
Selasa, 02/11/2010 – PM Palestin Ismail Haniyah menegaskan bahawa ancaman Zionis untuk melancarkan perang dan agresi baru ke Gaza hanyalah sekadar perang psikologi denagn tujuan untuk melemahkan semangat rakyat Palestin dan kumpulan pejuang Palestin. Ancaman itu juga menakut-nakutkan sukarelawan antarabangsa ke Gaza bagi menyampaikan bantuan.
Haneya menyatakan para pemimpin Zionis-Israel masih takut dengan bayang-bayang mereka sendiri, terutamanya laporan Goldstone dan serangan ke atas flotila Mavi Marmara. Pemimpin Zionis Israel juga tidak berani untuk ke luar negara kerana mereka akan berdepan kecaman dari pemimpin negara lain.
Dalam keadaan Zionis-Israel cuba untuk melumpuhkan segala kegiatan di Gaza, Hamas dan rakyat Palestin terus bangkit dalam meneruskan perjuangan dan pembangunan Gaza.
sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair