Categories
Berita Semasa

Majdi Hussein: Perjuangan Gaza kalahkan Zionis Israel.

Isnin, 02/02/2009 – Ketua Parti Buruh Mesir, Dr Majdi Hussein mengatakan, perjuangan rakyat Gaza telah mengalahkan serangan Zionis Israel.  Dalam pernyataan akhbarnya Sabtu (31/1) setelah pulang dari Gaza Hussein mengatakan, kemenangan perjuangan di Gaza semakin meningkatkan sokongan masyarakat terhadap pilihan perlawanan. Hal ini menunjukkan perjuangan dan kemenangan Hamas telah mengangkat darjat masyarakat Arab dan Islam.

Beliau mengungkapkan rasa terkejut terhadap kesan kemusnahan di semua sektor yang dialami rakyat Gaza. Sasaran serangan Israel pada perang yang baru lepas adalah untuk menundukan rakyat Palestin dan perjuangannya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

3 replies on “Majdi Hussein: Perjuangan Gaza kalahkan Zionis Israel.”

wujud, memang wujud.. pemimpin islam (pada nama) yg berfikiran sekular lagi banyak. Umat islam perlu sedar hakikat berbeza dan kontra antara islam yg sebenar dgn sekular, yahudi dll selain islam.. kerana di sisi ALLAH hanya-ISLAM YG SEBENAR diiktiraf oleh-NYA

Comments are closed.