
Khamis, 10-12-2015 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melantik penasihat keselamatan negara Yossi Cohen sebagai ketua Mossad yang baru menggantikan Tamir Pardo yang akan tamat 5 tahun perkhidmatannya di Mossad Januari ini.
Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media khas pada petang Isnin, 7 Disember. Netanyahu berkata “salah satu cabaran yang dihadapi oleh Mossad ialah keganasan yang dilakukankan oleh unsur-unsur Islam radikal, terutamanya Iran dan ISIS”.Dia juga mengatakan bahawa “keamanan Israel mempunyai kebebasan secara penuh”. Dia turut mengerahkan Mossad untuk menjaga keamanan Israel dengan mengagalkan serangan daripada luar.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh













