
Isnin, 30-01-2023 – Pekerja perobohan Zionis Israel dengan kawalan polis rejim Zionis, pada pagi Rabu telah menyerbu kem pelarian Shuafat di kawasan Jerusalem dan merobohkan rumah syuhada Uday at-Tamimi.
Rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan polis rejim Zionis Israel memasuki kem dalam angka yang besar dan menutup kawasan sekitar rumah keluarga at-Tamimi sebelum pekerja memulakan kerja meruntuhkan dinding dalaman.Menurut media yahudi, 300 polis wataniah menyerbu kem untuk merobohkan pangsapuri kepunyaan keluarga Uday at-Tamimi.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul