Categories
Berita Semasa

Netanyahu buat rundingan sulit

Rabu, 05/05/2010 – Perdana Menteri Israel, Beniamyin Netanyahu mengarahkan rundingan tidak langsung yang akan diadakan beberapa hari lagi merupakan rahsia dan kenyataan kepada media tentang apa yang berlaku dalam rundingan untuk mencapai perjanjian tidak akan diberikan jika ia benar-benar terjadi.

Menurut sumber, Netanyahu juga meminta baik Amerika Syarikat mahupun Palestin agar tidak membocorkan apa sahaja maklumat kepada media mengenai kemajuan rundingan sehingga mereka dapat mencapai kesepakatan di luar daripada media dan pendedahan mesyuarat itu mungkin menghalang tercapainya persetujuan akhir.

Netanyahu meminta anggota kerajaan dan para pekerja di pejabatnya menjaga kerahsiaan semua perincian yang berkaitan dengan perundingan, mahupun mengalihkan maklumat kepada media dan ini juga ditunggu dari pihak Palestin dan Amerika Syarikat

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijaz

Categories
Berita Semasa

Penjaga sempadan Mesir bunuh 2 penceroboh

Rabu, 05/05/2010 – Sumber keselamatan melaporkan bahawa seorang pendatang Eritrea dan seorang lagi pendatang negara Afrikayang tidak dikenalpasti ditembak mati oleh polis Mesir semasa cuba untuk menyusup ke Israel melintasi sempadan antarabangsa.

Sumber tersebut mengatakan bahawa pendatang Eritrea yang berusia 35 tahun, meti di pos No.13, selatan sempadan Rafah dengan Gaza, sementara pendatang Afrika yang tidak dikenalpasti itu mati di pos berikut.

Penjaga sempadan Mesir mengesahkan bahawa mereka telah menggagalkan pencerobohan lima pendatang Eritrea dan seorang pendatang Afrika Selatan di salah satu kawalan pos. Jumlah kematian pendatang Afrika yang ditembak mati di sepanjang sempadan Mesir adalah 8 orang setakat ini.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

11 syahid dan 285 ditahan bulan lalu

Rabu, 05/05/2010 – Laporan yang dikeluarkan oleh Yayasan Solidariti Hak Asasi Manusia Sedunia pada hari Isnin (3/5) menunjukkan 11 orang warga Palestin telah syahid di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza akibat pencerobohan yang dilakukan regim Zionis sepanjang bulan lalu; 6 di Tebing Barat dan 5 di Gaza.

Antara yang syahid di Tebing Barat ialah 2 orang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Mereka yang syahid ialah dua kanak-kanak adik-beradik, Juna Ali Husain Fuqaha’, 5 tahun dan kakaknya, Maassah, 6 tahun dari Jenin, Tubash. Kedua-duanya syahid setelah sebuah jib tentera Zionis yang dipandu laju merempuh traktor yang dinaiki keluarga terbabit dari arah belakang. Juga yang syahid seorang perempuan Samr Saif Ridwan, 21 tahun dari al-Laban, dekat Ramallah. Beliau syahid akibat mengalami kecederaan serius selepas dirempuh dengan sengaja oleh seorang Yahudi yang tinggal di penempatan yang kemudian melarikan diri. Seorang lagi, al-Musinn Muhammad Dhamin Abdul Karim ‘Aliyyat, 62 tahun dari kampung Deir Dha’if dekat Jenin yang syahid akibat serangan jantung setelah terlalu lama menunggu di sekatan tentera berdekatan Tubash semasa dalam perjalanannya ke Jordan. Dia juga warganegara Perancis.

Seterusnya, seorang tahanan bernama Ra’id Abu Hammad, 27 tahun dari al-‘Izriyyah dekat bandar al-Quds. Beliau syahid dalam penjara Bi’r al-Sab’ dan beliau dikurung secara bersendirian semenjak setahun setengah yang lalu. Seterusnya Ali Ismail Ali al-Suwaiti, 45 tahun dari Beit ‘Awa, dekat dengan bandar al-Khalil yang dibunuh oleh tentera Zionis setelah rumahnya dikepung dan dirobohkan. Beliau adalah anggota ‘Briged al-Qassam’ HAMAS dan sangat dikehendaki oleh pihak Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Haniyeh mengajak bangsa Arab menyokong usaha kebaikan (Fatah dan Hamas) dan bukan bermaksud rundingan damai

Selasa, 04/05/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh mengajak bangsa arab supaya menyokong usaha untuk memperbetulkan segala perselisihan faham (antara Fatah dan Hamas) dan bukan bermaksud melakukan rundingan damai. Beliau meluahkan rasa penyesalannya terhadap keputusan Pemantau Jawatankuasa Tinggi Arab yang telah memberi maksud rundingan damai secara tidak langsung antara kerajaan Fatah dan Kerajaan Zionis.

Haniyeh berkata dalam kunjungannya ke Jabatan Tenaga Kerja pada hari Ahad (2-5). “Amat mendukacitakan keputusan yang telah dikeluarkan oleh Pemantau Jawatankuasa Tinggi Arab – yang telah memantau perkembangan isu Palestin dan telah membuat keputusan dimana, keputusan tersebut -amat berbahaya dan berpihak kepada resolusi zionis, melalui dasar membangunkan kota dan penempatan baru Yahudi, disamping strategi untuk menghapuskan penempatan Palestin.

Perdana Menteri berkata rundingan damai ini tidak banyak berbeza dengan yang sebelum ini dan ianya sama sekali tidak akan berlaku pembaharuan atau memberi kebaikan kepada rakyat Palestin, malah ianya akan membuahkan natijah yang baru kepada strategi yang telah dirancang oleh bangsa Yahudi dan merugikan strategi yang telah dirancang oleh bangsa arab sendiri (dalam isu Palestin).

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Briged Al-Aqsa dedahkan pengkhianatan Dahlan

Selasa, 04/05/2010 – Briged Syuhada Al-Aqsa mengkritik dan memdedahkan kerja-kerja jahat yang dilakukan oleh Muhammad Dahlan. Dahlan juga merupakan pemimpin Fatah dan boneka kepada Amerika Syarikat. Banyak bukti yang menunjukkan kerja-kerja jahat Dahlan, antaranya :

– Mengupah pembunuh upahan untuk membunuh pimpinan Fatah, Muhammad Abu Sya’ban dan As’ad Shaftawi

– Terlibat dalam kerja memecahbelahkan kumpulan di Gaza dan menyalurkan maklumat-maklumat HAMAS ke Amerika Syarikat

– mendapat bantuan kewangan jutaan dollar bagi mematikan HAMAS di Gaza

Dalam kenyataan itu juga, Briged Al-Aqsa menegaskan Dahaln tidak mewakili sesiapa kecuali dirinya sendiri.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Israel sekat seramik untuk proses baiki Masjid Al Aqsa

Selasa, 04/05/2010 – Sheikh Azzam Khatib, Pengarah Pejabat Wakaf di Jerusalem, menegaskan bantahn mereka ke atas tindakan Israel menghalang kemasukan bahan-bahan yang diperlukan untuk pemulihan Masjid Al-Aqsa dan gangguan di seluruh urusan dengan mendakwa kedaulatan sepenuhnya ke atas Masjid Aqsa.

Khatib membuat kenyataan atas dasar Israel yang terus dalam menyekat kemasukan 168 buah kotak yang mengandungi seramik berwarna yang diperuntukkan untuk pembaikan Masjid Al-Aqsa, yang disumbangkan oleh kerajaan Turki, dan menambah bahawa seramik baru ini adalah yang sama yang digunakan untuk mencipta kubah sekitar 120 tahun yang lalu, dan berasal dari daerah “Kütahya” yang terkenal dengan mutu kualiti tinggi, diketahui bahawa harga satu bahagian darinya adalah 80 Euro, kerana ianya dihasilkan secara manual.

Dia menambah, pemulihan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemulihan Masjid Al-Aqsa dengan kerjasama jurutera Turki dan dijangka akan mengambil masa dua bulan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerang para demonstran.

Selasa, 04/05/2010 – Tentera Israel petang Sabtu lalu telah menyerang demonstrasi aman membantah penempatan baru dan sedang dilakukan terhadap penduduk bandar Beit Ummar, utara bandar Tebing Barat selatan Hebron.

Sumber tempatan melaporkan tentera telah melakukan serangan terhadap himpunan yang diadakan secara mingguan itu dengan melepaskan gas pemedih mata serta bom tangan kepada puluhan penunjuk perasaan, termasuk aktivis keamanan antarabangsa yang berbaris menuju daerah Palestin yang terletak berdekatan wilayah penempatan haram Tzu Karmei.

Puluhan penduduk menerima rawatan daripada tenaga perubatan selepas menghidu gas yang dilepaskan oleh tentera. Mohammad Ayyad, jurucakap media dari Projek Solidariti Palestin juga telah terkena bom gas di mukanya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera serang penunjuk perasaan anti tembok di Bethlehem dan menahan seorang kanak-kanak

Selasa, 04/05/2010 – Beberapa penduduk awam telah dirawat lerana tersedut Gas pemedih mata dan seorang kanak-kanak ditahan oleh tentera yang menyerang penunjuk perasaan memprotes pembinaan tembok di perkampungan Wallajeh berdekatan Bethlehem, selatan Tebing Barat.

Penduduk kampung Al Wallajeh yang disertai penyokong dari Israel dan Antarabangsa telah berarak Selasa lalu ke tanah mereka yang sedang dibina tembok oleh rejim Israel dan menuntut kerja-kerja tersebut dihentikan.

Tentera bagaimanapun, menggunakan gas pemedih mata untuk membubarkan protes itu dan menahan remaja beusia 14 tahun Nabeel Hajahjah dari kampung itu dan membawa beliau ke tempat yang tidak diketahui.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : aznil

Categories
Berita Semasa

Pekerja Palestin meninggal dalam keadaan misteri

Selasa, 04/05/2010 – Kesatuan Sekerja Palestin Persekutuan mengetahui daripada sumber palestin, bahawa Qassim Abdul-Jabbar Ishtiyah, 38, dari Nablus, meninggal di “Holon” berdekatan Tel Aviv, di Wilayah haram Israel dalam keadaan misteri.

Sumber berkata “Ishtiyah” bekerja mengecat kereta di “garage” Israel, dia kini di Hospital “Jenson” , dan polis Israel akan memindahkan jenazah pekerja Palestin itu ke autopsi untuk menentukan punca kematiannya, manakala ibubapa dan sanaksaudaranya menolak sebarang autopsi dan sebarang laporan yang dikeluarkan selepas autopsi tidak akan diambil sebagai maklumat atau bukti byang boleh dipercayai.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Dua beradik terbunuh, ayah dan abang cedera selepas dirempuh tentera Israel.

Isnin, 03/05/2010 – Sumber daripada pihak kesihatan Palestin melaporkan pada Rabu, dua kanak – kanak perempuan yang berumur 8 dan 10 tahun terbunuh manakala ayah dan abang mengalami cedera selepas tentera Israel merempuh mereka dengan jip di Al Baida, Lembah Jordan

Sumber melaporkan Foqaha, 6 tahun dan kakaknya Masa, 10 tahun mati serta merta sementara ayah mereka, Imad 40 tahun, dan abang, Hussein, 11 tahun telah mengalami cedera.

Sumber tempatan melaporkan yang mangsa dan keluarga dalam perjalanan pulang dari mengerjakan ladang mereka.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Haniyeh kenalpasti titik perhubungan dengan delegasi dari Fatah atas lawatan mereka ke Gaza

Isnin, 03/05/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh telah mengenalpasti titik perhubungan antara gerakan Hamas dan Fatah dengan lawatan yang dilakukan JawatanKuasa Pusat bagi pimpinan Fatah ke Gaza untuk berbincang dengan pimpinan Hamas bagi mencari jalan perdamaian dan usaha dialog antara kedua-dua gerakan, dan beliau menyambut baik setiap lawatan yang dilakukan untuk tujuan ini.

Haniyeh berkata demikian dalam satu majlis yang diadakan oleh kerajaan bagi meraikan badan-badan media di Bandar Gaza pada Khamis petang (29-4), dan beliau menambah lagi dengan katanya “hubungan antara kedua-dua gerakan tersebut akan berterusan untuk mencapai jalan perdamaian di peringkat nasional dan menamatkan bentuk-bentuk perpecahan.

Ismael Haniyeh menambah lagi : “kami tidak meminta supaya ditambah atau dihapuskan di dalam catatan kerajaan Mesir, tapi kami menuntut supaya dilaksanakan apa yang telah disepakati,” merujuk pada kuasa veto AS, yang merupakan penyebab gagalnya usaha perdamaian, di samping mendesak supaya kerajaan Mesir , harus berlapang dada dan mampu menerima segala butiran yang telah disepakati. (kerajaan Mesir sebagai orang tengah dalam usaha mencari kata sepakat antara Hamas dan Fatah)

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Al-Rashq kutuk hukuman terhadap pihak yang membantu perjuangan di Gaza

Isnin, 03/05/2010 – Seorang pimpinan HAMAS, menegaskan bahawa hukuman yang dikenakan oleh badan kehakiman Mesir terhadap beberapa anggota unit Hizbullah yang berpengkalan di Lubnan bermotifkan politik. Beliau juga menegaskan bahawa sokongan terhadap pihak pejuang adalah satu tindakan yang sepatutnya dipuji bukan dianggap sebagai jenayah.

Ezzat al-Rashq, seorang anggota biro politik HAMAS menegaskan dalam satu kenyataan kepada Agensi ‘al-Quds Press’ bahawa hukuman yang dikenakan terhadap anggota Hizbullah itu bukannya berasaskan kepada keadilan yang telus. Kes ini tidak seharusnya dilihat dari sudut kehakiman semata-mata, kerana ia turut mempunyai dimensi politik. Beliau percaya bahawa bantuan yang berikan bagi membantu pihak pejuang Palestin adalah tindakan yang sepatutnya dihargai, bukannya dianggap sebagai jenayah.

Kes ‘unit Hizbullah’ di Mesir menjadi tumpuan setelah sebuah mahkamah pada 28 April (Rabu) menjatuhkan hukuman penjara antara enam bulan dan 25 tahun terhadap 26 tertuduh dari kalangan anggota satu kumpulan yang dikatakan oleh pihak berkuasa Mesir sebagai pengikut Hizbullah di Lubnan dan berusaha untuk melakukan tindakan keganasan bagi menggugat kestabilan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Penghuni Israel serang Bandar Palestin di Utara Tebing Barat dan memusnahkan harta-benda dan tanaman

Isnin, 03/05/2010 – Sekumpulan penghuni Israel Khamis lalu telah menyerang bandar Huwara, di utara Tebing Barat, dan memusnahkan pokok zaitun dan harta benda.

Kumpulan itu memulakan serangan mereka dengan membakar tanaman zaitun yang dipunyai oleh penduduk bandar itu. Kemudian mereka menyerang taman awam bandar itu dan memusnahkannya sama sekali.

Sebelum penduduk berjaya memaksa mereka untuk beredar, kumpulan itu juga merosakan sebuah rumah di dalam bandar. Kumpulan bersenjata itu datang dari penempatan Yitzhak yang behampiran dengan Huwara.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : aznil

Categories
Berita Semasa

4 terbunuh, 9 cedera di dalam terowong selepas disembur gas beracun oleh Mesir

Isnin, 03/05/2010 – Sumber perubatan Palestin di Semenanjung Gaza melaporkan pada petang Rabu lepas seramai 4 orang rakyat Palestin terbunuh manakal 9 lagi cedera selepas pihak keselamatan Mesir menyembur gas ke dalam terowong sempadan.

Sumber mengesahkan bahawa mangsa yang terbunuh dikenalpasti sebagai Mohammad Abu Jamous, 25, adiknya Osama, 22, Khaled al Ramly, 20 dan Nidal al Jady, 20 manakala 9 orang lagi cedera.

Kementerian Kesihatan palestin di Gaza mengesahkan bahawa keempat-empat mangsa terbunuh setelah polis sempadan Mesir menyembur gas yang bertoksin ke dalam terowong itu sekaligus menyangkal dakwaan bahawa terowong itu meletup sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan kepada rakyat Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Gaza: Tentera rejim Zionis tembak peserta demonstrasi aman

Isnin, 03/05/2010 – Tentera Rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah para peserta demonstrasi aman yang diadakan secara mingguan yang diadakan oleh Jawatankuasa Popular Melawan Zon Penimbal di Rafah, selatan Gaza.

Menurut saksi, di wilayah selatan, empat buah jip Zionis dari salah satu jajahan Israel di daerah Nahda kelihatan bergerak ke arah para penunjuk perasaan semasa perarakan aman mereka di timur Rafah dan melepaskan tembak ke arah peserta namun tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen