Israel Meratifikasi Perjanjian Genjatan Senjata Dengan Lubnan

Isnin, 02-12-2024 – Pada petang Selasa, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam ucapan yang disampaikan selepas mesyuarat kerajaan mengenai gencatan senjata dengan Lubnan, beliau menegaskan bahawa perang tidak akan berakhir sehingga semua matlamatnya tercapai. Tetapi pada masa yang sama beliau mengumumkan bahawa majlis keselamatan kementerian akan bersetuju dengan gencatan senjata di Lubnan malam ini.

Dalam ucapan itu beliau menyatakan “Saya menjanjikan kemenangan kepada anda, dan kita akan mencapai kemenangan itu.” “Kami akan menyelesaikan penghapusan Hamas, mengembalikan semua tebusan kita, memastikan Gaza tidak akan menimbulkan ancaman kepada Israel lagi, dan mengembalikan penduduk di utara dengan selamat ke rumah mereka.”

Malah sambungnya lagi: “Perang tidak akan berakhir sehingga kami mencapai semua matlamat kami, sehingga kami mengembalikan penduduk di utara ke rumah mereka dengan selamat, sama seperti yang berlaku di Selatan.” “Rakan-rakan saya di Utara, saya bangga dengan anda, ketabahan anda, dan saya komited sepenuhnya untuk masa depan anda.” 

Beliau yang juga merupakan Perdana Menteri negara haram Israel berkata, “Hizbullah memilih untuk menyerang kami sejak setahun yang lalu dan hari ini Hizbullah tidak lagi sama. Kami telah berjaya mengembalikan mereka menjadi mundur seperti beberapa dekad yang lalu.”

Dia menambah: “Kami menghapuskan beribu-ribu pengganas dan memusnahkan infrastruktur bawah tanah berhampiran sempadan kami selama bertahun-tahun. Kami menyerang sasaran strategik di seluruh Lubnan dan menembak jatuh berpuluh-puluh menara pengganas di pinggir bandar. Ini semua mungkin terdengar seperti fiksyen sains, tetapi ini bukan fiksyen sains. Kami melakukannya.”

Netanyahu mendakwa dalam ucapan di televisyen bahawa, walaupun perjanjian itu berjalan, dia tetap mengekalkan kebebasan untuk bertindak balas secara paksa kepada sebarang “pelanggaran” gencatan senjata oleh Hizbullah. Dia berkata: “Gencatan senjata dengan Lubnan membolehkan kami memberi tumpuan kepada ancaman Iran, dan saya tidak akan membincangkannya secara terperinci.”

Dia menyambung: “Saya berazam untuk membenarkan tentera kita semua cara untuk memelihara nyawa mereka dan mencapai kemenangan untuk kita. Oleh itu, petang ini, saya akan membentangkan kepada Majlis Menteri-menteri satu rangka tindakan untuk gencatan senjata di Lubnan untuk kelulusan. 

Dalam persefahaman penuh dengan Amerika Syarikat, kita bebas untuk mempunyai kebebasan bertindak sepenuhnya secara ketenteraan. Jika Hizbullah melanggar perjanjian, kami akan bila-bila masa menyerang. Jika dia melancarkan peluru berpandu, jika dia menggali terowong, kita akan menyerang. Kami akan bertindak balas dengan tegas terhadap setiap pelanggaran.”

Beliau mendedahkan bahawa salah satu sebab gencatan senjata di Lubnan adalah untuk tujuan memperkasakan pasukan dan menambah bilangan tentera, serta mengatakan bahawa terdapat kelewatan dalam bekalan senjata dan peluru dan kelewatan ini akan berakhir tidak lama lagi. Beliau menegaskan bahawa menghentikan perang dengan Lubnan akan memisahkan arena Lubnan dari Gaza, menyelesaikan keazaman di sana, dan mengasingkan Hamas dalam pertempuran.

Pada akhir ucapannya, Netanyahu berkata: “Sepanjang tahun lalu, kami telah membalikkan peluru itu. Kami diserang di tujuh barisan, dan kami menentang. “Kami sedang mengubah wajah Timur Tengah.”

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi