
Isnin ,25/10/2010 – Rombongan para peserta konvoi “LifeLine 5” mula memasuki Gaza pada petang hari Khamis (21 Oktober) melalui gerbang Rafah.
Sumber tempatan Palestin melaporkan bahawa para peserta konvoi sampai pada pukul 3.30 p.m hari Khamis waktu tempatan Gaza, tanpa sebarang trak dan pengangkutan yang dibawa mereka. Sumber media dari biro Palestin yang berfungsi untuk memecahkan tembok gaza dan menyambut konvoi berkata bahawa kapal memerlukan 2 hari untuk memindahkan kesemua barangan daripada Pelabuhan Arish ke Gaza melalui pintu Rafah dan dijangka akan tiba pada hari Sabtu atau Ahad.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen
One reply on “LifeLine 5 masuki Gaza”
Alhamdulillah, berjaya sudah rombongan Life Line 5 masuki Gaza setelah mengharungi pelbagai onak duri…Syukur pada Ilahi, moga segaa urusan dipermudahkanNya!! (^_^)