Selasa ,30/12/2008 –Sumber-sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan petang Isnin lalu, empat rakyat Palestin, termasuk seorang pemimpin Al Quds Brigades,
sayap bersenjata Islam Jihad, telah terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza. Jumlah maut terkini di Gaza adalah 345, manakala lebih daripada 1650 telah tercedera.