Categories
Berita Semasa

Hamas desak dakwa pelaku pembunuhan beramai-ramai Tal al-Za’tar

Isnin, 15-08-2022 – Jurucakap Pergerakan Hamas, Jihad Taha berkata pada hari Khamis bahawa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militia sayap kanan Kristian Lubnan, yang membawa kepada pembunuhan ratusan orang awam dan pemindahan semua pelarian Palestin dari Tal al-Za’tar kem pelarian 46 tahun yang lalu, tidak akan dilupakan atau dimaafkan.

“Pembunuhan beramai-ramai seperti itu tidak tertakluk kepada undang-undang pengehadan,” Taha menegaskan serta menyeru pihak berkuasa rasmi Lubnan untuk memikul tanggungjawab mereka dan mendakwa pemimpin sayap kanan Kristian Lubnan yang melakukan jenayah itu dan mendedahkan nasib berpuluh-puluh pelarian Palestin yang hilang semasa pertumpahan darah tersebut.

Jurucakap Taha memberitahu Quds Press bahawa walaupun jumlah orang awam Palestin yang syahid dan cedera akibat pembunuhan beramai-ramai itu adalah tinggi, rakyat Palestin masih bertekad untuk mendapatkan semula hak mereka termasuk hak untuk kembali ke tanah mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel lepaskan gas pemedih mata di bandar Teqoa

Isnin, 15-08-2022 – Beberapa orang rakyat Palestin mengalami pendedahan kepada gas pemedih mata semasa pertempuran dengan pasukan penceroboh Israel (IOF) pada petang hari Rabu di bandar Teqoa, tenggara Baitullaham.

Datuk Bandar Teqoa, Tayseer Abu Mifreh berkata, pertempuran berlaku di pintu masuk barat bandar itu di mana IOF melepaskan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah belia tempatan.

Dalam kejadian berasingan, seorang pemuda Palestin cedera pada hari yang sama akibat tembakan IOF semasa pertempuran dengan pemuda tempatan di al-Khalil City.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

IOA musnahkan rumah yang belum siap di Baitulmuqaddis, dan struktur di Lembah Jordan

Jumaat, 12-08-2022 – Pada pagi Rabu, rejim zionis (IOA) memusnahkan sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di timur Baitulmuqaddis dan beberapa rumah sementara di kawasan tengah Lembah Jordan.

Menurut sumber tempatan di Baitulmuqaddis, sebuah jentolak yang diiringi oleh polis rejim menyerbu kem pelarian Shuafat dan memusnahkan asas sebuah rumah belum siap yang dimiliki oleh keluarga Hamoud atas alasan tiada lesen pembinaan.

Pentadbiran awam tentera rejim turut mengusir keluarga-keluarga Badwi setelah memusnahkan struktur milik mereka, termasuk rumah-rumah, dekat kampung Fasayel di tengah Lembah Jordan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Beri Kebenaran Roboh Segera Sekolah Palestin

Jumaat, 12-08-2022 – Mahkamah daerah Israel di Jerusalem meluluskan perobohan segera sebuah sekolah yang dibiayai oleh Eropah dalam komuniti Ein Samiya, timur Ramallah di tengah Tebing Barat pada hari Rabu.

Sekolah Ein Samiya telah dirasmikan pada pertengahan Januari selaras dengan Kementerian Pendidikan Palestin.

Sementara itu, peguam Pusat Bantuan Guaman dan Hak Asasi Manusia Jerusalem telah mengemukakan petisyen terhadap perintah perobohan yang telah dikeluarkan pada 28 April bagi pihak Palestin yang mendermakan sebidang tanah untuk pembinaan sekolah ini.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Qassem : Pembunuhan Beramai-ramai Nablus Sebahagian Daripada Pencerobohan
Berterusan Israel

Khamis, 11-08-2022 – Ahli Biro Politik Luar Negara Hamas, Hisham Qassem, berkata pada hari Selasa bahawa pembunuhan mengerikan beramai-ramai yang dilakukan oleh Rejim Zionis di bandar Nablus, Tebing Barat utara merupakan sebahagian daripada pencerobohan Israel yang berterusan terhadap semua rakyat Palestin.

Qassem dalam satu kenyataan akhbar berkata, serbuan ganas rejim itu di Kota Lama Nablus yang berlaku dua hari selepas Israel meningkatkan serangan di Semenanjung Gaza yang meragut puluhan nyawa dan ratusan yang cedera, kedua-duanya menunjukkan bahawa semua wilayah Palestin telah menjadi benteng penentangan yang mendatangkan kesan kepada musuh.

“Jenayah baharu Israel di Nablus menunjukkan dasar mereka yang bertujuan untuk menghapuskan sepenuhnya penentangan Palestin dan mendedahkan kebimbangan akan tercetusnya kebangkitan Palestin baharu,” tambah Qassem.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Hamas: kami berhak bertindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai di Nablus

Khamis, 11-08-2022 – Gerakan Hamas mengesahkan yang rakyat Palestin berhak untuk bertindak balas terhadap peristiwa pembunuhan beramai-ramai Nablus dan membuatkan rejim menerima balasan setimpal atas jenayah berterusannya.

“Darah komander dan rakyat kami tidak akan menjadi sia-sia,” Hamas berkata dalam kenyataan akhbar pada Selasa.

“Darah para syuhada akan terus memangkin revolusi kami yang berterusan menghantui rejim di setiap tempat dan masa,” tambah gerakan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mogok umum di Tebing Barat sebagai berkabung untuk para syuhada Nablus

Khamis, 11-08-2022 – Satu mogok umum telah diisytiharkan pada pagi Selasa di seluruh Tebing Barat sebagai upacara berkabung untuk tiga pemuda Palestin yang dibunuh awal hari oleh Regim Zionis Israel (IOF) di Bandar Nablus.

Perniagaan dan kemudahan yang berbeza memerhatikan mogok itu dan menutup pintu mereka di Nablus, al-Khalil, Tulkarem, Jenin, Qalqilya, Bethlehem, Ramallah, Salfit dan Tubas.

Di Ramallah, penunjuk perasaan berarak di jalan-jalan bandar sebelum pergi ke kawasan utara bandar di mana mereka bertempur dengan tentera Israel yang mengawal pos pemeriksaan tentera.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Darah Syuhada Nablus Menjadi Bahan Bakar Revolusi Usir Penjajah

Khamis, 11-08-2022 – Hamas menegaskan bahawa hak bangsa Palestin untuk membalas serangan di Nablus. Ia akan memaksa penjajah dan penduduk zionis untuk membayar harga yang mahal atas kejahatannya.

Dalam siaran akhbar, Selasa (9/8) Hamas mengatakan, “Darah para pemimpin dan rakyat Palestin tidak akan hilang sia-sia dan akan terus menjadi bahan bakar revolusi mengusir penjajah di semua tempat dan waktu.”

Hamas menyampaikan apresiasi kepada para pahlawan pejuang di kota Nablus yang dengan gagah berani menghadapi dan melawan pasukan penjajah zionis.

Pasukan penjajah zionis pada Selasa pagi, membunuh 2 orang pejuang iaitu Ibrahim al-Nablusi dan Islam Shubbuh, kedua-duanya gugur syahid dalam serangan senjata melawan serbuan pasukan Israel ke kota tua di Nablus.

Seorang remaja Husain Jamal Thaha turut syahid dalam aksi serangan yang dilakukan pasukan zionis di kota tua Nablus, dan mencederakan 40 orang warga.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Haneyya hubungi pegawai Algeria, bincang pencerobohan Israel

Khamis, 11-08-2022 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya pada hari Selasa menelefon Ketua Setiausaha Kementerian Luar Algeria, Chakib Kaid, dan memberi taklimat terperinci kepadanya mengenai pencerobohan Israel baru-baru ini di Semenanjung Gaza.

Haneyya memberi taklimat kepada Kaid mengenai jenayah Israel yang dilakukan semasa pencerobohan termasuk pembunuhan komander jihad Islam, selain membunuh lebih 40 orang awam Palestin di Semenanjung Gaza.  Beliau menambah bahawa Israel juga telah meningkatkan pencabulan terhadap rakyat Palestin dan tapak suci di Tebing Barat.

Beliau memuji kedudukan Algeria yang menyokong hak rakyat Palestin, dan menyeru Algeria mengaktifkan peranan diplomasi untuk menghadapi jenayah Israel yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas: Perjuangan Tidak Berhenti Sehingga Hapus Penjajahan

Khamis, 11-08-2022 – Pergerakan Hamas telah menggambarkan pertempuran selama tiga hari di Gaza sebagai “satu lagi pusingan penentangan yang berterusan dan sengit dengan penjajah Israel,” yang “tidak boleh berhenti tanpa pengusirannya dari Palestin.”

Dalam kenyataan akhbar pada hari Ahad, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum berkata bahawa pusingan pertempuran ini membuktikan lagi bahawa “tiada pencerobohan atau penjajahan tanpa penentangan.”

Jurucakap Barhoum menambah bahawa pencerobohan Israel yang diperbaharui terhadap Gaza menunjukkan kepada dunia sekali lagi keburukan jenayah dan pembunuhan beramai-ramai Israel yang telah dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Beliau menggariskan bahawa apa yang berlaku di Gaza mengesahkan bahawa normalisasi berurusan dengan penjajah dan usaha untuk mengintegrasikannya ke rantau itu menimbulkan bahaya besar kepada rakyat Palestin dan hak mereka.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada malam Ahad selepas pengantara Mesir berjaya menamatkan  pertempuran tiga hari penentangan Palestin dan penjajah Israel.

45 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam dan termasuk kanak-kanak, setakat ini telah terbunuh, dan angka kematian mungkin meningkat kerana ramai mengalami kecederaan serius.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Jihad Islamik : Terlalu Awal Untuk Bincang Mengenai Gencatan Senjata

Rabu, 10-08-2022 – Berikutan laporan baharu mengenai kemungkinan gencatan senjata pada malam Ahad, pegawai kanan Jihad Islam, Mohamed al-Hindi menegaskan bahawa “adalah terlalu awal untuk bercakap mengenai masa tertentu untuk gencatan senjata di Gaza.”

Hindi memberitahu Quds News Network bahawa terdapat hubungan intensif dengan beberapa pengantara, sambil menambah satu delegasi dari Mesir telah tiba di Gaza.

“Kita perlu pastikan tuntutan adalah jelas dalam pengumuman oleh Mesir sebelum bersetuju
dengan tempoh masa untuk gencatan senjata,” katanya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak Palestin Meninggal Dunia Akibat Serangan Israel

Rabu, 10-08-2022 – Seorang kanak-kanak Palestin diisytiharkan meninggal dunia setelah cedera parah dalam serbuan Israel pada hari Isnin, menjadikan jumlah orang awam Palestin yang terbunuh semasa pencerobohan terbaharu Israel ke atas Gaza kepada 46 orang.

Menurut Quds Press, Haneen Abu Qaida yang berusia 10 tahun meninggal dunia akibat kecederaan serius ketika serangan udara Israel di utara Gaza dua hari lalu. Terdahulu pada hari Ahad, Naama Abu Qaida, ibu kepada Haneen telah terbunuh, dan tujuh yang lain termasuk Haneen cedera selepas pesawat pejuang Israel menyasarkan kereta perkahwinan anak lelaki Naama.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Puluhan pendatang mencemarkan Masjid Aqsa

Rabu, 10-08-2022 – Puluhan pendatang Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi Isnin.

Sekurang-kurangnya 109 pendatang memasuki masjid dalam kumpulan berbeza melalui pintu Maghariba dan berkeliaran di dataran dengan kawalan ketat polis, demikian menurut Pentadbiran Waqaf Islam.

Ketika berada di tapak suci Islam itu, para pendatang mendengar ceramah oleh rabbi-rabbi tentang kuil yang didakwa dan sejumlah mereka mencetuskan provokasi dengan mengerjakan ibadat Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Serangan Israel Menyebabkan Kerosakan Besar Di Gaza, 44 Syahid

Rabu, 10-08-2022 – Maklumat terbaru dari pihak Kementerian Kesihatan Palestin, serangan militan Israel ke Gaza yang berlangsung selam 3 hari menyebabkan 44 orang syahid, termasuk 15 kanak-kanak dan 4 wanita serta 360 orang cedera.

Biro media pemerintah melaporkan, 9 bangunan hancur total dan 1500 unit rumah rosak teruk termasuk 16 hancur sepenuhnya 71 unit tak layak didiami lagi serta 1400 lainnya sama ada rosak teruk atau rosak sebahagian.

Sementara itu gencatan senjata antara fraksi-fraksi perlawanan dan penjajah Israel disepakati selepas Mesir menjadi mediator dan mula berkuatkuasa tepat pukul 11:30 Ahad malam.Keadaan Gaza mula tenang kecuali pesawat pengintip yang masih terbang di ruang udara Gaza.

Mesir melakukan serangkaian komunikasi dengan gerakan Jihad Islami dan Israel dan menyeru gencatan senjata secara komprehensif dan timbal balik serta pihak Kaherah mengusahakan pembebasan tawanan mogok lapar, Khalil al-Awawidah dan pembebasan tokoh Jihad Islami, Basam al-Sa’di dengan kadar segera.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pelapor PBB: Tindakan Israel ke atas Gaza adalah satu pencerobohan

Rabu, 10-08-2022 – Francesca Albanese, Pelapor Khas PBB mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah Palestin, pada hari Isnin mengutuk “serangan udara Israel” baru-baru ini di Semenanjung Gaza.

“Serangan terbaharu Israel di Semenanjung Gaza adalah menyalahi undang-undang dan tidak bermoral,” kata Albanese dalam satu temu bual, sambil menambah bahawa Israel melanggar undang-undang PBB kerana ia mendapat pengecualian dan perlindungan untuk jenayahnya.

Albanese mengkritik kenyataan AS berikutan peningkatan serangan Israel di Gaza, yang menekankan bahawa Israel mempunyai “hak untuk mempertahankan diri,” menegaskan bahawa pembunuhan sengaja Israel terhadap orang awam Palestin telah mencapai tahap yang memalukan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan