Categories
Berita Semasa

Netanyahu: “Saya Tidak Mencadangkan Rakyat Amerika Untuk Memperluaskan Pembekuan”

Khamis, 02/09/2010 – Perdana Menteri Negara haram Israel, Benjamin Netanyahu, berkata kepada para menterinya pada hari Ahad bahawa dia tidak pernah melakukan perjanjian dengan kerajaan AS untuk melanjutkan pembekuan penjajahan di Tebing Barat.

Ketika pertemuan Netanyahu berkata ” Kami mengatakan bahawa masa depan masyarakat akan dibahas sebagai salah satu perkara dalam penyelesaian akhir bersama dengan isu-isu lain. Kami tidak melakukan apa-apa perjanjian tentang isu ini dengan rakyat Amerika .. ”

Minggu lalu Netanyahu dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas menerima jemputan dari Rumah Putih untuk memulakan perbincangan damai secara langsung pada 1 dan 2 September.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Kapal “Gaza” bersedia untuk bantuan kemanusiaan Pakistan

Rabu, 01/09/2010 – Kapal “Gaza” sedang bersiap sedia untuk berlayar membawa misi bantuan kemanusiaan yang baru, kali ini ke Pakistan, yang teruk dilanda bajir kilat. Kapal ini adalah salah satu dari anak kapal armada “Freedom Flotilla” yang telah diserang tanpa hak oleh pasukan tentera Zionis bulan Mei lalu.

Dipetik daripada “Al-Jazeera Net”, Pengerusi Suruhanjaya Bantuan Kemanusiaan, Bulent Yildirim, menegaskan bahawa armada ini akan tetap meneruskan misi bantuan kemanusiaannya, “meskipun maih terluka akibat serangan “Israel” ke atasnya di perairan antarabangsa semasa armada ini dalam perjalanannya membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan yang yang menghadapi krisis dan peperangan yang lalu”.

Jelas Yildirim lagi, kapal akan bertolak dari Pelabuhan Iskenderun, Turki, sambil membawa bahan bantuan untuk rakyat Pakistan. Pakistan sedang menghadapi krisis kemanusiaan terburuk dalam sejarahnya apabila dilanda banjir yang memusnahkan lebih satu perlima dari negara ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

AS menyediakan bahan bakar kepada Israel untuk tujuan ketenteraan

Rabu, 01/09/2010 – Amerika Syarikat telah memutuskan untuk menyediakan sejumlah besar bahan bakar kepada pendatang Israel untuk tujuan ketenteraan. Ia termasuklah bahan bakar untuk kapal terbang perang dan helikopter juga untuk kenderaan ketenteraan sebagai pembawa askar dan lain-lain.

Menurut laman Israel “Tech Deepak”, dengan bahan bakar yang dianggarkan bernilai hampir 2 billion syikal itu, tentera zionis Israel dijadualkan akan menerima 1.075 billion liter bahan bakar jet, dan seribu liter bahan bakar untuk kereta kebal serta 227 liter bahan bakar untuk pelbagai kenderaan militan.

Lawan web ini mengesahkan bahawa sebagai langkah kerjasama ketenteraan, Pihak Agensi US akan membekalkan bahan mentah sejumlah yg diperuntukan oleh Kongres US pada 6hb ini. Iaitu 10 hari selepas menyasarkan tangki minyak Jepun yang berada di selat Horrus di Wilayah perairan Oman.

Sumber-sumber keselamatan Israel mendakwa bahawa bot Saudi yang dilancarkan dari Iran di bawah naungan Pengawal Revolusi Iran, adalah bot yang melakukan serangan terhadap kapal tangki Jepun.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Buka Tembakan Terhadap Nelayan di Rafah

Rabu, 01/09/2010 – Kapal ronda Israel yang ditempatkan di pantai Rafah, selatan Jaluran Gaza, melepaskan tembakan ke arah pantai Rafah menggunakan senjata mesingan dan bom roket terhadap kapal-kapal nelayan Palestin tetapi tiada yang terkorban.

Sumber-sumber tempatan di bandar Rafah mengatakan bahawa kapal ronda Israel menembak perahu nelayan sekali sekala sementara mereka berada di laut di Rafah dari masa ke masa, memaksa beberapa nelayan untuk keluar dari laut. Nelayan Palestin menghadapi gangguan hampir setiap hari dari tentera Zionis yang tersebar dalam kapal ronda sepanjang pantai di Jaluran Gaza, yang mengakibatkan kecederaan, hasil nelayan terganggu selain kerosakan material serius untuk perahu mereka, serta siri penangkapan terhadap mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Mossad Bunuh Pemimpin Al Qassam Dengan Cara Yang Keji

Rabu, 01/09/2010 – Dengan cara yang hampir serupa dengan pembunuhan Al-Mabhuh, Mossad membunuh salah seorang pemimpin Al-Qassam di Gaza, dua hari yang lalu.

Hasil pemeriksaan terhadap jasad pemimpin Al-Qassam yang meninggal di Gaza, Jum’at (27/8), Sami Annan (39 tahun), pihak keluarga merasa hairan dengan keadaan tubuh Annan. Sebelumnya mereka mengira Annan terbunuh dengan senjata biasa. Namun ternyata dibadannya terdapat beberapa tanda penyeksaan. Di tangan kirinya terdapat tanda suntikan racun manakala di bawah perutnya terdapat bekas rencatan elektrik.

Wartawan Quds Press dalam laporannya menyebutkan, pihak keluarga menolak kehadiran para pengunjung sebelum jelas siapa yang bertanggungjawab atas kematian saudaranya. Perlu dijelaskan, bahawa Sami Annan meninggal secara tidak wajar. Disuntik dengan racun yang tidak ada di Gaza serta direncat dengan aliran elektrik bervoltan tinggi. Mereka menuding pihak perisikan Zionis berada disebalik jenayah tidak berperikemanusiaan ini. Tidak ada yang pihak berkepentingan dengan matinya para mujahid kecuali perisikan Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Hamdan : Zionis dan Amerika periuk nasi Abbas

Rabu, 01/09/2010 – Usamah Hamdan, ahli jawatankuasa Biro Politik Hamas menyifatkan bahawa Presiden Fattah, Mahmoud Abbas, sebagai bertindak melampaui batas sewaktu rundingan kerana mengabaikan beberapa hak yang amat penting berkaitan isu Palestin. Katanya, “penyertaan Abbas di dalam rundingan hanyalah membuka lebih ruang bagi penjajahan”.

Hamdan menambah kenyataannya lagi sewaktu temubual bersama akhbar harian “Palestin”, terbitan hari Isnin (30 Ogos), “rundingan ini bertujuan untuk menjaga air muka Washington, di samping menjual peluang kepada penjajah (Zionis) dan dibayar dengan harga pencabulan hak Palestin”.

Hamdan menyambung, pasukan yang dipimpin Abbas cukup sedar bahawa kemandirian parti mereka di dalam politik ini bergantung sepenuhnya kepada Pentadbiran Amerika yang memberi mereka sokongan politik untuk terus memerintah Palestin, dan tegasnya lagi,”Abbas berada di dalam posisi di mana beliau tidak mampu untuk menolak atau membangkang keputusan rundingan dengan Zionis, dan ini disebabkan mereka telah menyerahkan diri bulat-bulat kepada Zionis dan Amerika,dan mereka akan terus bersekongkol dengan mereka walaupun sehingga ke tahap kerja yang paling rendah”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hebron: Rejim Zionis menahan 2 warga Palestin

Rabu, 01/09/2010 –Tentera rejim Israel menyerbu Kampung Saer di bandar Hebron, Tebing Barat pada hari Isnin. 2 warga Palestin ditahan, menurut laporan sumber tempatan.

Sumber-sumber keselamatan mengatakan, tentera rejim Israel menyerbu kediaman Zedan Al-Frokh dan menahan beliau. Manakala Eyad Mojahed pula ditahan hasil daripada serbuan kawasan-kawasan lain di bandar itu. Tentera rejim Israel juga berlegar-legar di sekitar bandar tersebut. 3 warga Palestin diarahkan untuk disoal-siasat oleh perisikan Israel, tambah sumber yang sama. Sumber turut mengesahkan tentera rejim Israel mengadakan serbuan di Kampung Bait Amra dan Kampung Kraz di selatan Hebron.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Haniyeh : Rakyat Palestin tidak akan benarkan perunding ketepikan hak-hak tanahair mereka

Selasa , 31/08/2010 – Ismail Haniyeh, Perdana Menteri dari pihak Hamas yang mentadbir Gaza menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak sesekali membenarkan para perunding (perjanjian damai) untuk mengabaikan hak-hak tanahair mereka.

Haniyeh mengeluarkan kenyataan itu dalam satu festival Ramadhan yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan kebajikan di Genting Gaza yang bertujuan memberi sokongan kepada keluarga-keluarga para tahanan politik Palestin,serta keluarga mereka yang cedera dan dibunuh oleh tentera rejim Zionis.

Pegawai Hamas mengkritik keputusan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang bersetuju untuk menyambung rundingan damai dengan kerajaan rejim Zionis pada bulan depan di Washington. “Tiada seorang perunding pun yang berhak menyerahkan Jerusalem dan hak-hak tanahair Palestin,” kata Haniyeh di hadapan 5 ribu orang yang menghadiri festival itu.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Stesen janakuasa Gaza beroperasi semula selepas rundingan Hamas

Selasa , 31/08/2010 – Satu-satunya stesen janakuasa di Genting Gaza beroperasi semula pada Rabu lepas selepas pihak pentadbiran Hamas mencapai persetujuan tentang pembayaran bahan api dengan seterunya, PA. Sumber kedua-dua pihak mengesahkannya.

“Bahan api telah digunakan di stesen janakuasa elektrik pada hari ini, membolehkan turbin kedua beroperasi dan seterusnya membenarkan elektrik dijanakuasa semula,” kata Suheil Skeik, ketua syarikat penyaluran kuasa elektrik Gaza. Pada Selasa lepas, pejabat Perdana Menteri (PA) Palestin, Salam Fayyad berkata agensi kelolaan Skeik

sumber : Yahoo! News
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Buka Tembakan Terhadap Nelayan di Rafah

Selasa , 31/08/2010 – Kapal ronda Israel yang ditempatkan di pantai Rafah, selatan Jaluran Gaza, melepaskan tembakan ke arah pantai Rafah menggunakan senjata mesingan dan bom roket terhadap kapal-kapal nelayan Palestin tetapi tiada yang terkorban.

Sumber-sumber tempatan di bandar Rafah mengatakan bahawa kapal ronda Israel menembak perahu nelayan sekali sekala sementara mereka berada di laut di Rafah dari masa ke masa, memaksa beberapa nelayan untuk keluar dari laut.

Nelayan Palestin menghadapi gangguan hampir setiap hari dari tentera Zionis yang tersebar dalam kapal ronda sepanjang pantai di Jaluran Gaza, yang mengakibatkan kecederaan, hasil nelayan terganggu selain kerosakan material serius untuk perahu mereka, serta siri penangkapan terhadap mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerbu kediaman di Bethlehem

Selasa , 31/08/2010 – Tentera rejim Israel menyerbu sejumlah kediaman di bandar Bethlehem, Tebing Barat pada hari Ahad. Sumber-sumber keselamatan menyatakan, tentera-tentera Israel itu menceroboh sebuah rumah di Kampung Al-Shwawra. Manakala, yang lainnya diserahkan kepada perisikan Israel untuk disoalsiasat.

Bandar Taqua juga telah diserbu selama berjam-jam, tambah sumber keselamatan itu. Sumber tersebut mengesahkan, tentera rejim Israel menggeledah sejumlah kediaman di bandar Hosan dan Bter.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mossad Bunuh Pemimpin Al Qassam Dengan Cara Yang Keji

Selasa , 31/08/2010 – Dengan cara yang hampir serupa dengan pembunuhan Al-Mabhuh, Mossad membunuh salah seorang pemimpin Al-Qassam di Gaza, dua hari yang lalu.

Hasil pemeriksaan terhadap jasad pemimpin Al-Qassam yang meninggal di Gaza, Jum’at (27/8), Sami Annan (39 tahun), pihak keluarga merasa hairan dengan keadaan tubuh Annan. Sebelumnya mereka mengira Annan terbunuh dengan senjata biasa. Namun ternyata dibadannya terdapat beberapa tanda penyeksaan. Di tangan kirinya terdapat tanda suntikan racun manakala di bawah perutnya terdapat bekas rencatan elektrik.

Wartawan Quds Press dalam laporannya menyebutkan, pihak keluarga menolak kehadiran para pengunjung sebelum jelas siapa yang bertanggungjawab atas kematian saudaranya. Perlu dijelaskan, bahawa Sami Annan meninggal secara tidak wajar. Disuntik dengan racun yang tidak ada di Gaza serta direncat dengan aliran elektrik bervoltan tinggi. Mereka menuding pihak perisikan Zionis berada disebalik jenayah tidak berperikemanusiaan ini. Tidak ada yang pihak berkepentingan dengan matinya para mujahid kecuali perisikan Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Bekalan elektrik terputus-putus menghangatkan Ramadhan di Gaza

Selasa , 31/08/2010 – Sesetengah penduduk tempatan menyalahkan parti-parti politik Palestin, sementara yang lain menyalahkan kekejaman rejim Zionis. Tidak kira apa alasannya, bekalan elektrik yang sering terputus-putus ketika gelombang bahang musim panas membakar, menjejaskan penduduk Gaza.

Komuniti yang terletak di persisiran pantai itu yang ditadbir oleh kumpulan pergerakan Islam, Hamas terputus bekalan elektrik sehingga 16 jam sehari di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, sehingga menjejaskan aktiviti perkumpulan keluarga serta merencatkan aktiviti perniagaan.

“Ini bukan kehidupan namanya,” kata Hassan Haweela, bapa kepada 8 orang anak yang duduk di koridor rumahnya. Rumah satu tingkatnya yang terletak di Kem Pelarian Jabalya, utara Genting Gaza kelihatan tidak terurus.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Israel menutup masjid Ibrahimi selama 10 hari. Pandatang Yahudi dibenarkan memasukinya manakala Muslim dihalang.

Isnin , 30/08/2010 – Pihak berkuasa penjajah Israel mengumumkan semalam bahawa Masjid Ibrahimi di Hebron akan dibuka sepenuhnya sebelum penduduk Israel mendudukinya di bulan suci Ramadhan, sempena menyambut hari ”pengampunan” Yahudi. Pada acara itu, masjid itu akan ditutup sepenuhnya kepada penganut Muslim.

Radio Israel mengatakan bahawa tentera regim zionis membenarkan pembukaan masjid itu khusus untuk pendatabg Yahudi selama tempoh sepuluh hari bermula dengan Tahun Baru Yahudi dan diakhiri dengan Hari Perdamaian (Hari Pengampunan). Radio regim Israel menambah bahawa keputusan itu dibuat atas permintaan yang diajukan oleh panjajah Yahudi, Lembaga Daerah Kiryat Arba.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Haniyeh : rundingan sia-sia, bukan bantu rakyat.

Isnin , 30/08/2010 – Perdana Menteri, Ismael Haniyeh menegaskan bahawa perundingan dua hala oleh “Pentadbiran Fattah” yang kononnya membincangkan masa depan penjajahan (Zionis terhadap Palestin) sebagai, “rundingan yang sia-sia, memburukkan keadaan dan langsung tidak bermanfaat”, dan tambahnya lagi, “rundingan adalah tidak sah dari segi perlembagaan, perundangan, mahupun berpaksikan rakyat atau Negara, tetapi sebaliknya ia memburukkan lagi proses baik pulih Negara Palestin”.

Haniyeh mejelaskan, dalam ucapannya sempena majlis berbuka puasa mega anjuran badan-badan kebajikan di Khan Younis, hari Khamis yang lalu (26 Ogos), yang dijalankan khas buat kaum keluarga para Syuhada’, tahanan, mereka yang cedera dan orang yang memerlukan bantuan khas, bahawa Kerajaan Palestin akan terus menyokong pendirian rakyat Palestin, serta memberi sepenuh komitmen untuk membantu para pejuang yang ditahan, mereka yang cedera dan lain-lain lagi.

Perdana menteri menambah lagi bahawa kejadian seperti ini menguatkan lagi bukti kekejaman Penjajah Zionis, dan keganasan yang mereka rancang terhadap rakyat Palestin, dan pada masa yang sama, mendedahkan sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa dan global terhadap apa yang berlaku kepada masyarakat Palestin baik dari segi pembunuhan, pemusnahan perkampungan, penahanan serta pencabulan hak asasi mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen