Categories
Berita Semasa

Jerusalem : Pengawal keselamatan rejim Zionis bunuh 2 rakyat Palestin

Jumaat ,24/09/2010 – Seorang pengawal keselamatan di penempatan haram Yahudi pada pagi Rabu lepas telah menembak mati dua orang pekerja rakyat Palestin yang memandu melepasinya di timur Jerusalem.

Pengawal keselamatan itu ditempatkan di hadapan sebuah pondok kawalan penempatan haram Yahudi di kawasan kejiranan Al-Bustan, dalam wilayah pentadbiran Palestin berdekatan bandar lama Jerusalem.  Samir Sarhan, 35, meninggal dunia serta merta setelah terkena tembakan itu manakala rakannya yang mana nama dan keadaannya masih belum diketahui sehingga tengahari Rabu lalu apabila berita ini disiarkan oleh pusat media Wadi Hilwa yang berpengkalan di Jerusalem-Palestin, meninggal dunia akibat kecederaan parah.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Netanyahu : Palestin wajib iktiraf Israel sebagai Negara Yahudi

Jumaat ,24/09/2010 – Perdana Menteri rejim Zionis menyatakan lagi gesaannya agar pihak Palestin mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi dan menegaskan bahawa pihaknya tidak sekali-kali akan menarik balik gesaan ini.

Kenyataannya itu diucapkan dalam satu mesyuarat ketua-ketua organisasi Yahudi di Amerika Syarikat. Netanyahu berkata bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tidak boleh mencari alternatif lain kepada gesaan ini dan mesti mengumumkan secara terang-terangan yang pihak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi kerana ianya adalah sebuah negara untuk bangsa Yahudi.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Kediaman Wartawan Gaza Dicerobohi dan Peralatan Dicuri

Jumaat ,24/09/2010 – Kediaman seorang wartawan Alhayat Aljadedah, Nufouth Al Bakri yang terletak di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza telah dipecah masuk pada malam Selasa.

Al Bakri mengatakan pihak polisnmenghubunginya pada jam 1.30 pagi (22 September 2010) dan memaklumkan pintu rumahnya terbuka. Apabila beliau pergi ke pintu tersebut, beliau mendapati pintu telah dipecahkan dan kebanyakan peralatan media seperti mesin faks, telefon serta kenyataan akhbar telah dicuri.

Al Bakri menambah, “Pencerobohan tersebut bukan bertujuan mencuri kerana barang-barang yang hilang adalah peralatan yang saya gunakan untuk kerja kewartawanan. Banyak lagi barang lain yang berharga tetapi tidak dicuri.”

Pusat Pembangunan dan Kebebasan Media Palestin (MADA) menyelar kejadian itu dan menuntut pihak berkenaan untuk mendakwa dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rundingan Israel Palestin terus hilang arah.

Jumaat ,24/09/2010 – Pusingan terkni rundingan antara Israel dan Palestin berlangsung di bawah bayang-bayang Israel yang secara terang-terangan mengenepikan undang-undang antarabangsa, dengan pengepungan berterusan dan pengeboman di Semenanjung Gaza, serta penjajahan berterusan Golan di Syria dan Tebing Barat, termasuk juga Baitulmuqaddis Timur.

Pihak Berkuasa Palestin, sebagai prasyarat untuk memasuki pembicaraan langsung dengan Israel berkeras dengan satu permintaan, menuntut Israel membekukan pembangunan di semua penempatan. Walaupun Israel mendakwa dan menyatakan ia dibekukan, namun banyak kesalahan telah direkodkan di mana kerajaan Israel terus meluluskan atau menutup mata terhadap pembinaan haram yang terus berlanjutan di Tebing Barat.

Akhabar Ha’aretz mendedahkan baru-baru ini bahawa penempatan terus menerima selangit “geran pengimbang” dari Kementerian Dalam Negeri Israel. Daripada NIS 2.5 bilion dari jumlah keseluruhan geran untuk tahun 2009, NIS 265 juta (lebih dari 10%) diberikan untuk penempatan Israel. Rata-rata setiap penduduk menerima NIS 115 setiap tahun dalam bentuk geran pengimbang, 22% lebih banyak daripada geran rata-rata untuk warga Israel yang lain.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Tahan 13 Orang Awam di Tebing Barat

Jumaat ,24/09/2010 – Tentera Israel menyerang pada hari Rabu pagi sejumlah masyarakat awam diTebing Barat dan menangkap 13 orang.

Serangan Israel dilaporkan di bandar-bandar Nablus dan Jenin di Tebing Barat utara, di samping Baitul Laham di bahagian selatan Tebing Barat, sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Rabu. Di Nablus, tentera Zionis menyerang dan menggeledah rumah mereka sebelum menahan tujuh orang dan tiga lelaki tentera di Jenin selepas mengeledah rumah mereka.

Di Betlehem, tentera Israel menangkap lima warga awam dalam kempen memburu dari rumah ke rumah dekat gereja kelahiran Nabi Isa di pusat bandar.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Penduduk Israel Serang Pelajar Sekolah

Jumaat ,24/09/2010 – Polis Zionis Israel pagi ini, Rabu (22/9), menangkap dua orang pelajar sekolah al Ibrahimi, berdekatan masjid al Ibrahimi, di pusat bandar Hebron, Tebing Barat, setelah mengepung sekolah tersebut.

Sumber-sumber tempatan menyebutkan puluhan penduduk pendatang Zionis Israel menyerang pelajar sekolah Ibrahimi ketika mereka berjalan ke sekolah. Mereka juga membaling batu, sebelum pasukan penjajah Zionis Israel datang ke lokasi dan mengepung sekolah tersebut.

Pasukan polis Israel memberi alasan mendapat aduan penduduk Israel bahawa salah seorang pelajar sekolah tersebut menyerang anak-anak penduduk Zionis berdekatan al Haram al Ibrahimi.Turut serta dalam mengepung dan menyerbu sekolah tersebut lebih dari 200 penduduk pendatang Zionis yang bersenjata.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Penghantaran pertama kereta ke Gaza dari Israel sejak 2007

Jumaat ,24/09/2010 – Israel akhirnya member pelepasan untuk menghantar sebanyak 20 buah kereta ke kawasan operasi Hamas di Semenanjung Gaza. Ini adalah penghantaran pertama sejak gerakan Islam itu merebut kuasa lebih daripada tiga tahun lalu.

Sejak Hamas mengusir pasukan yang setia kepada presiden Palestin Mahmud Abbas yang berpihak kepada barat, Israel tidak membenarkan kemasukan setiap kenderaan, walaupun beberapa kenderaan telah berjaya diseludup melalui terowong di bawah sempadan dengan Mesir. Kenderaan ini akan diedarkan kepada tiga pengimport, yang kemudian akan menjualnya ke penjual tempatan.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pertempuran baru antara Zionis dan warga Palestin di Silwan

Jumaat ,24/09/2010 –Petang Rabu (22 September) menyaksikan pergaduhan dahsyat antara pemuda Palestin yang marah dengan penjenayah Zionis di beberapa tempat dalam perkampungan Silwan dekat bandar terjajah, Al-Quds. Kejadian ini adalah sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang pemuda Palestin, Samer Sirhan, pada pagi Rabu tersebut.

Sumber tempatan menyebut pertempuran bertumpu di sekitar kawasan kejiranan Wadi Helwa di mana terdapat pos ketenteraan Zionis. Saksi menyatakan bahawa para pemuda Palestin mula membaling batuan dan bom Molotov ke arah pos ketenteraan di Silwan, sebagai menunjukkan kemarahan mendalam mereka terhadap aksi tembakan rambang ke atas warga Palestin oleh pihak penjenayah Zionis yang mebunuh As-Syahid Samer Sirhan, ayah kepada 5 orang anak yang tinggal di kejiranan Bustan. Seorang tentera Zionis dilaporkan cedera dalam pertempuran ini.

Pihak berkuasa Zionis mengarahakan sejumlah besar tentera dan pihak berkuasanya untuk menutup pintu masuk ke kawasan tersebut dan menyembur gas pemedih mata kepada warga Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Mesyuarat Fayyad, Ayalon berakhir secara tiba-tiba akibat pertikaian mengenai penyelesaian dua negara

Khamis ,23/09/2010 – Delegasi membatalkan sidang akhbar bersama selepas mesyuarat Ad Hoc NY Liaison Committee, yang menyelaraskan bantuan kewangan untuk Palestin.

Mesyuarat Ad Hoc Liaison Committee, yang menyelaraskan bantuan kewangan untuk Palestin, berakhir tiba-tiba Selasa lalu di New York kerana pertikaian antara Perdana Menteri Palestin Salam Fayyad dan Timbalan Menteri Luar Negeri Danny Ayalon mengenai syarat-syarat penyelesaian dua-negara.

Ayalon membatalkan sidang akhbar bersama-sama dengan Fayyad yang dijadualkan selepas mesyuarat.

“Kami tidak mencapai kata sepakat kerana Palestin tidak bersetuju dengan syarat-syarat dari penyelesaian dua-negara,” kata Ayalon kepada Haaretz.

sumber : Haaretz
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar tindakan Mesir menahan pegawai atasannya

Khamis ,23/09/2010 – Gerakan Islam Hamas di Gaza mengutuk tindakan Mesir menahan salah seorang pegawai atasannya dengan menyifatkannya sebagai satu tindakan Kaherah yang sangat berbahaya.

“Kami menyifatkan perlakuan ini sangat merbahaya,” jurucakap Hamas Fawzi Barhum memberitahu wartawan di Gaza setelah penangkapan Mohammed Dababesh di Lapangan Terbang Kaherah pada minggu lepas. “Apabila kami menghubungi pihak berkuasa Mesir, kami berasa terkejut dengan sikap menangguh-nangguh dan berlengah yang boleh membahayakan nyawa saudara kami Dababesh. Pihak berkuasa Mesir belum memberi sebarang penjelasan terhadap perkara ini.”

Dababesh yang dipercayai merupakan ketua keselamatan dalaman Hamas disyaki atas penglibatan dalam kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan Mesir, akhbar Al-Ahram di Mesir melaporkan pada Isnin.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

PKK mendesak pemimpin Israel untuk memutuskan hubungan tentera Turki

Khamis ,23/09/2010 – Komandan kumpulan militan dari Parti Pekerja Kurdistan (PKK) pada Selasa lalu mendesak Israel untuk memutuskan hubungan ketenteraan dengan Turki yang digambarkan sebagai musuh mereka bersama.

“Kami menuntut agar Israel berhenti membantu mereka yang berusaha untuk menghancurkan perjuangan kami bagi menuntut kebebasan,” kata Murat Karayilan, wakil ketua PKK yang dipenjara penjara, Abdullah Ocalan dalam wawancara dengan stesen televisyen Israel, Channel 2 dari tempat persembunyiannya di kawasan pergunungan utara Iraq .

Hubungan antara Israel dan Turki mencapai titik terendah dalam sejarah selepas sembilan aktivis Turki terbunuh dalam serangan komando Israel terhadap sebuah kapal bantuan yang disokong Turki pada Mei lalu ketika melakukan perjalanan ke Semenanjung Gaza.

sumber : Haaretz
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Penangkapan Ahli Parlimen Hamas, Abbas Menjadi Orang Suruhan Penjajah

Khamis ,23/09/2010 – Gerakan pejuang Hamas mengungkapkan kecamannya terhadap tindakan jahat tentera Abbas di Tebing Barat yang menangkap Ir. Abdurrahman Zaidan. Hamas menganggap penangkapan Zaidan merupakan penodaan terhadap undang-undang sekaligus menjadi orang suruhan penjajah.

Hamas menganggap penangkapan tersebut sebagai melanggar undang-undang Palestin. Beliau mendakwa Mahmud Abbas bertanggungjawab penuh atas tindakan tersebut. Abbas bertanggungjawab atas keselamatan anggota parlimen yang ditangkap selama ini oleh tenteranya. Di sisi lain, gerakan Hamas menyeru semua anggota parlimen dari pelbagai pihak dan fraksi Palestin mengecam tindakan semberono dan segera menghentikan tindakan tidak bertamadun tersebut.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Gaza Alami Kekurangan Sumber Makanan

Rabu ,22/09/2010 – Para penganalisis pertanian dan makanan menegaskan bahawa Semenanjung Gaza mengalami kekurangan sumber makanan, peningkatan pengangguran serta penurunan import dan eksport bahan makanan. Mereka memohon tindakan segera untuk menggalakkan pasaran tempatan di Gaza dengan cara mengaktifkan bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah dan pengembangan pertanian kepada para pertani.

Ketua delegasi Belanda ke Semenanjung Gaza, Jack Twis, dalam satu latihan kerja yang diselenggarakan Lembaga Pengembangan dan Bantuan Pertanian di Gaza, menegaskan, Isnin (20/9), bahawa para petani Semenanjung Gaza mengalami kerugian besar dan kerosakan yang sangat banyak terhadap pertanian mereka. Ia membahayakan bidang pertanian, yang merupakan sumber utama ekonomi Gaza.

Beliau menegaskan bahawa delegasinya akan melakukan kerjasama dengan jawatankuasa-jawatankuasa kampung di Gaza untuk melancarkan dua projek yang bertujuan untuk memperkuat dan menggalakkan pertanian yang menghasilkan produk eksport di Semenanjung Gaza untuk meningkatkan pasaran. Projek ini melibatkan dana 45% dari jumlah anggaran untuk penanaman 300 hektar mawar bagi 50 petani, 350 hektar buah-buahan untuk 80 petani, 52 hektar sayur-sayuran untuk 25 petani. Diharapkan hasil akhir mencapai 30 juta mawar dan 700 ton buah-buahan dan sayur-sayuran.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis memecah masuk penjara Ramon dan menyerang tahanan

Rabu ,22/09/2010 – Ahrar, Pusat Pengajian Tahanan dan Hak Asasi Manusia melaporkan bahawa tentera Zionis telah memecah masuk ke penjara Ramon dan menyerang puluhan tahanan. Menurut laporan, kejadian yang berlaku pada malam Isnin itu turut disusuli dengan beberapa pertengkaran.

Tentera Zionis yang terdiri daripada ahli Nahason dan Pasukan Mitzada, menceroboh masuk ke sel-sel tahanan dan melakukan sabotaj ke atas harta benda di situ dengan dalih mencari sel-sel tersebut.

Fuad al-Khoffash, Ketua Pusat Ahrar, melaporkan bahawa serangan itu bukanlah yang pertama seumpamanya. Dalam beberapa hari terakhir tentera zionis telah menceroboh masuk ke sel-sel tahanan berdekatan dengan penjara Hadarim. Mereka mencari sel dan menempatkan sejumlah tahanan dalam kurungan sel berasingan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Ceroboh Bil’in Untuk Menculik Remaja

Rabu ,22/09/2010 –Seorang tentera Israel mencerobohi Kampung Bil’in berdekatan pertengahan Tebing Barat bandar Ramallah pada tengahari Isnin.

Eyad Burnat, ketua jawatankuasa menentang pembinaan tembok dan penempatan di kampung tersebut memberitahu IMEMC bahawa tentera Israel menyerbu beberapa rumah dalam usaha menangkap remaja tempatan. Walau bagaimanapun, tiada tangkapan dapat dilakukan.

Semasa pencarian tersebut, Burnat menambah, pihak tentera menyembur gas beracun. Tindakan itu dibalas oleh remaja tempatan dengan balingan batu.  Sekurang-kurangnya 12 orang awam terpaksa dirawat akibat semburan gas beracun.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati