Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis lancar 5 serangan udara di Gaza

Selasa, 01/06/2010 – Pesawat pejuang tentera Zionis-Israel telah melancarkan 5 serangan udara ke atas Gaza dan Rafah pada hari Sabtu. Sumber tempatan melaporkan bahawa angkatan udara Israel melancar serangan tersebut pada sebuah bengkel di Zeitoun Al, Timur Gaza, menyebabkannya musnah sama sekali dan meninggalkan kesan teruk pada penempatan sekitarnya.

Selain itu, empat lagi serangan menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza di Rafah, di bahagian selatan Jalur Gaza. Lapangan terbang tersebut telah sedia ada musnah dan tidak berfungsi sejak serangan Zionis tahun 2002. Dalam masa yang sama, jurucakap tentera Israel menyatakan bahawa serangan udara dilancarkan bagi bertindakbalas atas lancaran roket pejuang Gaza ke kota Sderot, selatan Israel.

Jurucakap itu menambah bahawa para pejuang juga cuba menanam bahan letupan berhampiran pagar sempadan di kawasan Nahal Oz, di bahagian utara Jalur Gaza.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929