Rabu, 06-12-2023 – Pemantau Hak Asasi Manusia, Euro-Mediterania mengutuk peningkatan serangan berdarah Israel di Semenanjung Gaza, termasuk serangan besar-besaran dengan mensasarkan seluruh kawasan perumahan. Angka korbannya melebihi seribu orang, termasuklah yang terbunuh, cedera, dan hilang.
Euro-Med Monitor menyatakan dalam sebuah pernyataan Sabtu lalu, bahawa serangan yang terjadi di Semenanjung Gaza semalam merupakan hari paling berdarah sejak Israel memulakan perang pembersihan etnik pada 7 Oktober. Kegusaran meningkat apabila Israel menggunakan pendekatan lebih ganas bagi memberi tekanan politik dan lapangan di wilayah tersebut dengan mengorbankan orang awam dan harta benda mereka.
Euro-Meditrania Monitor mendokumentasikan serangkaian serangan udara menggunakan fosforus putih yang diluncurkan oleh Israel di wilayah Shuja’iya, Jabalia, dan Beit Lahia, yang mensasarkan bangunan dan kawasan perumahan yang dihuni tanpa apa-apa amaran. Serangan itu menghancurkan segalanya, membuatkan puluhan penghuni terkubur di bawah runtuhan.
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah
Selasa, 05-12-2023 – Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med menyelar jenayah genosid oleh Israel yang semakin meningkat dengan pemusnahan seluruh blok kediaman dan pembunuhan beramai-ramai orang-orang awam di Semenanjung Gaza.
Dalam kenyataan pada Sabtu, Euro-Med menyifatkan serangan terhadap Gaza pada Sabtu sebagai terburuk sejak bermulanya serangan genosid Israel pada 7 Oktober. Euro-Med menekankan yang serangan itu menggambarkan kaedah ganas Israel untuk melaksanakan kehendak politik dan ketenteraannya dengan mengorbankan darah dan harta orang awam.Euro-Med berkata, ia mendokumentasi siri serangan udara Israel, yang disifatkan sebagai ‘jalur api’ ke atas kawasan Shuja’iya, Jabalia, dan Beit Lahia, serta mengesahkan yang serangan udara tersebut memusnahkan keseluruhan blok yang didiami penghuninya lalu menimbus mereka di bawah runtuhan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai
Selasa, 05-12-2023 – Pergerakan Hamas memuji laporan penyiasatan yang dikeluarkan oleh akhbar Perancis “Le Monde,” yang membantah tuntutan tentera Zionis Israel yang menuduh sayap bersenjatanya (Al-Qassam Brigades) menggunakan Hospital Al-Shifa sebagai pusat komando dan kawalan.
Dalam kenyataan media pada hari Ahad, pegawai kanan Hamas, Ezzat al-Resheq, menyatakan bahawa laporan Le Monde menyertai penyiasatan profesional antarabangsa lain yang telah mendedahkan pembohongan tentera Israel terhadap Hamas dan propaganda menyesatkan yang bertujuan untuk menghalalkan perang genoside terhadap penduduk awam di Gaza dan pemusnahan kemudahan perubatan.
Resheq menyeru Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan mahkamah yang kompeten lain untuk menghukum salah rejim Zionis Israel atas jenayah perangnya serta kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin
Selasa, 05-12-2023 – Keganasan rejim Zionis Israel telah memasuki hari yang ke 58 di Semenanjung Gaza dengan serangan udara, artileri dan pembunuhan beramai-ramai sementara pihak penceroboh menerima serangan dan tentangan hebat dari pejuang pejuang kemerdekaan.
Wakil PIC melaporkan pesawat Israel, artileri dan angkatan laut melancarkan pelbagai serangan ke atas beberapa kawasan di Gaza yang mengakibatkan ramai warga Gaza gugur syahid dan mengalami kecederaan. Beliau menambah rejim Zionis Israel memusatkan serangan sejak semalam dengan Khan Yunis sebagai sasaran dan mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan perang dan mengeluarkan notis pengunduran untuk beberapa kawasan dalam rangkum kerja pemindahan secara paksaan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad
Isnin, 04-12-2023 – Pasukan Rejim Zions (IOF) telah menangkap 40 rakyat Palestin pada Khamis lalu, termasuk dua remaja perempuan dan anggota Pergerakan Hamas, sebagai tambahan kepada bekas tahanan, merupakan sebahagian daripada langkah besar-besaran hukuman Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat, menurut Pejabat Media Tahanan Palestin.
Penangkapan dilakukan di Al-Khalil, Bethlehem, Tulkarem dan Jerusalem yang Diduduki, serta di Jericho, Qalqilya, dan Tubas, kata Pejabat itu.
Kira-kira 7 orang termasuk lelaki muda telah ditangkap di Baitulmuqaddis yang Diduduki, 8 lelaki telah ditangkap di Bethlehem, dan 11 yang lain di Al-Khalil selepas IOF menyerbu beberapa kawasan kejiranan di bandar tersebut. Sebahagian daripada mereka telah ditangkap bersama bapa dan saudara lelaki mereka.
IOF juga menahan 9 warga Palestin di Tulkarem dan 2 yang lain di bandar Qalqilya, manakala di Tubas, 2 bekas banduan telah ditangkap selain seorang ahli majlis perbandaran Tubas.
Sementara itu, pasukan khas Israel turut menculik seorang pemuda dari kem pelarian Ain Al-Sultan di Jericho.
Jumlah penduduk Palestin di Tebing Barat yang telah ditahan sejak 7 Oktober di penjara pendudukan Israel kini melonjak kepada 3,365 orang tahanan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Filzah
Isnin, 04-12-2023 – Kumpulan ketiga terdiri dari 39 tahanan Palestin telah dibebaskan dalam pertukaran tahanan diantara pejuang Palestin dan rejim Zionis Israel pada hari ketiga dalam gencatan senjata empat hari. Warga Palestin berhimpun secara beramai-ramai di jalan raya pada malam hari di i Ramallah di kawasan Tebing Barat yang di jajah sementara menunggu bas Pasukan Bulan Sabit Merah Antarabangsa membawa tahanan yang dibebaskan.
Bendera Palestin turut dikibarkan disamping bendera Hamas semasa perarakan. Ada beberapa orang permuda turut berdiri di atas bas yang membawa tahanan dimana sebahagian besar adalah pemuda dan sebilangan kecil tahanan wanita.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad
Jumaat, 01-12-2023 – Pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza memasuki hari ke-53 berturut-turut, bersempena dengan hari kelima ketenangan kemanusiaan sementara dengan pemberhentian serangan udara, pencabulan penjajahan masih berterusan dengan kebakaran di utara Gaza, dan penerbangan pesawat peninjau, dengan jangkaan pembebasan kumpulan tahanan baharu dalam rangka perjanjian pertukaran berkelompok.
Koresponden kami melaporkan bahawa kereta kebal penjajah melepaskan asap dan peluru bunyi ke arah bangunan kosong di Sheikh Radwan dan pinggir kem pantai, dengan pergerakan mereka ke barat menurun pada waktu pagi.
Beliau berkata bunyi tembakan kedengaran di kawasan itu dan tidak jelas sama ada ia disebabkan oleh berbalas tembakan atau penjajahan.
Menurut sumber media, apa yang berlaku pada waktu subuh dan awal pagi di barat laut Gaza tertumpu di kawasan Al-Atatreh dan persekitarannya, di kawasan pejuang penentang melepaskan tembakan ke arah kereta kebal penjajah ketika mereka cuba mara dari kedudukan sebelumnya.
Beliau menyatakan bahawa kenderaan penjajah Israel melepaskan tembakan beberapa kali ke arah penduduk di timur Semenanjung Gaza, manakala pesawat perang terbang tinggi pada malam tadi di beberapa lokasi, terutama gabenor pusat.
PERGESERAN LAPANGAN
Briged al-Qassam, sayap tentera Hamas, mengumumkan “pergeseran lapangan” di utara Gaza yang ditangani oleh mujahidin akibat pelanggaran jelas oleh musuh perjanjian gencatan senjata di utara Semenanjung Gaza pada Selasa.
Briged Qassam berkata dalam satu kenyataan ringkas: Kami komited terhadap gencatan senjata selagi musuh mematuhinya, dan kami menyeru pengantara untuk menekan penjajah supaya mematuhi semua syarat gencatan senjata di darat dan di udara.
Perbadanan Penyiaran Israel berkata bom meletup di tengah-tengah tentera Israel di utara Gaza.
Tentera Israel mengumumkan bahawa tiga bahan letupan diaktifkan berhampiran tentera Israel dalam dua insiden berasingan, selain menembak senjata, yang mengakibatkan kecederaan beberapa tentera.
JASAD-JASAD SYUHADA’
Sementara itu, penduduk terus mencari orang hilang di bawah runtuhan rumah yang musnah di kawasan yang boleh dimasuki, dengan rayuan pakar dan peralatan untuk membantu dalam proses pencarian mayat dan mengeluarkan dari runtuhan.
Anggota penyelamat dan ambulans serta sukarelawan di Semenanjung Gaza menemui 160 syahid dari bawah runtuhan dan dari jalan raya dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah syahid sejak permulaan pencerobohan Israel pada 7 Oktober kepada lebih 15,000 syahid, termasuk lebih 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita.
Menurut sumber media, anggota penyelamat setakat ini bergantung kepada kaedah manual dan tradisional untuk mengesan mayat syahid, kerana kekurangan jentera dan peralatan untuk mengalihkan runtuhan.
Data yang tidak konklusif menunjukkan bahawa kira-kira 6,500 orang yang hilang masih berada di bawah runtuhan, atau nasib mereka masih belum diketahui, termasuk lebih daripada 4,700 kanak-kanak dan wanita.
Menurut Radio Tentera Israel, kerajaan penjajah menerima nama 10 tahanan di Gaza yang dijadualkan dibebaskan oleh Hamas pada Selasa, di bawah perjanjian gencatan senjata, yang dilanjutkan selama dua hari lagi.
Pergerakan Penentangan Islam Hamas mengumumkan pada petang Isnin perjanjian dengan saudara-saudara di Qatar dan Mesir untuk melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan sementara selama dua hari tambahan di bawah syarat yang sama seperti gencatan senjata sebelumnya.
Dalam konteks yang berkaitan, Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa satu persetujuan telah dicapai untuk memperluaskan gencatan senjata kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majid al-Ansari dalam satu ciapan di laman web X, “Negara Qatar mengumumkan bahawa dalam rangka pengantaraan yang sedang berlangsung, satu perjanjian telah dicapai untuk melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan selama dua hari lagi di Semenanjung Gaza.”
Petang semalam, kerajaan Israel mengumumkan persetujuannya untuk memasukkan 50 tahanan wanita Palestin dalam senarai tahanan yang akan dibebaskan jika lebih ramai tahanan Israel dibebaskan dari Gaza.
Menurut sumber, penentangan itu berjaya mengenakan kemasukan nama 50 tahanan wanita, termasuk tahanan wanita dari 48 kawasan, dalam senarai pembebasan, bersama-sama dengan 10 anak-anak mereka.
Pada 24 November, gencatan senjata sementara selama empat hari antara Israel dan puak Palestin berkuat kuasa, di bawah naungan Qatar-Mesir.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh
Jumaat, 01-12-2023 – Pasukan penjajah Israel (IOF) menyerbu bandar Tubas pada pagi Selasa, 28 November dan mengepung sebuah rumah sebelum menembak beberapa das peluru ke dalam rumah itu kerana mendakwa seorang pejuang Palestin bersembunyi di dalamnya.
Sumber tempatan menyatakan bahawa pasukan khas IOF menyerbu sebuah kawasan pinggir bandar dan mengepung sebuah rumah sebelum meminta pemuda Palestin yang dicari untuk menyerah, jika tidak rumah itu akan dibom.
Mereka menambah bahawa sejumlah penduduk di dalam rumah itu keluar dan ditangkap oleh tentera IOF, yang menggunakan mereka sebagai perisai manusia selepas menggari mereka.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Azyyati Abdullah
Jumaat, 01-12-2023 – Pada pagi Selasa, Rejim Zionis(IOF) meruntuhkan tiga rumah di al-Khalil, bahagian selatan Tebing Barat.
Sumber-sumber tempatan mengesahkan bahawa rejim Zionis melancarkan serangan ke komuniti Yaqin di bandar Bani Naim, di timur bandar tersebut, dan meruntuhkan sebuah rumah dua tingkat yang mempunyai keluasan 340 meter persegi. Lebih daripada 20 orang tinggal di dalam rumah itu.
Rejim berkenaan juga menyerbu bandar Al-Deirat, di timur Yatta, dan meruntuhkan sebuah rumah dua tingkat yang mempunyai keluasan 260 meter persegi.
Selain meruntuhkan rumah-rumah berkenaan, rejim Zionis juga merosakkan beberapa pokok zaitun yang sedang berbuah dan menggunakan jentolak untuk membongkar tanah berdekatan.
Sebuah rumah seluas 150 meter persegi juga diruntuhkan di komuniti Abu Shaban, di timur Yatta, selatan al-Khalil, menyebabkan lima ahli keluarga kehilangan tempat tinggal.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul
Jumaat, 01-12-2023 – Gerakan Hamas telah menyeru agar peningkatan protes besar-besaran Pro-Palestin di seluruh dunia pada Hari Solidariti Antarabangsa (International Day of Solidarty) dengan warga Palestin sebagai penolakan terhadap pencerobohan berdarah Israel ke atas Semenanjung Gaza dan menyokong hak Palestin untuk kebebasan dan kemerdekaan.
Hamas berkata dalam satu kenyataan pada Selasa, “Pada Hari Solidariti Antarabangsa bersama-sama dengan warga Palestin, 29 November, kami menyeru kesemua rakyat kami, bangsa Arab dan Muslimin dan Muslimat serta orang-orang yang tidak ditindas di seluruh dunia untuk meningkatkan segala bentuk aktiviti protes pro-Gaza secara besar-besaran, dan perhimpunan sebagai kutukan terhadap jenayah kejam Israel dan jenayah perang pembunuhan kaum yang dilancarkan terhadap rakyat kami selama lebih dari 50 hari.”
Hamas juga mengulangi seruannya untuk “memperluas dan menyokong mobilisasi di semua bandar, ibu kota dan medan-medan perdagangan di seluruh dunia dalam menyokong hak rakyat kami untuk pembebasan, kembali dan penentuan nasib sendiri serta mengecam pencerobohan dan jenayah perang Israel untuk mendorong menjadikan ia satu jenayah dan penghentian jenayah dan pelanggaran Israel”.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperingati 29 November setiap tahun, sebagai hari di mana Sidang Umum PBB mengeluarkan Resolusi Pembahagian No. (181) (Partition Resolution No [181]).
Setiap tahun, tarikh ini diperingati dengan acara-acara solidariti pro-Palestin oleh tokoh politik dan organisasi dalam menyokong tuntutan-tuntutan Palestin. Walau bagaimanapun, 29 November ini bertepatan dengan peningkatan pencerobohan Israel terhadap Semenanjung Gaza dan Tebing Barat termasuk Jerusalem.
Menjawab seruan PBB, kerajaan dan masyarakat di seluruh dunia mengadakan pelbagai acara tahunan untuk sama-sama bersolidariti dengan rakyat Palestin termasuk, mengeluarkan petisyen, surat solidariti, mengadakan konvensyen, dan mengedarkan risalah media, menayangkan filem-filem dan aktiviti lain.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida
Jumaat, 01-12-2023 – Osama Hamdan: Kehancuran Zionis Israel adalah lebih tinggi dan ancamannya untuk menyambung semula perang akan memburukkan lagi keadaan mereka.
Pemimpin Hamas, Osama Hamdan, berkata, “Kenyataan Zionis Israel tentang jumlah tenteranya yang terbunuh dan cedera tidak menunjukkan angka yang sebenar, dan kerugian mereka akan meningkat pada hari-hari mendatang.”
Beliau menambah dalam sidang akhbar yang diadakan petang Selasa, di Beirut, bahawa “Ancaman Zionis Israel untuk meneruskan perang adalah sia-sia dan akan memburukkan lagi keadaan. Hal ini kerana kerana mereka belum lagi menjejakkan kaki di 80% tanah Gaza dan itu tidak akan berlaku.”
Dia menegaskan bahawa “Pembebasan tahanan yang dibuat oleh Qassam di tempat yang berbeza bukanlah petunjuk bahawa tentera Zionis berjaya menguasai wilayah-wilayah di Gaza.”
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin
Rabu, 29-11-2023 – Kenyataan Perdana Menteri Sepanyol dan Belgium di hadapan lintasan Rafah, membuatkan penduduk Israel marah dan mendorong mereka memanggil duta besar kedua-dua negara itu, untuk “ditegur”. Pada hari Jumaat, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menekankan tentang keperluan melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan dan gencatan senjata yang bersifat kekal di Tebing Gaza.
Madrid mungkin akan mengambil keputusan sendiri bagi mengakui negara Palestin jika Kesatuan Eropah tidak melakukannya. Hal ini disampaikan dalam sidang media bersama yang diadakan oleh Sanchez dengan rakan sejawatannya dari Belgium, Alexander De Croo, ketika berkunjung ke sempadan Rafah dan Tebing Gaza.
Sanchez menambah, “Kami menuntut pembebasan lebih ramai tawanan dan gencatan senjata kekal.” Beliau melanjutkan, “Hari ini kita perlu memulakan pelaksanaan akhir dalam isu perpecahan dua negara. Kita memerlukan perspektif yang serius untuk mencapai perdamaian, dan perlu ada solusi komprehensif untuk mengakhiri konflik Arab-Israel yang telah berlaku selama hampir satu abad, dan komuniti antarabangsa perlu memainkan peranan yang konstruktif dan efektif.”
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah
Rabu, 29-11-2023 – Gerakan Hamas mengumumkan dalam satu kenyataan ringkas pada petang Ahad yang mereka ingin melanjutkan tempoh gencatan senjata dengan Israel.
Kami ingin melanjutkan tempoh gencatan senjata dengan Israel lebih daripada empat hari sekiranyanya terdapat usaha serius untuk menambah jumlah tahanan Palestin yang dibebaskan daripada penjara Israel, demikian menurut kenyataan tersebut.
Ahli biro politik Hamas, Khalil Al-Hayya, mengesahkan kesungguhan gerakan itu untuk meneruskan rundingan pertukaran tahanan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai
Rabu, 29-11-2023 – Presiden Turki dan Iran berbincang dalam panggilan telefon pada hari Ahad mengenai serangan biadab Israel ke atas Gaza yang jelas menyalahi undang-undang, kata pihak berkuasa Turki.
Menurut kenyataan oleh Direktori Komunikasi, Recep Tayyip Erdogan dan Ebrahim Raisi bertukar pandangan mengenai langkah-langkah mungkin yang perlu diambil untuk genjatan senjata secara kekal di kawasan itu, bersama dengan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Erdogan menekankan kepentingan dunia Islam, khususnya Turki dan Iran, mengambil sikap bersama menentang kekejaman Zionis Israel di wilayah Palestin, tambah kenyataan itu.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin
Rabu, 29-11-2023 – Gerakan Hamas menyampaikan ucapan penghargaan pada Sabtu malam terhadap usaha Mesir dan Qatar bagi memastikan pelanjutan perjanjian gencatan senjata sementara setelah mereka menyampaikan komitmen terhadap penjajah Israel terhadap semua syarat yang ditetapkan dalam kesepakatan perjanjian.
Jurucakap Kementerian Luar Negeri Qatar memngakui bahawa 39 warga sivil Palestin akan dibebaskan malam ini dengan imbalan pembebasan 13 tahanan Israel dan 7 warga asing di luar kerangka perjanjian.
Brigade Al-Qassam mengumumkan bahawa mereka menyerahkan 13 tahanan Israel dan 7 warga negara asing kepada Badan Palang Merah sebagai sebahagian dari gencatan senjata kemanusiaan.
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh osman rasip