Isnin , 16/02/2009 – Aktivitis Scotland , Teresa McDermott yang dikatakan hilang selepas menaiki kapal dari Lubnan yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza terjawab apabila kerajaan haram Israel yang ‘menghilangkan’ beliau dan ditahan di Penjara Ramleh Israel.
Awal Februari kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza telah dihalang dan dibawa ke Pelabuhan Ashdod, Israel. Kesemua penumpang/aktivitis dibebaskan kecuali Teresa dan Israel telah berbohong dengan mengatakan Teresa telah dihantar pulang ke London sehinggalah beliau dapat menghubungi abangnya John di Scotland.
Tiada maklumat diberikan kenapa beliau ditahan, apa tuduhan, dan kenapa penahanannya disembunyikan. Bila ditanya pihak Kedutaan UK di Israel kenapa tidak mencari Teresa, mereka berkata mereka tidak dapat berbuat demikian sehingga menerima laporan dari beliau sendiri.
MP Scotland, Pauline McNeil dan Hugh O’Donnell yang sepatutnya bersama-sama di dalam kapal tersebut akan berkerjasama dengan kerajaan UK dan memastikan keselamatan Teresa dijamin. Menurut wartawan AlJazeera, Salam Khodr, kesemua penumpang telah dipukul dan dibelasah sebelum dikeluarkan dari kapal tersebut.
Teresa berjaya ke Gaza pada misi bantuan pertama dengan bot Bebaskan Gaza dan kembali pada bulan Ogos dan misi bantuan kedua ini telah dihalang oleh Israel. Beliau merupakan akitivis terkenal dengan International Solidarity Movement dan juga Free Gaza. Di Scotland beliau bekerja di pejabat pos.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous
memang menarik.sayang terlewat baca post ni.bukan sesuatu yang menghairankan bila Teresa ditahan.lebih-lebih lagi kerana dalam profilnya tercatat pertubuhan ISM(International solidarity movement).jika kita imbas semula enam tahun ke belakang,kerajaan haram laknat Israel telah mencatat satu sejarah hitam dengan membunuh seorang aktivis wanita dari pertubuhan ini.tak lain tak bukan, Rachel Aliene Corrie,23 yang telah digilis dengan bulldozer.kes ini telah menimbulkan tekanan yang hebat ke atas mereka dan sebagai membalas dendam, pertubuhan ISM telah diharamkan dan dihalau dari Palestin.
tidak hairan Teresa ditangkap,kerana beliau adalah alumni ISM.
malulah kita umat islam,orang kafir dipenjara dan mati digilis demi membela tanah kita!!