Khamis, 04/12/2008 –MP Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa terkemuka anti pengepungan Rabu lalu menegaskan pelayaran akan diteruskan hingga ke Gaza demi memecahkan pengepungan yang semakin mengganas.
Khamis, 04/12/2008 –MP Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa terkemuka anti pengepungan Rabu lalu menegaskan pelayaran akan diteruskan hingga ke Gaza demi memecahkan pengepungan yang semakin mengganas.
Rabu, 03/12/2008 –Ahli Parlimen Jamal Al-Khudari, selaku ketua jawatankuasa anti pengepungan berkata kapal dari Libya yang membawa tiga ribu tan makanan alat perubatan pada Selasa lalu cuba memasuki perairan Gaza tetapi ditahan oleh bot-bot tentera laut Israel.
Rabu, 03/12/2008 –Dua orang remaja Palestin menjadi syahid selepas terkena bedilan udara tentera Israel berdekatan lapangan terbang Gaza timur bandar Rafah selatan Gaza.
Rabu, 03/12/2008 – Beratus pelampau Yahudi menyerang rumah penduduk Palestin di selatan Tebing Barat bandar al-Khalil menyebabkan kecederaan kepada lebih 35 orang yang kebanyakkannya adalah kanak-kanak termasuk 3 wartawan.
Rabu, 03/12/2008 –Lembaga Kemanusiaan Palestin hari ini mengecam penipuan yang dilakukan dalam perbicaraan ahli parlimen Palestin yang mana mereka telah diculik oleh Zionis-Israel.
Selasa, 02/12/2008 –MP Jamal Al-Khudari pengerusi jawatankuasa anti-sekatan Gaza, telah menelefon kapal Libya Marwa pada hari Ahad dan berkata kapal itu dalam perjalanan dan dijangka berlabuh di Gaza pagi Isnin walaupun diugut oleh Israel untuk menghalangnya.
Selasa, 02/12/2008 –Akaun bantuan makanan untuk lebih dua pertiga dari USD462 juta telah dipohon oleh agensi PBB dan NGO bagi membiayai program di kawasan Palestin yang di takluk. Akaun makanan berjumlah USD 209.4 juta diikuti oleh bantuan tunai (USD 133.3 juta) dan perlindungan serta kerja kecemasan, air dan saliran.
Jumaat, 28/11/2008 –Jawatankuasa Kerajaan Anti-Sekatan meminta para Menteri Luar Arab untuk mempercepatkan proses penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui sempadan Rafah.
Jumaat, 28/11/2008 –Stesen janakuasa Gaza mengumumkan Khamis lalu bahawa beberapa rangkaian bekalan elektrik di Semenanjung telah rosak berikutan keengganan Israel membenarkan kemasukan barang ganti ke Semenanjung Gaza untuk menjalankan kerja penyelenggaraan.
Jumaat, 28/11/2008 –
Pergerakan Hamas Khamis lalu menyatakan bahawa keputusan yang diambil oleh menteri-menteri luar Arab ketika pertemuan mereka di Kaherah tidak memenuhi aspirasi penduduk Palestin dalam memecahkan kepungan dan mengenakan syarat-syarat dialog, sambil menunjukkan kebebasan ke arah dialog masih ada.
Khamis, 27/11/2008 –Askar-askar penceroboh Israel Rabu lalu telah menembak secara membuta tuli terhadap sekumpulan kanak-kanak berhampiran lintasan sempadan Semenanjung Gaza di utara Beit Hanun (Erez).
Khamis, 27/11/2008 –Laporan siasatan yang disediakan oleh akhbar Israel, Haaretz, mendedahkan bahawa tentera Israel, di bawah arahan rasmi, boleh melakukan serangan mati terhadap pejuang-pejuang Palestin yang “dikehendaki” kerana mereka dianggap seperti “bom jangka” walaupun dalam sesetengah keadaan, tentera israel mampu menangkap sahaja pejuang-pejuang tersebut.
Khamis, 27/11/2008 –PM Palestin, Ismail Haniyah mengecam berlanjutannya sekatan terhadap Semenanjung Gaza yang sudah memasuki tahun ketiga. Sekatan ini menjadi sebab terjadinya tragedi kemanusiaan.
Khamis, 27/11/2008 –Sebuah badan kebajikan dan lima orang bekas pemimpinnya telah didapati bersalah oleh mahkamah US Isnin lalu kerana menghantar berjuta wang kepada Hamas.
Khamis, 27/11/2008 –Mohamed Akef, ketua pergerakan Ikhwanul Muslimin, pada hari Selasa menggesa rakyat Mesir menyertai konvoi bantuan ke Gaza yang sedang dikenakan sekatan oleh Israel sambil menekan betapa pentingnya penyertaan untuk sama-sama menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin yang ditindas dengan kejamnya.