Categories
Berita Semasa

Bahar mengecam peningkatan jenayah penjajah di Tebing Barat dan di Gaza

Jumaat, 30/04/2010 – Timbalan Speaker 1, Majlis Perundangan Palestin, Dr Ahmad Bahar, Mengutuk serangan jip tentera Zionis yang berlaku keatas sebuah keluarga Palestin yang sedang bekerja di ladang dengan menaiki traktor di satu kawasan Lembah pergunungan. Serangan tersebut menyebabkan kematian dua anak perempuan, manakala dua saudara lelaki dan bapa mereka mengalami cedera parah.

bercakap mengenai insiden tersebut, Bahar pada Rabu malam (28-4) berkata “insiden yang berlaku tersebut adalah disengajakan oleh pihak zionis dengan matlamat untuk membunuh rakyat kami dan matlamat tersebut sudah menunjukkan kebencian mereka yang selalunya tidak memberi erti kemanusiaan atau melalui jalan-jalannya.”

Selain itu, penentangan pihak penjajah terhadap demontrasi yang dilakukan rakyat Palestin di timur Gaza, menyebabkan kematian seorang rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Rabbi mengutuk Israel kerana jenayah perang di Gaza: Surat Terbuka untuk Hakim Goldstone

Jumaat, 30/04/2010 – Sebagai rabi dari tradisi-tradisi yang pelbagai dan lokasi, kami ingin menyampaikan salam Mazel Toy kami kepada anda sebagai orang tua di komuniti kami Bar Mitzvah. Bar dan Bat Mitzvah adalah panggilan hati nurani, panggilan yang akan bertanggung jawab atas kesejahteraan orang lain, panggilan untuk memenuhi perjanjian perdamaian dan keadilan diserapkan dalam tradisi kami.

Seperti para rabi, kami perhati implikasi keagamaan daripada laporan yang ditulis oleh anda. Kita diingatkan kata-kata Shimon Ben Gamliel’s, “Dunia berdiri pada tiga perkara: keadilan, kebenaran, dan keamanan seperti yand dikatakan dalam (Zaccariah 8:16) ‘Jalankan penghakiman melalui kebenaran, dengan demikian keadilan dan keamanan akan didirikan di pintu gerbang anda’. Kami mengesahkan kebenaran laporan yang menyandang nama anda.

Categories
Berita Semasa

Zionis halau lagi penduduk Palestin ke Gaza

Jumaat, 30/04/2010 – Kerajaan haram Zionis pada Selasa lepas menghalau Fadi Al-Azazma, 19 dari Hebron ke Semenanjung Gaza. Al-Azazma yang dilahirkan di Gaza tiba di pintu masuk Bait Hanoon (Erez) dan terus menuju ke khemah pemprotes di mana dia dan Ahmaed Sabah memprotes terhadap pengasingan itu. Ahmaed Sabah juga telah dihalau dari Tebing Barat minggu lepas.

Pertubuhan Wa’d untuk tahanan dan bekas tahanan penjara memaklumkan bahawa Al-Azazma tinggal bersama keluarganya selama 15 tahun sebelum dihalau ke Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Israel: Turki tidak lagi menjadi sekutu strategik

Jumaat, 30/04/2010 – Intelijen Zionis menyatakan kerisauan hubungan Turki dengan Zionis-Israel. Israel akan mengkaji semula kedudukan hubungan Turki dengan Zionis-Israel. Perkara ini terjadi bilamana Turki tidak lagi dilihat boleh menjadi rakan strategik.

Ini dikuatkan lagi bilamana tahap komunikasi di lihat bermasalah dan semakin kurang di antara kedua-dua negara.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Menghubungi Gaza dengan Ireland melalui persidangan video

Jumaat, 30/04/2010 – Kempen Palestin untuk memboikot Israel secara Akademik dan Kebudayaan (PACBI) dalam kerjasama dengan kempen pelajar Palestin memboikot Israel secara Akademik dan Kebudayaan (PSCABI) telah menganjurkan satu persidangan melalui video dengan National University of Ireland “Joloy”.

Sidang tersebut diadakan di Bank kebudayaan dan maklumat Al-Quds di Gaza, Dr Haidar Eid mengacarakan sidang itu dari Gaza, dan berbicara tentang kesan kepungan atas kehidupan di semenanjung Gaza dan pentingnya sekatan antarabangsa dan pengurangan pelaburan dan pembebanan sekatan atas Israel, dan menangani penyelesaian kepada penamatan status dua-negera (penjara) dan peluang untuk belajar dari pengalaman Ireland, yang berjaya mewujudkan negara bersatu (Kerajaan campuran).

Dr. Ray Murphy, Presiden Pusat Perundangan dan Dekan Fakulti Perundangan di University of “Joloy”, mengacarakan mesyuarat itu dari Ireland dengan diiringi beberapa ahli komiti Perpaduan Ireland bersama penduduk Palestin.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

4 syahid dalam terowong diracun pihak berkuasa Mesir

Jumaat, 30/04/2010 – Empat penduduk Palestin mati manakala sembilan lagi cedera setelah pihak keselamatan Mesir menyembur gas beracun ke dalam salah satu terowong sepanjang sempadan di antara Semenanjung Gaza dan Mesir yang digunakan oleh penduduk Palestin bagi membawa masuk barang keperluan asasi disebabkan sekatan ketat yang dikenakan semenjak empat tahun.

Beberapa sumber perubatan dan keselamatan mengesahkan kepada Pusat Media Palestin pada petang Rabu (28/4) bahawa penduduk yang mati ialah Muhammad Ajmi’an Abu Jamus, 25, adiknya Usamah Ajmi’an Abu Jamus, 22, Khaild al-Ramli, 20 dan Nidal al-Jiddi, 20. Tujuh yang lain turut cedera dalam salah satu terowong yang memanjang antara sempadan Rafah dan Mesir, setelah pihak berkuasa Mesir menyembur gas beracun.

Kementerian Dalam Negeri Palestin juga mengesahkan kematian empat orang rakyatnya yang sedang bekerja di salah satu terowong adalah akibat semburan gas beracun yang disembur ke dalam salah satu terowong bersebelahan daripada terowong tempat keempat-empat mangsa sedang bekera, bukan diakibatkan oleh letupan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Lintasan komersil Gaza dibuka sedikit

Jumaat, 30/04/2010 – Tentera Rejim Zionis memutuskan untuk membuka sedikit pintu lintasan komersil hari ini. Raed Fattouh, Pengerusi Jawatankuasa kemasukan barangan ke Semenanjung Gaza, berkata tentera rejim zionis akan membenerkan kemasukan kira-kira 133 lori melalui Lintasan Kerem Abu Salem membawa bantuan, bahanapi dan makanan. Tambahan kepada kuntiti terhad gas memasak dan disel industri bagi janakuasa Gaza.

Fattouh menambah Lintasan “Al-Montar” juga berusaha untuk membawa masuk 122 lori memuatkan gandum dan makanan ternakan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Gaza : rejim Zionis menembak demonstran Palestin dalam satu demo damai.

Jumaat, 30/04/2010 – Tentera Haram Israel telah melepaskan tembakan ke arah kelompok ahli demonstrasi damai di timur Gaza yang menentang zon penimbal Israel di sempadan Gaza-Israel dan mencederakan seorang demonstran Palestin.

Pengarah Perkhidmatan Kecemasan di rumah sakit Al Shefa, Dr Muawiya Hassanein, berkata bahawa salah seorang ahli demonstarsi telah ditembak di kakinya ketika beliau menyertai demonstrasi tersebut. Namun status perubatan beliau adalah stabil.

Satu Jawatankuasa popular untuk menentang zon penimbal yang disebut demonstrasi damai mingguan di mana para demonstrasi menaikkan bendera Palestin dan menyeru untuk menamatkan penjajahan.

Minggu lalu, Nidal Al-Naji (18) ditembak di paha kanan, Hind Al-AKRA (22) ditembak di perut dan Bianca Zimmit (28) dari Malta sedang merakamkan filem demonstrasi tersebut ketika dia ditembak di paha kirinya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : rohiez

Categories
Berita Semasa

Rancangan Amerika di sebalik isu mencari jalan perdamaian

Khamis, 29/04/2010 – Kerajaan Palestin pimpinan Ismael Haniyeh sekali lagi menegaskan bahawa mereka menolak untuk melakukan perundingan atau kerjasama, secara langsung atau tidak langsung dengan kerajaan Fatah di Ramallah dan kerajaan penjajah Zionis, dengan menegaskan bahawa kerajaan Fatah (Pimpinan Mahmud Abbas) ini sebenarnya tidak mewakili rakyat Palestin dan dalam masa yang sama, beliau memberi peringatan tentang strategi dan rencana Amerika dalam membuat pemukiman di daerah tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :   arif

Categories
Berita Semasa

Fatah harus pilih Palestin atau dana politik

Khamis, 29/04/2010 – Pemimpin Hamas Ismail Ashqar menyerukan gerakan Fatah untuk memilih samada mendahulukan Palestin atau dana politik kotor yang di dalangi oleh Salam Fayyad. Ashgar menyatakan, bilamana ada usaha ke arah perdamaian dan penyatuan, penangkapan politik terus hebat dilakukan terhadap pimpinan HAMAS. Semua gerak kerja kotor ini memang sengaja dirancang oleh Fayyad.

HAMAS bertegas supaya Fatah menyatakan pendirian mereka samada kepentingan politik Fatah atau mendahulukan rakyat Palestin. Sekiranya Fatah memilih untuk terus membela rakyat Palestin, Fatah akan kembali di hormati.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Kartun amaran dari Hamas buat Israel dikeluarkan.

Khamis, 29/04/2010 – Sayap bersenjata Hamas Ahad lalu menyiarkan kartun bagi memberi amaran Israel atas nasib askar mereka yang ditangkap dengan menuntut pertukaran dengan ratusan tahanan Palestin.

Kartun tiga dimensi selama tiga minit itu menggambarkan ayah kepada tentera yang ditahan, Gilad Shalit dilihat berjalan melalui jalan-jalan bandar yang kosong sambil membawa papan tanda yang memaparkan janji pemimpin Israel sebelum ini dan akan datang yang berjanji untuk membebaskan anak lelakinya.

Sehingga kartun tamat, askar itu dipaparkan berada dalam keranda dengan dibaluti bendera sebagai sebahagian daripada pertukaran tawanan sebelum ayahnya, Noam Shalit bangun dari mimpi dan menyedari masih ada waktu untuk membawa anaknya kembali dalam keadaan masih hidup.

sumber :  Yahoo! News
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Al-Zahhar: Shalit tidak akan dibunuh

Khamis, 29/04/2010 – Dr Mahmoud al-Zahhar, seorang pimpinan terkenal HAMAS menegaskan pendirian pergerakannya terhadap tentera Zionis yang ditawan, Gilad Shalit adalah sama dengan tawanan lain, iaitu bahawa mereka tidak akan membunuh mana-mana tawanan yang ditawan oleh mereka, sambil menjelaskan bahawa itu adalah pendirian berakhlak yang tetap dan dipegang secara beterusan oleh HAMAS.

Beliau menjelaskan semasa sidang akhbar khas yang diberikan kepada Pusat Media Palestin pada petang Selasa (27/4) bahawa mana-mana pentafsiran lain berkenaan hal ini adalah pentafsiran yang tidak mendapat tempat di sisi HAMAS, lagipun pendirian politik HAMAS dalam hal ini telah dijelaskan sebelum ini.

Beliau juga menyebut bahawa polisi menculik tentera Zionis adalah polisi yang menguntungkan HAMAS dan boleh digunakan untuk menukar tawanan itu dengan tahanan Palestin yang ditahan dalam penjara Zionis atau dihukum dengan hukuman penjara puluhan tahun. Beliau juga memaklumkan bahawa rundingan yang telah dilakukan oleh Yaseer Arafat dan penggantinya Mahmoud Abbas, tidak berjaya membebaskan tahanan-tahanan Palestin dalam penjara Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Tentera menahan enam warga Palestin sewaktu serangan yang mensasarkan masyarakat Tebing Barat.

Khamis, 29/04/2010 – Selasa lalu, tentera Israel telah menahan enam warga awam Palestin semasa pencerobohan tentera yang mensasarkan masyarakat Tebing Barat.

Menurut laporan beberapa sumber tempatan, pencerobohan dilakukan di bandar Nablus dan Ramallah, bahagian tengah dan utara Tebing Barat, termasuk juga kawasan Hebron di selatan.Radio tentera mengumumkan bahawa semua tahanan hari ini akan dipindahkan ke pusat kemudahan tahanan tentera untuk diinterogasi.

Tentera mendakwa bahawa pasukan mereka telah menemui dua AK47 machineguns di rumah salah seorang mangsa tahanan dari kota Hebron.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : rohiez

Categories
Berita Semasa

Dr Bahar mengajak pasukan pertahanan menangkap lebih banyak tentera Israel sebagai tawanan perang


Khamis, 29/04/2010 – Timbalan Ketua Dewan Perundangan Palestin, Dr Ahmad Bahar, menyeru pasukan-pasukan pertahanan dan ketenteraan Palestin supaya melakukan penangkapan lebih ramai dari tentera penjajah Israel untuk dijadikan tawanan perang, sebagai langkah memaksa tentera Zionis membebaskan rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Perkara ini ditegaskan oleh beliau ketika menghadiri upacara demontrasi lilinyang dilakukan oleh anak-anak dari keluarga tahanan, dengan tema “Lilin Menerangi Kegelapan” anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan bagi Pembebasan Tawanan Perang, yang berlangsung pada hari Isnin (26-4) di perkarangan Dewan Perundangan Palestin di Gaza dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Kehakiman, Muhammad Farj al-Ghol, Menteri Belia dan Sukan Basem Naeem dan Ketua Umum Polis, Abu Ubaidah al-Jarrah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif

Categories
Berita Semasa

7 cedera dalam Protes Mingguan Anti-Tembok Nil’in


Rabu, 28/04/2010 – 7 orang remaja tempatan cedera di Kampung Nil’in di tengah Tebing Barat semasa mengadakan protes mingguan anti-tembok pada Jumaat lepas.

Terdahulu, penduduk kampung bersama-sama penyokong antarabangsa dan rakyat Israel melakukan sembahyang Zohor di kawasan tanah berhampiran tembok yang dibina Zionis yang telah diisytiharkan sebagai zon militari tertutup oleh tentera rejim Zionis.

Kemudiannya para pemprotes berjalan ke gerbang tembok itu yang memisahkan para petani dengan tanah mereka. Tentera rejim Zionis menembak gas pemedih mata dan bom bunyi ke arah pemprotes.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  salwa