Selasa, 12-02-2019 - Faris Barud, 51 tahun, tawanan Palestin tertua dari Semenanjung Gaza, meninggal dunia di penjara penjajah Israel setelah kesihatannya semakin teruk kerana kelalaian pihak perubatan otoriti penjajah Israel. Suasana panas dan tegang menyelimuti penjara-penjara Israel setelah tersiar khabar kematian Faris Barud.
Pihak berkuasa penjajah Israel memindahkan Faris Barud ke bahagian rawatan intensif di Hospital Penjara Raymond setelah keadaannya semakin tenat akibat masalah jantung yang dialaminya. Dengan kematian Faris Barud ini, maka jumlah tawanan Palestin yang meninggal di penjara penjajah Israel adalah seramai 218 orang. Faris Barud berasal dari kem pelarian Shati di barat kota Gaza, beliau termasuk tawanan paling lama yang ditahan sebelum penandatanganan perjanjian Oslo.
Dia ditangkap pada tahun 1991 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Beliau tidak boleh dikunjungi keluarganya sejak 18 tahun yang lalu. Terakhir Barud berada di penjara Raymond. Beliau berpindah-pindah di beberapa penjara penjajah Israel dan diasingkan beberapa kali selama bertahun-tahun penahanannya iaitu lebih dari 28 tahun. Pasukan penjajah Zonis menangkap Faris Barud pada 23 Mac 1991 dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa membunuh seorang penduduk Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Selasa, 12-02-2019 – Perbandaran Israel di Baitulmuqaddis pada Selasa mengumumkan perancangan untuk membina jalan baru bagi pendatang mulai dari bandar Abu Dis ke penempatan Ma’ale Adumim.
Ketua Jawatankuasa Perlindungan Tanah Palestin di Baitulmuqaddis Bassam Bahar berkata dalam kenayataan akhbar yang Israel berniat untuk merampas lebih 1,000 dunum daripada tanah pertanian Palestin untuk melaksanakan projek tersebut.
Bahar menerangkan yang projek itu bertujuan menghubungkan beberapa penempatan Israel di kawasan tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Selasa, 12-02-2019 – Nahed al-Fakhouri, yang merupakan Pengarah Pejabat Media Banduan mengatakan bahawa pengabaian hak perubatan sehingga menyebabkan kematian seorang tahanan Palestin; Fares Baroud adalah tindakan “jenayah kejam”, pada hari Rabu lepas.
Al-Fakhouri berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa jenayah ini mencerminkan dasar jenayah yang dilakukan oleh Israel terhadap tahanan Palestin.
Baroud, 51, meninggal dunia pada hari Rabu di penjara Raymond di Israel selepas kesihatannya bertambah buruk disebabkan penafian haknya untuk diubati.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : fauzan
Khamis , 07-02-2019 – Tentera rejim Israel pada Ahad menahan seorang warga Palestin kurang upaya setelah menyerang beliau di bandar Nahalin, Bethlehem.
Timbalan Datuk Bandar Nahalin Hani Fannoun berkata tentera rejim memukul dan seterusnya menahan Ibrahim Fannoun, 46, ketika beliau cuba membantu seorang pemuda Palestin yang ditahan oleh tentera rejim.
Tentera rejim turut menyerbu Khirbet Umm al-Jemal di utara Lembah Jordan dan menahan warga Palestin Izz Ka’abneh.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Khamis , 07-02-2019 – Tentera rejim zionis Israel dilaporkan melepaskan tembakan yang mensasarkan para petani Palestin dan pemburu burung di sepanjang sempadan sebelah timur, bahagian selatan Semenanjung Gaza.
Menurut laporan agensi berita Safa, anggota tentera rejim menghala tembakkan ke kawasan tanah pertanian di timur bandar Khan Younis. Kejadian serangan menggunakan sejata api itu turut disaksikan berlaku di satu kawasan perumahan di bandar Rafah, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan berlaku.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainuddin
Khamis , 07-02-2019 – Puluhan extremis Israel telah memecah masuk ke Masjid al-Aqsa pada Ahad lalu.
Akhbar Quds melaporkan bahawa sebilangan besar pegawai polis Israel mengiringi extremis tersebut semasa lawatan mereka. Agensi berita itu berkata bahawa 45 warga Israel memasuki Masjid pada awal pagi bersama 26 pelajar Yahudi dari institusi keagamaan dan universiti Israel.
Akhbar Quds melaporkan bahawa sebilangan besar pegawai polis Israel mengiringi extremis tersebut semasa lawatan mereka. Agensi berita itu berkata bahawa 45 warga Israel memasuki Masjid pada awal pagi bersama 26 pelajar Yahudi dari institusi keagamaan dan universiti Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Isnin , 04-02-2019 – Mahkamah Tentera Israel membuat keputusan memanjang tempoh penahanan tanpa pertuduhan dan perbicaraan terhadap seorang pemberita Quds Press, Mohamed Manna kepada enam bulan lagi. Tentera rejim telah menculik pemberita berumur 37 tahun itu pada 1 Ogos 2018 di rumahnya di kampung Zawata, barat Nablus.
Sebelum ini, pihak rejim telah menahan Manna beberapa kali dan beliau telah menghabiskan masa selama lebih tujuh tahun hidup di penjara, kebanyakannya atas alasan keselamatan.
Isnin , 04-02-2019 – UNRWA membuat rayuan kepada para penderma agar membantu memastikan peruntukan berjumlah $1.2-billion dapat dikekalkan pada tahun 2019 setelah mengalami kesukaran pada tahun lepas apabila Amerika Syarikat menarik sumbangannya.
UNRWA berjaya mendapatkan peruntukan dengan jumlah sama pada tahun 2018 walaupun mengalahi kesukaran mendadak apabila pentadbiran Presiden AS Donald Trump menghentikan semua sokongan terhadap agensi itu.
Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Geneva pada Selasa, Pesuruhjaya Agung UNRWA Pierre Krahenbuhl berkata, ia merupakan jumlah yang diperlukan bagi memastikan operasi UNRWA dapat dijalankan pada kadar yang sama seperti pada tahun 2018.
Isnin , 04-02-2019 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Selasa menutup kemasukan arah barat di kampung Ras Karkar village, di barat laut Ramallah Tebing Barat dengan penghadang besi.
Saksi mata memberitahu Akhbar Quds yang trak Israel tiba di kawasan itu dengan membawa blok-blok konkrit untuk dijadikan tapak bagi penghadang itu.
Mereka menambah yang tentera rejim menggunakan kren untuk membina penghadang di kawasan itu yang menghubungkan jalan utama menuju bandar Ramallah dan perkampungan berdekatan.
Jumaat , 01-02-2019 – Kejadian pendatang haram Yahudi menceroboh masuk ke wilayah Tebing Barat pada waktu awal pagi dan menconteng kenderaan milik penduduk Palestin dengan perkataan berbau perkauman dilaporkan telah berlaku.
Menurut kata saksi, sekumpulan pendatang Yahudi dilihat datang ke perkampungan al-Lubban ash-Sharqiya yang terletak di Nablus, utara Tebing Barat dan menconteng tiga buah kenderaan kepunyaan penduduk tempatan dengan ayat-ayat perkauman dalam tulisan bahasa Yahudi.
Hampir setiap hari, pendatang Yahudi datang menceroboh masuk ke kawasan perkampungan dan juga bandar yang diduduki warga Palestin di wilayah Tebing Barat. Pada masa ini, mengikut statistik Israel terdapat kira-kira 430,000 Yahudi tinggal di wilayah itu.
Jumaat , 01-02-2019 – Rejim Israel telah menyampaikan notis untuk merobohkansekolah Palestin di Masafer Yatta, daerah tebing selatan Al-Khalil. Yasser Saleh yang merupakan Pengarah Kementerian Pelajaran di Yatta menyatakan bahawa tentera Israel menggantung perintah perobohan di pintu sekolah.
Sebagai rekod, sekolah tersebut telah dirobohkan oleh rejim Zionis sebelum ini pada Julai tahun lalu. Namun telah dibina semula oleh penduduk tempatan.
Jumaat , 01-02-2019 - Bahagian Pendidikan di Tubas, utara Tebing Barat, mengadakan pameran bergambar di sekolah Ain Baida di Lembah Jordan utara, bertajuk, "Jangan mendekat, jangan menyentuh", untuk memperkenalkan kepada pelajar sekolah bentuk dan model bahan peledak dari sisi-sisa yang ditinggalkan oleh pasukan penjajah Israel di Lembah Jordan utara.
Pameran ini mengandungi banyak gambar bom dan bahan peledak sisa-sisa yang ditinggalkan daripada latihan pasukan penjajah Zionis, yang tidak diketahui oleh penduduk awam. Kemungkinan mereka ambil dan dimasukkan ke dalam sakunya, kerana bentuknya yang aneh, yang kemudian meledak secara tiba-tiba.
Tujuan pameran tersebut adalah untuk mendidik pelajar tentang bahaya benda-benda tersebut, yang mungkin mereka jumpai dalam perjalanan ke sekolah atau dalam kehidupan sehari-hari mereka, serta perlunya menjauhi benda-benda tersebut dan memberi info kepada orang dewasa tentang kewujudanya. Harapannya, pameran ini dapat diadakan di semua wilayah di Lembah Jordan, yang banyak terdapat sisa-sisa latihan militan pasukan penjajah Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis, 31-01-2019 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza menyelar pengabaian oleh organisasi kemanusiaan ke atas keperluan segera hospital Gaza terhadap bahan bakar.
Kementerian memberi amaran kemungkinan lumpuhnya sektor kesihatan akibat krisis yang meruncing itu.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qedra, berkata dalam satu kenyataan akhbar yang situasi terkini memerlukan tindakan segera oleh organisasi kemanusiaan untuk menyelamatkan ratusan nyawa pesakit dan kanak-kanak.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Khamis, 31-01-2019 – Seorang pegawai tertinggi PBB mengutuk perbuatan jenayah yang dilakukan oleh pendatang haram Yahudi di Tebing Barat berikutan kematian seorang lelaki warga Palestin manakala lebih 20 lainya cedera terkena tembakan di sebuah kampung, Sabtu lalu.
Tembakan itu dilaporkan telah dilepaskan oleh salah seorang pendatang Yahudi yang datang bersama sekumpulan pendatang menyerang dan memulakan tindak ganas terhadap penduduk perkampungan al-Mughayyir di Ramallah.
“Israel perlu menghentikan segera perbuatan ganas pendatang Yahudi dan seharusnya mengambil tanggungjawab dengan menegakkan keadilan bagi pihak mangsa kejadian tersebut,” demikian tulis Nickolay Mladenov, Koordinator Khas PBB bagi Proses Damai Timur Tengah di Twitter.
enghentikan segera perbuatan ganas pendatang Yahudi dan seharusnya mengambil tanggungjawab dengan menegakkan keadilan bagi pihak mangsa kejadian tersebut,” demikian tulis Nickolay Mladenov, Koordinator Khas PBB bagi Proses Damai Timur Tengah di Twitter.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainuddin
Khamis, 31-01-2019 – Seorang pemuda Palestin ditembak dan menyebabkan kecederaan tentera Israel yang ditempatkan di sempadan timur kem pelarian al-Bureij di kawasan tengah Gaza, pada Ahad lepas.
Sumber tempatan mengatakan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke atas sekumpulan pemuda Palestin berhampiran sempadan Gaza yang mencederakan seorang lelaki berusia 25 tahun yang kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan. Dalam serangan yang sama pada Sabtu lalu, seorang pemuda Palestin turut tercedera.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : fauzan