
Rabu, 27/05/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya dengan turut dihadiri oleh beberapa orang menteri menyambut para anggota yang menyertai konvoi ‘The Hope’ petang semalam (Selasa 26/5), yang menyeberangi Semenanjung Gaza kelmarin.

Rabu, 27/05/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya dengan turut dihadiri oleh beberapa orang menteri menyambut para anggota yang menyertai konvoi ‘The Hope’ petang semalam (Selasa 26/5), yang menyeberangi Semenanjung Gaza kelmarin.

Rabu, 27/05/2009 – Gabi Ashkenazi, Ketua Staf Tentera Israel semasa satu mesyuarat dengan Knesset Committee pada Selasa lalu menyatakan bahawa parti Hezbollah yang bertapak di Lubnan kini mempunyai pertambahan roket dan angkatan tentera berbanding sebelum perang Lubnan yang kedua.

Rabu, 27/05/2009 – Pembinaan Tembok Annexation Israel di atas tanah keluarga Khatib telah menyebabkan 24 anggota keluarga itu berada di wilayah Israel Wall, di mana mereka dikawal dan ditahan dalam rumah. Tiada mana-man ahli keluarga itu terlibat dengan jenayah, tetapi tentera Israel mengawal mereka di bawah penahanan dalam rumah kerana tentera Israel telah membina tembok dengan keluarga tersebut berada dibahagian wilayah Israel.

Selasa, 26/05/2009 – Fernando Rossi, seorang senator Itali dan ketua konvoi ‘The Hope’ dari Eropah mengutuk keras kepungan Zionis terhadap Semenanjung Gaza, juga sikap berdiam diri yang ditunjukkan oleh seluruh dunia terhadap kemelaratan kemanusiaan yang sedang mengancam nyawa satu juta setengah rakyat Palestin di Gaza.
Selasa, 26/05/2009 – Gerakan Hamas, menegaskan jangan terlalu berharap dengan hasil pertemuan Mahmud Abbas dan Presiden Amerika, Barack Obama. Pertemuan tersebut merupakan penyempurnaan dari tindakan Abbas yang hanya dilihat meraih simpati atas kerugiannya selama ini kepada AS dan Zionis.

Selasa, 26/05/2009 – Shaikh Nasr Farid Wasil, bekas mufti Mesir mengutuk penerusan penutupan sempadan antara Semenanjung Gaza dengan Mesir oleh regim Mesir untuk tahun ketiga berturut-turut. Beliau menganggap usaha untuk mengukuhkan kepungan itu sebagai perang yang diisytiharkan terhadap negara Islam dan sokongan kepada musuh.

Isnin, 25/05/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai Ismail Haneyya pada hari Ahad lalu meminta kerajaan Mesir untuk membenarkan orang Eropah konvoi mengelilingi Semenanjung Gaza. Beliau dalam kenyataannya terkejut dengan ketegasan pihak berkuasa Mesir yang menghalang konvoi tersebut meskipun ia merupakan misi kemanusiannya.

Isnin, 25/05/2009 – Sebuah pusat belia kurang upaya di Hebron yang ketika ini menempatkan 100 orang kanak-kanak akan ditutup pada bulan Jun melainkan diberi pembiayaan kecemasan bagi mencegah penutupannya.

Isnin, 25/05/2009 – Kumpulan Pemerintah Anti Sekatan dan Penyambut Delegasi menegaskan bahawa kerajaan Mesir semalam, Ahad (24/5) melarang konvoi bantuan “the hope” dari Eropah untuk memasuki Gaza.

Khamis, 21/05/2009 – Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Musa Abu Marzuq menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh menafikan peranan Mesir yang mendokong isu Palestin. Beliau berharap Mesir dapat menangani isu Pergerakan Pembebasan Palestin (PLO) agar dapat merealisasikan kepentingan rakyat Palestin serta menjaga hak dan kelestarian mereka.

Khamis, 21/05/2009 – Hamas memberi amaran kepada pihak Zionis bahawa mereka berhak bertindak balas terhadap serangan dan perbuatan jenayah Zionis ke atas rakyat Palestin. Israel telah melancarkan serangan dari udara ke atas beberapa lokasi di Gaza dan memusnahkan sebuah bengkel besi.

Khamis, 21/05/2009 – Menteri Dalam Negeri Palestin, Fathi Hammad telah mendedahkan plan Rabu yang “dicanai” oleh kerajaan Palestin di Ramallah dengan tujuan untuk mengganggu kestabilan di Semenanjung Gaza.

Rabu, 20/05/2009 – Para peneroka bersenjata Israel telah menyerang petani-petani Palestin yang sedang mengusahakan tanah di kawasan mereka yang terletak antara bandar Nablus, utara tebing barat dan Qalqilia pada Selasa lalu.

Rabu, 20/05/2009 – Blok “Perubahan dan Reformasi” yang mewakili HAMAS dalam Majlis Perundangan Palestin menegaskan kerajaan Fayyad yang dibentuk oleh pihak berkuasa di Ramallah, Mahmoud Abbas dengan dipimpin oleh Salam Fayyad adalah tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan, kerana ia tidak mendapat kepercayaan daripada Majlis Perundangan.

Rabu, 20/05/2009 – Sekumpulan penduduk Haram Israel menyerang penduduk Palestin di salah satu bahagian di bandar lama Hebron dalam usaha meningkatkan tekanan ke atas rakyat Palestin agar menjadi pelarian dan rumah dan tanah mereka diambil oleh penduduk haram Israel.
Mereka melempar batu dan botol ke arah penduduk Palestin di situ tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous