
Rabu, 22-04-2015 – Kumpulan pelampau pendatang Israel menyerbu kota lama Baitulmuqaddis dan berlegar-legar sekitar pintu pagar Masjid Aqsa selepas tengah malam Ahad.
Sumber Baitulmuqaddis mendedahkan yang puluhan polis Israel mengawal para pendatang ketika serbuan di mana mereka melaungkan slogan menyeru pembunuhan dan pengusiran kaum Arab.
Sebahagian daripada puak pelampau pendatang mengganggu warga Baitulmuqaddis, sumber tersebut menyebut. Dalam perarakan bulanan, para pendatang memulakan perarakan dari tembok al-Buraq ke barat Baitulmuqaddis di kota lama di mana mereka mengerjakan ritual Talmud di pasar al-Qattanin Market dekat Masjid Aqsa, sumber itu menambah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati












