Categories
Berita Semasa

Hamas memanjangkan ucapan takziah ke atas pemergian Qazi Hussein

Rabu , 09-01-2013 – Gerakan Penentangan Islam, Hamas, telah melanjutkan ucapan takziah kepada rakyat dan kerajaan Pakistan dan Jamaat-e-Islam atas kematian yang menyedihkan bekas pemimpin Qazi Hussein Ahmed.

Qazi Hussein, 74, telah diisytiharkan meninggal dunia di Pakistan pada hari Ahad berikutan serangan jantung. Hamas menegaskan bahawa Allayarham telah menghabiskan hidupnya dalam memperjuangkan Islam dan Arab serta Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Penduduk Khader membantah penubuhan pelopor baru

Rabu , 09-01-2013 – Penduduk bandar Khader, selatan Betlehem, membantah pembinaan bangunan oleh peneroka Yahudi di atas tanah penempatan mereka.

Mereka berkata bahawa peneroka Yahudi telah memulakan pembinaan di antara perkampungan mereka dan Gush Etzion, walaupun hakikatnya mahkamah tinggi Israel telah meluluskan keputusan sementara yang melarang mana-mana pembinaan disitu.

Penduduk tempatan berkata bahawa peneroka Yahudi telah membina jalan yang menghubungkan beberapa lot tanah di perkampungan mereka serta
memasang empat rumah mudah alih dikawasan berhampiran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Komandan Militan Zionis: Hamas Pimpin Tebing Barat Menuju Intifadah 3

Rabu , 09-01-2013 – Komandan militan zionis menyatakan, Intifadah Palestin 3 mulai dirasai di Tebing Barat. Menurutnya, rakyat Palestin menyokong gerakan Hamas dan mulai meninggalkan perundingan damai.

Komandan militan zionis, Kolonel Yaniv Aluv menjangkakan pertembungan antara kekuatan Palestin dan kekuatan zionis akan meningkat. Kita bukan lagi berada di gerbang Intifadah 3, tetapi memang sudah berlangsung, kami menjangkakan pertembungan akan semakin sengit berlaku dari sekarang.

Aluv menganggap proses perundingan yang digerakkan Presiden Palestin Mahmud Abbas telah berakhir dan bertukar kepada dokongan terhadap gerakan perjuangan Islam “Hamas”. Beliau menyebutkan bahawa Abbas berusaha menghidupkan perubahan Arab namun jalan perundingan telah berakhir.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hari Mogok Lapar Sedunia Bagi Menyokong Banduan Palestin

Rabu , 09-01-2013 – Rangkaian pembelaan banduan Palestin Eropah (UFree) menyatakan sokongan dan penyertaannya dalam hari mogok lapar sedunia bagi menunjukkan sokongan terhadap tahanan Palestin dalam penjara Israel.

UFree mengeluarkan kenyataan bagi menggesa masyarakat dunia supaya sama-sama menyokong rakyat Palestin, Samer Al-Issawi yang melancarkan mogok lapar dan banduan-banduan Palestin lain yang menuntut pembebasan.

Ia juga bertujuan untuk menamatkan dasar Israel yang sewenang-wenangnya menahan rakyat Palestin untuk dijadikan tahanan pentadbiran mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Resheq bidas IOA kerana robohkan rumah abang Issawi

Selasa , 08-01-2013 – Anggota biro Politik Hamas, Ezzet Al-Resheq mengutuk tentera Zionis Israel (IOA) kerana merobohkan rumah Rafat Al-Issawi, abang tahanan yang sedang mogok lapar, Samer Al-Issawi di Baitulmuqaddis yang diduduki.

Beliau meminta pertubuhan antarabangsa dan masyarakat dunia mengutuk jenayah tersebut dan memberi tekanan kepada IOA bangi menamatkan pencerobohan terhadap rakyat Palestin.

Resheq, dalam satu kenyataan akhbar Selasa lalu membidas IOA kerana merobohkan rumah Rafat, sambil menekankan saudaranya Samer telah melancarkan mogok lapar di penjara Israel selama lebih daripada lima bulan kerana memprotes pentadbiran penjara dan menuntut pembebasannya dengan segera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Israel mengurniakan pingat kehormatan kepada tenteranya yang membunuh Salaymeh

Selasa , 08-01-2013 – Ketua Polis pendudukan Israel, Yohanan Danino, menganugerahkan pingat kehormatan kepada tenteranya yang telah membunuh seorang belia, Muhammad Salaymeh. Askar Israel tersebut telah menembak Salaymeh Martyr, 17, pada pertengahan Disember tahun lalu selepas beliau
tidak menyahut panggilan tentera itu kerana mengalami gangguan pendengaran.

Yohanan Danino memuji keupayaan askar itu kerana “berjaya” berurusan dengan keadaan, menurut dakwaan beliau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis telah menangkap 880 kanak-kanak Palestin dalam tahun 2012

Selasa , 08-01-2013 – Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, jumlah tangkapan terhadap kanak-kanak Palestin oleh Regim Zionis Izrael telah meningkat sebanyak 26% pada 2012 berbanding tahun sebelumnya 2011.

Laporan itu menunjukkan bahawa Regim Zionis Israel telah menahan 880 kanak-kanak Palestin pada tahun 2012, dengan purata 73 kes tangkap sebulan yang mana boleh dipertimbangkan sebagai “penunjuk serius dan membimbangkan”, jelas mensasarkan kanak-kanak dan menahan mereka dalam penjara dalam keadaan yang sukar, dan jelas melakukan pencabulan serius terhadap mereka.

Regim Zionis Israel masih menguasai penjara dan pusat tahanan yang menempatkan kira-kira 190 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Semua kanak-kanak itu dilucutkan hak-hak mereka walaupun yang paling asas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Ahrar Kecam Penghargaan Zionis Terhadap Pembunuh Salayimah

Selasa , 08-01-2013 – Gerakan pembebasan Palestin Al-Ahrar menganggap pemberian penghargaan terhadap tentera wanita Zionis yang telah membunuh Muhammad Salayimah di Hebron merupakan tindakan untuk meningkatkan kejahatan mereka dalam menghancurkan hak-hak warga Palestin.

Menurut wakil gerakan ini yang disiarkan pusat informasi Palestin, Selasa (1/1) mengatakan, tindakan jahat Israel akan terus berlanjutan dengan pemberian hadiah atau penghargaan yang dilakukan pemerintah Zionis terhadap tenteranya yang berjaya melakukan tindakan zalim terhadap warga Palestin.

Sebelumnya, pemerintah Zionis memberikan penghargaan kepada tentera wanita Israel yang telah membunuh Muhammad Salyimah secara sadis. Tindakan ini menjadi bukti kuat sejauhmana penglibatan para elit Zionis dalam setiap tindakan kejam warga Israel terhadap penduduk Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

13 kader Briged Salah al-Din terbunuh sepanjang tahun 2012

Selasa , 08-01-2013 – Briged Salah al-Din, sayap ketenteraan pihak pejuang mengumumkan bahawa 13 kader meninggal pada tahun 2012.

Briged itu berkata dalam kenyataannya pada Selasa bahawa 13 pejuang kebanyakkannya dari bahagian senjata telah terbunuh dalam pertelingkahan dengan rejim Israel.

Antara yang syahid ialah Setiausaha Agungnya, Sheikh Zuhari al-Qaisi yang telah dibunuh oleh pesawat rejim Israel pada 9 Mac lalu bersama salah seorang pemimpin pejuang, Muhammad Hanani.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Kesihatan pemogok lapar semakin teruk

Rabu , 02-01-2013 – Kesihatan pemogok lapar Jafar Ezzuddin semakin banyak merosot di jajahan Israel. Um Hamza isterinya memberitahu wartawan PIC di kampung halamannya Arrabe, Jenin pada hari Selasa.

Beliau berkata bahawa suaminya telah kehilangan 12 kilogram berat badannya setakat ini dan telah mengalami tekanan darah yang tidak stabil dan lemah sehingga tidak dapat bergerak dengan sendiri.

Isteri memetik peguam sebagai berkata bahawa keadaan Jafar semakin teruk setiap hari tetapi dia berkeras berterusan dalam mogok lapar beliau sehingga keputusan tahanan pentadbiran Israel terhadapnya digugurkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Keputusan Akhir Referendum Mesir, 63,8 % Sokong Perlembagaan Baru

Rabu , 02-01-2013 – Jawatankuasa Tertinggi Pemilihan Umum Mesir mengeluarkan keputusan akhir referendum berkait perlembagaan baru negara tersebut. Sebanyak 63.8 % rakyat Mesir menyatakan sokongan terhadap perlembagaan baru dan hanya 36.2 % menolaknya, sebagaimana diumumkan jawatankuasa tersebut Ahad lalu.

Samir Abu Maathi, ketua jawatankuasa tertinggi pilihanraya umum Mesir mengatakan, jumlah peserta refendum mencapai 51.919.067 orang. Yang menyatakan “ya” untuk perlembagaan baru adalah seramai 10,693,911 orang atau sekitar 63,8 %. Sementara yang menyatakan “tidak” mencapai 6,061,101 orang atau 36,2 %. Dengan demikian pihak jawatankuasa menyatakan jumlah kiraan undi sebelum jam 11 dinyatakan tidak sah walau hanya beza setengah jam.

Dalam sidang akhbarnya Selasa (25/12) Abu Maathi membantah keraguan yang menyatakan tidak adanya pangawasan dari pihak hakim di sejumlah tempat mengundi. Beliau mengatakan, referendum dilaksanakan dengan pengawasan dari pihak kehakiman. Semua tempat mengundi dipimpin oleh seorang hakim anggota dari pihak judisari.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Netanyahu memperbaharui sumpah beliau untuk meneruskan aktiviti penyelesaian

Rabu , 02-01-2013 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memperbaharui sumpahnya untuk terus menyokong pengembangan dan pembinaan penempatan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

“Dengan bantuan Tuhan kita akan terus hidup dan membina penempatan di Jerusalem, yang akan terus berdiri tidak berbelah bahagi di bawah kedaulatan Israel,” Netanyahu berkata pada acara yang diadakan bagi pelancaran pakatan pilihanraya Likud-Beiteinu.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melakukan banyak aktiviti untuk memberi penempatan dan akan terus berbuat demikian,” tegas beliau lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Aktivis Kanada Mogok Lapar, Sokong Tahanan Palestin

Rabu , 02-01-2013 – Seorang rakyat Kanada, Sarah McLaughlin berusia 20 tahun melancarkan mogok lapar lebih seminggu dalam usahanya untuk menyokong tahanan Palestin di penjara Israel dan telah membantah layanan buruk tentera Israel terhadap tahanan Palestin.

Sara telah melancarkan mogok lapar untuk 180 jam (7 hari setengah) bagi menunjukkan keprihatinannya terhadap tahanan Palestin di penjara Israel yang juga melancarkan mogok lapar.

Beliau memberitau wartawan PIC, kekuatan Sharawna dan Issawi telah memberinya kekuatan untuk melancarkan mogok lapar tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) arahkan rakyat agar tidak menyiapkan pembinaan rumah mereka.

Rabu , 02-01-2013 – Tentera rejim Israel (IOF) mengeluarkan notis kepada sekumpulan warga di selatan Al-Khalil pada malam Selasa mengarahkan menghentikan pembinaan rumah mereka.

Sumber keselamatan dan tempatan memberitahu Quds Press bahawa pemberitahuan itu disebarkan di kampung Edhna mendakwa rumah-rumah tersebut tidak mendapat kebenaran pembinaan.

Mereka berkata notis pemberitahuan tersebut disebarkan kepada 5 warga dari keluarga Farajallah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pihak PA Keselamatan menghalang mogok guru secara kekerasan buat kali kedua.

Rabu , 02-01-2013 – Pihak Berkuasa Palestin pasukan polis menghuraikan mogok yang dilancarkan oleh guru-guru di bandar Ramallah dengan menggunakan kekerasan untuk kali kedua pada malam Selasa.

Jurucakap bagi guru-guru yang diharamkan dari mengajar di Tebing Barat Awad berkata bahawa polis merampas barang-barang guru bagi mengelakkan mereka mengulangi mogok tersebut. Beliau berkata bahawa polis mengasingkan mereka ke dalam kumpulan dan membawa mereka menggunakan van polis ke kawasan-kawasan yang berbeza di dalam dan di luar Ramallah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : faridah