Categories
Berita Semasa

Pendeta Yahudi (Rabbi) menceroboh masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa dengan kawalan Tentera Zionis

Khamis, 10/06/2010 – Sumber Palestin menyatakan bahawa sekumpulan Pendeta Yahudi Zionis (Rabbi) telah menceroboh masuk ke dalam ruang halaman Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak pada waktu pagi hari Selasa 8/6/2010 melalui Pintu Al-Magharibah,dan perlakuan tersebut telah dilakukan dengan kawalan Pasukan Tentera Pendudukan Zionis,mereka juga telah memanjat ke bahagian atas masjid yang berbumbung itu dan telah melakukan rondaan di sekitar masjid dalam keadaan yang mencurigakan dengan alasan menjaga keamanan.

Memetik ulasan Dr.Talib Abu Sya’ar Menteri Hal Ehwal Agama dan Pengerusi Jawatankuasa Al-Quds telah mengutuk pencerobohan yang dilakukan oleh sekumpulan Rabbi Zionis itu ke dalam ruang halaman Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak,beliau menganggap pencerobohan tersebut merupakan suatu jenayah yang sungguh tidak berakhlaq dan bertentangan dengan syariat agama-agama Samawi yang lain kerana mereka telah mengotorkan Masjid Al-Aqsa dengan kasut-kasut mereka dan dengan keadaan mereka yang tidak bersih,dan perkara ini dituntut oleh para pemimpin, para alim ulamak dan para muslimun yang lain agar bangkit menentang pencerobohan terkutuk ini yang semakin menjadi-jadi sekarang ini.

Dan Dr.Talib Abu Sya’ar memberikan peringatan di dalam kenyataan akhbarnya pada hari Selasa 8/6/2010 bahawa pencerobohan ini tersenarai di dalam Siri Peningkatan dan Serangan Zionis yang semakin berleluasa menyerang Al-Quds dan Al-Aqsa,dan mengingatkan tentang kebahayaan Gerakan Yahudisasi dan betapa besarnya pengaruh gerakan tersebut dari berbagai bentuk dan berbagai cara yang meracuni segenap aspek kehidupan penduduk Al-Quds.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : putra duad