
Rabu , 06-03-2019 – Pertubuhan Pergerakan Hamas mengutuk satu kejadian serangan maut dengan senjata api yang berlaku di barat Ramallah dan menggambarkan akan “mentaliti penjenayah yang ada pada tentera rejim zionis Israel” serta menegaskan jenayah seperti itu menjadi satu lagi bukti betapa rejim penjajah itu perlu dihalau keluar dari tanah Palestin.
Ia menjadi jawapan kepada perbuatan jenayah yang dilakukan oleh anggota tentera rejim di Kafr Ni’ma yang terletak di bahagian barat Ramallah pada awal pagi hari Isnin kelmarin. Serangan senjata api itu telah mengorbankan dua pemuda warga Palestin dan mencederakan seorang lagi, dimana mangsa telah didakwa cuba melakukan serangan dengan menggunakan kereta yang dipandu laju dan melemparkan bom Molotov Cocktail.
Hamas meminta para pejuang Palestin yang ada di Tebing Barat agar membalas balik jenayah yang telah mengorbankan dua penduduk Palestin itu dan percaya bahawa serangan balas yang bakal dilakukan akan setimpal dengan jenayah yang telah berlaku.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin