Categories
Berita Semasa

Afrika Selatan, Malaysia mengutuk keganasan Israel ke atas Gaza

Selasa, 09-08-2022 – Kementerian Luar Afrika Selatan mengutuk keras pencerobohan Israel terhadap Gaz, yang bermula pada Jumaat lepas dan meragut nyawa ramai orang awam, termasuk kanak-kanak dan Wanita.

Jabatan Hubungan dan Kerjasama Antarabangsa (DIRCO) menyatakan kebimbangan yang serius terhadap kenyataan tentera Israel yang menyebut bahawa operasi itu akan mengambil masa lama dan serangan berterusan itu akan mengancam nyawa orang awam yang tidak bersalah.

Rejim zionis melancarkan serangan pada Jumaat yang disifatkan sebagai serangan udara pencegahan, kononnya  diancam serangan oleh Gerakan Jihad Islami.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

12 warga Palestin maut dalam serangan udara terbaru Israel ke atas Gaza

Selasa, 09-08-2022 – 12 orang awam Palestin termasuk kanak-kanak terbunuh dalam beberapa siri serangan udara rejim Israel di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza pada petang hari Ahad.

Sumber tempatan melaporkan bahawa serangan udara Israel menyasarkan kereta kuda dan kereta awam di kawasan Samer di tengah-tengah Bandar Gaza, yang membunuh tiga orang rakyat Palestin, termasuk seorang anggota polis trafik.

Lima kanak-kanak terbunuh selepas pesawat pejuang Israel menyerang sekumpulan rakyat di kawasan al-Faluja di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza, tambah sumber itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Rashida Tlaib Memenangi Pemilihan Awal Calon Demokrat

Isnin, 08-08-2022 – Rashida Tlaib, seorang anggota Kongres Amerika Syarikat yang berasal dari Palestin, memenangi pemilihan awal Parti Demokrat untuk daerah ke-12 di Michigan, pada hari Khamis.

Tlaib mendapat sokongan 64.4% berbanding 20% yang diperolehi lawannya, Janice Winfrey.

Pemilihan awal diadakan untuk memilih calon parti dalam pemilihan akan datang. Ia yang dijadualkan akan dilaksanakan pada akhir tahun ini. Calon yang menang akan bersaing dengan calon Republik, Stephen Elliot.

Melalui akaun Twitter, Tlaib berterima kasih kepada semua pihak yang bekerja dengannya sepanjang kempen pemilihan dan semua yang menyokongnya untuk meraih kemenangan.

Perlu dicatat bahawa saingan Tlaib, Winfrey, menmdapat sokongan padu oleh Jawatankuasa Urusan Publik Israel Amerika – AIPAC yang telah menghabiskan puluhan juta dollar untuk mengalahkan Tlaib, yang dikenali dengan pendiriannya mendokong perjuangan Palestin.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Lebih 36 buah sekolah di Palestin diancam pemusnahan

Isnin, 08-08-2022 – Kementerian Pendidikan Palestin berkata pada Khamis yang terdapat lebih daripada 36 buah sekolah Palestin diancam pemusnahan, enam daripadanya di Baitulmuqaddis, kerana kedudukan berdekatan dengan penempatan haram Yahudi.

Jurucakap kementerian, Sadeq al-Khadouri berkata, baru-baru ini rejim zionis (IOA) mengeluarkan notis pemusnahan terhadap sekolah-sekolah Palestin.Khadouri menyifatkan tujuan Israel untuk memusnahkan sekolah-sekolah Palestin sebagai sebahagian daripada “polisi berterusan yang menyasarkan sektor pendidikan Palestin secara umum, terutamanya di wilayah Masafer Yatta dan Baitulmuqaddis,” dan “salah satu cara untuk mengusir penduduk tempatan.” 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis keluarkan 40 perintah perobohan ke atas kemudahan pertanian

Isnin, 08-08-2022 – Pihak berkuasa pencerobohan Israel (IOA) pada hari Khamis mengeluarkan berpuluh-puluh perintah perobohan terhadap kemudahan pertanian di bandar Nablus, Tebing Barat.

Datuk Bandar Qusra, Hani Odeh, berkata bahawa IOA menyampaikan 40 notis perobohan terhadap kemudahan pertanian baharu selepas menyerbu bandar Qusra, selatan Nablus, menurut agensi berita Safa.

“Kemudahan itu dibina baru-baru ini sebagai sebahagian daripada projek tebus guna tanah pertanian untuk melindungi tanah daripada perluasan penempatan,” kata datuk bandar Odeh, sambil menambah bahawa Israel masih menafikan bekalan elektrik ke kawasan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan


Categories
Berita Semasa

Lebih 500 Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa di Bawah Kawalan Polis

Isnin, 08-08-2022 – Sekumpulan besar peneroka ekstremis Yahudi mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi Rabu lepas.

Menurut laman web al-Qastal News, sekurang-kurangnya 516 peneroka memasuki masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya di bawah kawalan polis.

Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan sembahyang Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Culik Warga Palestin Ketika Serbuan di Tebing Gaza

Isnin, 08-08-2022 -Rejim Zionis menyerbu beberapa rumah dan menculik warga Palestin semasa kempen di Tebing Barat pada waktu subuh hari Khamis.

Menurut sumber setempat, rejim itu menyerbu bandar Bethlehem dan kawasan lain di wilayah berkenaan dan menculik tiga rakyat Palestin dari rumah mereka. Rejim itu juga juga memecah masuk dan menyerbu beberapa rumah di kawasan Jabel al- Mawaleh di daerah tengah Kota Bethlehem, tanpa membuat sebarang tangkapan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel bersihkan tanah, musnahkan binaan di Tebing Barat dan Jerusalem

Jumaat, 05-08-2022 – Tentera rejim Israel (IOF) membersihkan tanah dan memusnahkan binaan dan pokok milik rakyat Palestin semasa operasi di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis pada hari Rabu.

Menurut sumber tempatan, IOF memusnahkan sebidang tanah yang digunakan sebagai tempat letak kereta dan tembok yang mengelilinginya di bandar Sur Baher, tenggara Baitulmuqaddis.

IOF juga mencabut beberapa pokok zaitun dan menutup telaga air di kawasan Rakhma di bandar Teqoa, timur Baitullaham, milik seorang penduduk tempatan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Surat Lapid ke PBB ‘Tindakan Bodoh’

Khamis, 04-08-2022 – Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menyebut surat PM Israel Yair Lapid kepada Setiausaha Agung PBB dan tuntutannya membubarkan jawatankuasa penyiasat serangan Gaza tahun 2021, sebagai “tindakan bodoh” yang menentang badan antarabangasa.

Dalam siaran yang diterima Pusat Informasi Palestina, Barhum menyebutkan bahawa surat tersebut menjadi bukti tambahan sikap bongkak entiti Israel melecehkan undang-undang antarabangsa dan mengelak dari bertanggungjawab terhadap kejahatannya terhadap bangsa Palestin.

Pada 2021 lalu, pasukan Israel melancarkan serangan tentera ke Gaza, berlangsung selama 11 hari yang menyebabkan 200 orang syahid dan ribuan lainnya cedera.Pihak PBB membentuk jawatankuasa penyiasat untuk memastikan bukti kejahatan perang yang dilakukan pasukan Zionis terhadap rakyat Palestin. Ia ditubuhkan atas desakan sejumlah negara yang mendokong perjuangan Palestin.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas memuji ‘dokumen ikrar sokongan’ yang ditandatangani puak-puak Iraq

Khamis, 04-08-2022 – Gerakan Hamas menyatakan peghargaan kepada 20 puak Iraq yang mengumumkan sokongan mereka terhadap Palestin dan rakyatnya dalam ‘dokumen ikrar sokongan’ yang dikeluarkan baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan ringkas pada Ahad, jurucakap Hamas Jihad Taha menyifatkan tindakan itu sebagai menggambarkan kemuliaan orang Iraq dan pendirian sokongan mereka terhadap Palestin.

Jurucakap itu menyeru semua pihak yang aktif dan berpengaruh di wilayah Arab agar memberikan lebih banyak sokongan terhadap Palestin sehingga rejim Israel keluar dari Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pemain Jordan Tolak Bertanding Menentang Pemain Israel

Khamis, 04-08-2022 – Seorang atlet taekwondo Jordan menolak untuk bertanding menentang pemain Israel dan menarik diri daripada Kejohanan Dunia yang diadakan di Bulgaria pada hari Ahad.

Menurut sumber berita Roya, bintang pasukan remaja taekwondo kebangsaan Jordan, Miassar al-Dahamsha, menarik diri daripada Perlawanan Pingat Gangsa Remaja, dan enggan berdepan
pemain Israel itu.

Dua bulan lalu, pemain lawan pedang Jordan, Eyas Al-Zumar menarik diri daripada Kejohanan Pagar Dunia yang diadakan di Dubai kerana enggan bersaing dengan lawannya dari Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Kanak-Kanak Palestin Cedera dalam Pertempuran Salfit

Khamis, 04-08-2022 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera di kepala akibat tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh Rejim Zionis, manakala puluhan lagi mengalami masalah pernafasan ketika konfrontasi tercetus di bandar Salfit, Tebing Barat pada hari Isnin.

Sumber setempat melaporkan bahawa Abdul Hadi Raees yang berusia 15 tahun mengalami keretakan pada tengkorak selepas tentera rejim melepaskan bom tangan dan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin semasa konfrontasi yang meletus selepas merobohkan sebuah rumah warga Palestin di bandar Kafr ad-Dik.

Dalam perkembangan lain, peneroka Yahudi yang dilindungi oleh Rejim Zionis telah menyerang kenderaan seorang warga Palestin Ibrahim Mohammad ketika dia dalam perjalanan ke rumahnya di bandar al-Khalil di Tebing Barat.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Addameer: Tahanan, Awawdeh berisiko maut

Khamis, 04-08-2022 – Persatuan Hak Asasi Manusia Addameer memberi amaran bahawa banduan Palestin Khalil Al-Awawdeh, yang telah mogok lapar selama 141 hari, berada dalam bahaya risiko kematian mengejut.

“Tiada tindakan masyarakat antarabangsa terhadap isu tahanan Palestin amat membimbangkan,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan akhbar pada hari Isnin.

Ia menganggap masyarakat antarabangsa sebagai bertanggungjawab ke atas kehidupan tahanan Palestin, serta menyeru Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah dan semua organisasi masyarakat bertindak segera untuk menamatkan penahanan pentadbiran Awawdeh dan mencegah keadaan kesihatannya daripada terus merosot.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

IOF serang nelayan dan penggembala di Gaza

Selasa, 02-08-2022 – Tentera rejim zionis (IOF) menyerang nelayan dan penggembala Palestin pada pagi Ahad di barat dan timur Semenanjung Gaza.

Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata, bot bersenjata Israel melepaskan tembakan ke arah bot-bot nelayan ketika mereka berada di lingkungan beberapa batu nautika di perairan kawasan as-Sudaniya, barat laut kota Gaza.

Serangan tembakan itu menyebabkan para nelayan terpaksa kembali ke pantai.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas nafikan kenyataan yang dikaitkan dengan Badran berkaitan pengepungan Gaza

Selasa, 02-08-2022 – Pergerakan Hamas pada hari Ahad menafikan bahawa anggota biro politiknya, Hossam Badran telah membuat sebarang kenyataan berhubung pengepungan Gaza.

Badran tidak membuat sebarang kenyataan memaklumkan pengantara mengenai tarikh tertentu untuk menarik balik kepungan ke atas Gaza, pejabat media Hamas mengesahkan dalam satu kenyataan akhbar.

“Kenyataan rekaan sedemikian datang sebagai percubaan untuk mengocok kad dalam pertempuran sengit yang diketuai oleh penceroboh Israel yang disokong oleh AS terhadap penentangan Palestin dan tenteranya,” tegas pejabat gerakan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan