan Uthman bin Affan yang mana kuasa penjajah zionis telah menamakannya dengan Jalan Zion iaitu jalan yang memisahkan antara jalan penduduk Kiryat Arba (4) dengan rumah penduduk Palestin yang tinggal di kejiranan Ras dan Jabari. Di pintu masuk kejiranan ini, terdapat satu tempat tentera pasukan pendudukan iaitu tentera zionis yang menghalang kemasukan kenderaan Palestin daripada melalui jalan itu dengan
tujuan untuk menyekat pergerakan penduduk Palestin dan mendera mereka. Tambahan pula, tempat itu merupakan titik geografi yang memisahkan antara penduduk Kiryat Arba (4) dengan kawasan permukiman bersebelahan dengan Masjid Ibrahimi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh