Categories
Berita Semasa

Google nafi adakan perjanjian dengan Israel padam video YouTube.

Jumaat, 04-12-2015 – Google menafikan dakwaan dibuat Kementerian Luar Israel bahawa pihaknya telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan kerajaan rejim Israel untuk memantau mana-mana video YouTube yang menjejaskan pihak Israel.

Menurut berita laman web International Business Times, pegawai Google bersetuju dalam satu pertemuan yang diadakan baru-baru ini dengan Tzipi Hotovely, Timbalan Menteri Luar untuk bekerjasama bagi mengujudkan mekanisme bagi memantau bahan-bahan online termasuk sebarang video yang boleh mengancam kepentingan atau berbaur hasutan supaya menentang pihak penjajah Israel.

Menurut kata, jurucakap Google kepada agensi berita AFP, pertemuan antara Hotovely dengan para pegawai kanan Google itu merupakan salah satu dari banyak pertemuan yang diadakan antara pembuat dasar dari negara berlainan dengan syarikat internet itu untuk menjelaskan dasar-dasarnya terutama berhubung mana-mana kandungan yang dianggap kontroversi, tidak menarik dan perlu ditarik balik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali