
Rabu, 15-02-2023 – Ratusan anggota masyarakat Palestin dan Arab, serta mereka yang berminat dengan budaya Arab dan dalam perpaduan, menyahut seruan solidariti bersama mangsa gempa bumi di Syria dan Turki, yang dilancarkan oleh Forum Palestin di Britain semasa acara tahunan Hari Komuniti Arab (ACD) yang diadakan di London pada 11 Februari lepas berjaya mengumpulkan sejumlah £20,000 sebagai tambahan kepada forum memperuntukkan keseluruhan prosiding aktiviti untuk
manfaat mangsa gempa bumi.
Artis Yahya Hawa, Ammar Al-Khatib, dan Muhammad Habbash, penyanyi Al-Asheqin Band, mengambil bahagian dalam acara itu, di samping penyertaan cemerlang Sarah Al-Owaisi, pemilik program “Aqsa for Kids”. Perayaan itu yang diadakan di Harrow, barat London melibatkan aktiviti kanak-kanak dan persembahan Dabkeh yang popular.
Pameran produk yang mencerminkan budaya dan adat Arab, seperti makanan, pakaian, karya sastera dan manifestasi tamadun Arab yang lain turut diadakan. Para penonton berinteraksi dengan penuh semangat dengan persembahan Pancaragam Kanak-Kanak Yasmine Al-Sham dan Kumpulan Al-Fursan Dabkeh, selain persembahan artis dan lagu terkenal mereka tentang Palestin dan dunia Arab.
Perayaan tahun ini diadakan dengan perhimpunan besar lebih daripada 1,500 peserta daripada masyarakat Palestin dan pelbagai masyarakat Arab, selain warga Britain yang berminat dengan budaya Arab dan solidariti dengan mangsa gempa bumi di Syria dan Turki. Forum Palestin juga
berminat untuk melibatkan penyertaan tetamu dari pelbagai negara, dan menekankan kepelbagaian budaya Arab, kesyumulan tamadun dan sejarah mereka.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar