
Jumaat, 27/03/2009 – Dr Mahmoud al-Zahhar, seorang pimpinan HAMAS dan ahli parlimen Palestin menegaskan matlamat utama yang ingin dicapai oleh HAMAS dalam perbincangan yang sedang berlangsung di Kaherah ialah menghalang daripada berulangnya pengalaman lalu apabila beberapa kumpulan Palestin tidak memberikan komitmen terhadap keputusan perbincangan tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa HAMAS sekarang lebih kuat selepas serangan terhadap Gaza baru-baru ini.












