Pendatang Yahudi bertindak ganas ke atas petani Palestin di Nablus.

Rabu, 07-03-2018 – Tindakan pendatang haram Yahudi menyerang petani warga Palestin di bandar Asria al-Qibliyah, selatan daerah Nablus telah dilaporkan berlaku, baru-baru ini.

Tindakan ganas yang dilakukan oleh para pendatang dari penempatam haram Yitzhar yang dibina di atas tanah milik penduduk Palestin itu bukan sahaja ke atas petani Palestin malah penduduk tempatan yang sedang bekerja membina jalan menuju ladang mereka. Demikian lapor wakil pemberita Palestinian Information Center (PIC).

Sejak kebelakangan ini, perbuatan ganas yang dilakukan oleh pendatang Yahudi di sepanjang sempadan bahagian utara Tebing Barat terutama di Nablus dilaporkan semakin meningkat. Antaranya mereka sering membakar, mencuri harta benda, menceroboh tanah, memukul dan menconteng perkataan berbaur perkauman.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali