Categories
Berita Semasa

Tekanan Memuncak Ketika Trump Mengiktiraf BaitulMaqdis Sebagai Ibu Negara Israel

Jumaat, 8-12-2017 – Presiden A.S., Donald Trump secara rasmi mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel, dan menjadi presiden Amerika pertama yang pernah melakukannya. “Sudah tiba masanya untuk mengiktiraf BaitulMaqdis sebagai ibu negara Israel,” kata Trump semasa ucapannya di White House, yang disampaikan pada hari Rabu pada pukul 1 petang. masa tempatan.

Semasa ucapannya, presiden juga mengumumkan bahawa dia akan memindahkan kedutaan A.S. dari Tel Aviv ke BaitulMaqdis, walaupun penangguhan yang ditandatangani baru-baru ini yang menangguhkan keputusan itu selama enam bulan.

Mengulas mengenai motivasi di sebalik keputusannya, Trump berkata bahawa walaupun “Kita tidak lebih dekat dengan perjanjian damai yang berkekalan, tetapi adalah satu keputusan yang bodoh untuk mempercayai bahawa formula perdamaian yang sama pasti akan mencapai apa-apa yang berbeza.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Abbas: Pengisytiharan Trump ke atas BaitulMaqdis telah Memaksimumkan Pembersihan Etnik

Jumaat, 8-12-2017 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata bahawa dengan pengisytiharan BaitulMaqdis sebagai ibukota Israel oleh Presiden A.S., Donald Trump menunjukkan bahawa beliau telah memilih untuk mengabaikan semua resolusi antarabangsa dan menggalakkan Israel untuk mengetatkan dasar pendudukan, penyelesaian, apartheid dan pembersihan etnik.

“Negara sedang berada pada saat yang kritikal hari ini, berikutan langkah-langkah yang diumumkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat di BaitulMaqdis,” kata Abbas. “Pentadbiran AS telah memilih untuk melanggar semua resolusi dan perjanjian antarabangsa. Mereka lebih memilih untuk mengabaikan dan bertentangan dengan konsensi antarabangsa yang dilaungkan oleh pelbagai negara, pemimpin dunia, pemimpin dan organisasi keagamaan selama beberapa hari yang lalu mengenai BaitulMaqdis. ”

“Langkah-langkah yang tidak wajar ini merupakan usaha yang merosakkan seluruh usaha damai dan pengisytiharan ini menunjukkan bahawa Amerika Syarikat telah menarik diri dari memainkan peranan dalam proses perdamaian yang telah dimainkannya selama beberapa dekad yang lalu,” tambahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Perwakilan Mesir tiba di Gaza bagi mengetahui perkembangan rundingan damai

Khamis, 7-12-2017 – Satu delegasi keselamatan Mesir tiba di Gaza pada Isnin untuk mengetahui perkembangan perjanjian rundingan di antara Gerakan Hamas dan Fatah di Mesir pada bulan Oktober lepas.

Wartawan PIC melaporkan yang Tawfiq Abu Naim, Pengarah Keselamatan Dalaman di Gaza, menerima delegasi yang diketuai oleh Jeneral Sameh Nabil, pegawai bahagian Palestin di Perisikan Umum Mesir.

Delegasi Mesir itu bertemu dengan Rawhi Mushtaha, ahli biro politik Hamas, yang berkata dalam kenyataan ekslusifnya kepada PIC yang mesyuarat pertama itu membincangkan tentang kepentingan usaha perlaksaan rundingan kebangsaan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Turki memberi amaran mengenai malapetaka jika AS mengumumkan Jerussalem sebagai ibu negara Israel

Khamis, 7-12-2017 – Seorang pegawai kanan kerajaan Turki pada hari Isnin memberi amaran mengenai “malapetaka besar” jika Amerika Syarikat mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel walaupun dibanjiri amaran dari dunia Arab.

“Jika status quo di Baitulmuqaddis diubah dan satu lagi langkah diambil … itu akan menjadi malapetaka besar,” kata Timbalan Perdana Menteri Turki Bekir Bozdag semasa sidang akhbar televisyen. “Ia akan memusnahkan proses perdamaian yang rapuh di rantau ini, dan membawa kepada konflik baru, perselisihan baru dan pergolakan baru,” katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

2 warga Palestin disyaki bunuh tentera Israel ditahan Shabak.

Khamis, 7-12-2017 – Perkhidmatan Penyiasatan Israel (Shabak) berkata, dua warga Palestin yang mereka syaki sebagai suspek pembunuhan seorang anggota tenteranya telah berjaya diberkas.

Menurut siaran berita berbahasa Yahudi, kedua-dua pemuda yang merupakan suspek utama kes pembunuhan seorang tentera rejim yang berlaku di Arad, selatan Israel ditangkap pada hari Jumaat lalu.

Tambah berita itu lagi, suspek ditahan untuk disoal siasat berikutan kematian Ron Kokia dan bagi mencari senapangnya yang masih belum ditemui lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Haneeya bertemu delegasi Mesir di Gaza

Khamis, 7-12-2017 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya bersama delegasinya bertemu wakil pihak keselamatan Mesir yang diketuai General Sameh Nabil pada Isnin lepas. Turut hadir sama dari Mesir adalah Consul Khaled Sami dan General Hammam Abu Zeid.

Delegasi dari pihak keselamatan Mesir tiba di Gaza untuk menyambung usaha penyatuan diantara Hamas dan Fatah di Cairo yang dibincangkan Oktober lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Kedutaan Israel dibuka di Rwanda

Selasa, 5-12-2017 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengumumkan pembukaan kedutaan Israel baru di Rwanda ketika lawatan ke Nairobi, Kenya, demikin laporan oleh Haaretz pada Selasa.

Menurut Haaretz, kerajaan rejim Israel baru-baru ini membuat perjanjian dengan Rwanda untuk membayar $5,000 bagi setiap pencari suaka Afrika yang sedang menetap dan akan diterima di Israel. Netanyahu bertemu dengan Presiden Rwanda Paul Kagame sebelum pengumuman itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel tahan 2 warga Palestin di Tel Aviv atas dakwaan memiliki pisau.

Selasa, 5-12-2017 – Polis Israel telah menahan dua pemuda Palestin di stesen bus bandar Tel Aviv kerana didakwa memiliki pisau. Menurut siaran TV Israel berbahasa Yahudi, Channel Seven menyatakan, anggota polis tersebut telah membawa kedua-dua pemuda itu ke balai dan setelah diperiksa didapati salah seorang dari mereka menyimpan sebilah pisau lalu menahan mereka untuk siasatan lanjut.

Di bawah undang-undang Israel, mana-mana penduduk Palestin yang didapati menyimpan pisau walaupun untuk kegunaan peribadi boleh dianggap telah melakukan “jenayah mengancam keselamatan” dan jika didapati bersalah akan dikenakan hukuman beberapa tahun penjara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Kempen popular telah dilancarkan di Jerussalem untuk membina semula rumah orang yang syahid

Selasa, 5-12-2017 – Kempen popular Palestin dilancarkan pada hari Selasa di jajahan Jerusalem untuk membina semula rumah seorang syahid Namer al-Jamal di bandar Beit Surik, yang baru-baru ini dimusnahkan oleh pihak berkuasa Israel.

Kempen ini telah dianjurkan oleh tokoh-tokoh kebangsaan, majlis-majlis tempatan dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil dengan kerjasama kementerian agama, di bawah slogan: “Mereka merobohkan dan kita membina; mereka memetik pokok dan kami menanam. ”

Aktivis yang menyertai kempen itu mula mengumpul sumbangan daripada rakyat Palestin untuk membina semula rumah al-Jamal dan rumah-rumah lain yang dirobohkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Bahar Merancang Pertemuan antara Ahli–Ahli Parlimen untuk Mengaktifkan PLC

Selasa, 5-12-2017 – Timbalan Speaker Dewan Perundangan Palestin (PLC), Ahmad Bahar, menggesa agar diadakan satu mesyuarat perundingan antara semua blok parlimen untuk menyambung semula operasi PLC dalam melaksanakan apa jua yang disebut dalam ucapan penutup ketika ceramah di Kaherah baru-baru ini.

Bahar menegaskan dalam satu kenyataan bahawa Pihak Berkuasa Palestin (PA) perlu mendapat keyakinan PLC supaya ia dapat beroperasi
mengikut peruntukan Undang-undang Asas.

Pada 12 Oktober lalu, Hamas dan Fatah telah menandatangani satu perjanjian perdamaian yang ditaja oleh Mesir yang membolehkan kerajaan PA menguruskan Semenanjung Gaza, sebagai tambahan kepada Tebing Barat bermula 1 Disember.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Israel dan AS cuba menghalang pengeluaran senarai hitam penempatan oleh PBB

Khamis, 30-11-2017 – Israel dan Amerika Syarikat (AS) sedang bersungguh-sungguh berusaha untuk menghalang PBB mengeluarkan senarai data syarikat yang beroperasi di penempatan haram di wilayah Palestin, kerana bimbang akibat buruk yang mungkin timbul.

Pada Mac 2016, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB mengarahkan pengumpulan data dengan menugaskan Pesuruhjaya Tingginya Zeid al-Hussein untuk menyiasat kesan daripada penempatan Israel di Palestin. Para pegawai Israel menyatakan terdapat 100 syarikat tempatan yang beroperasi di Tebing Barat dan timur Baitulmuqaddis yang menerima surat amaran bahawa mereka termasuk di dalam senarai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel rancang bina laluan baru menghubungkan Tebing Barat dan Bukit Golan.

Khamis, 30-11-2017 – Laman Web Walla telah menyiarkan berita mengenai keputusan Israel yang meluluskan projek pembinaan laluan bagi tujuan pelancongan yang akan merentasi Tebing Barat dan Bukit Golan, di Syria.

Menurut laman berbahasa Yahudi itu, rancangan tersebut telah diperkenalkan oleh Menteri Pelancong Israel, Yariv Levin. “Laluan baru itu akan melalui Kota Lama Baitulmuqaddis di utara Tebing Barat dan semua tempat yang bersejarah bagi bangsa Yahudi,” dan tambah Levin lagi, tujuan utama projek itu adalah bagi menarik pelancong supaya datang melawat Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pasukan Khas Israel Serang Tahanan Palestin

Khamis, 30-11-2017 – Pasukan khas Israel pada hari Isnin telah menyerang tahanan Palestin di penjara Ramon. Menurut surat yang bocor dari tahanan penjara Ramon, unit khas Israel menyerbu sel-sel penjara Palestin dan menyerang tahanan secara aggresif.

Beberapa tahanan terus dikejarkan ke klinik penjara untuk rawatan. Penduduk Palestin, Firas Khleiliya, dari bandar selatan Jatin, ‘Jenin, adalah salah seorang tahanan yang menjadi sasaran serangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Kesihatan warga Palestin semakin teruk akibat pengabaian rawatan di dalam penjara Israel

Selasa, 28-11-2017 – Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan menyuarakan kebimbangan pada Rabu tentang keadaan kesihatan tahanan Palestin Emad Saraj, berusia 38 tahun yang semakin teruk.

Menurut Suruhanjaya tersebut, Saraj yang berasal dari kem pelarian Bureij Gaza dan ditahan di penjara Nafha sedang melalui keadaan kritikal secara psikologi dan fizikal serta telah hilang keupayaan bercakap.

Suruhanjaya itu memetik kenyataan para tahanan di Nafha bahawa keadaan kesihatan Saraja telah mula semakin teruk akibat kempen mogok lapar 41 hari yang dijalankan pada April lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel tahan kanak-kanak Palestin 9 tahun berhampiran Masjid Ibrahimi.

Selasa, 28-11-2017 – Tentera rejim Israel menahan seorang kanak-kanak Palestin yang masih bersekolah di pos pemeriksaan tentera berdekatan Masjid Ibrahimi, al-Khalil.

Menurut sumber berita di tempat kejadian, kanak-kanak lelaki tersebut berusia 9 tahun dan dikenali sebagai Mohamed Da’na telah ditahan di pos tentera Abu Rish semasa dia sedang berjalan menuju sekolahnya tanpa diketahui tujuan dia berbuat demikian.

Satu kenyataan rasmi Pusat Biro Statistik Palestin yang dikeluarkan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia menyatakan, data semasa menunjukkan seramai 300 kanak-kanak Palestin sedang ditahan di penjara Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin