
Selasa, 04-02-2014 – Pihak berkuasa penempatan Israel telah membenarkan penerbitan satu laporan berita pada malam Selasa yang lalu, mengenai penahanan beberapa warga Jerusalem atas tuduhan penglibatan mereka dalam rangkaian gerakan Hamas.
Menurut laporan sumber akhbar Hebrew itu, setakat ini di Jerusalem, ‘Sharbak’ Israel telah menahan 16 orang aktivis politik kerana membentuk kumpulan rangkaian yang dikaitkan dengan Hamas dan dipercayai kumpulan tersebut merupakan satu infrastruktur penting kepada gerakan Hamas.
Sumber tersebut menambah, ahli-ahli kumpulan tersebut berusaha untuk mengukuhkan pengaruh Hamas di kalangan penduduk Jerusalem timur dan kawasan berdekatan dengan Masjid Aqsa. Turut dilaporkan antara mereka yang ditahan adalah beberapa orang bekas banduan termasuklah dua adik beradik lelaki.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : nur syarira













