
Jumaat, 12/04/2013 – Seorang gadis Palestin Selasa lalu cedera selepas dilanggar oleh penunggang motosikal peneroka haram Yahudi di pintu masuk kampung Beit Ummar, utara al-Khalil, kata pegawai perubatan.
Mohammed Awad, jurucakap media Jawatankuasa Popular menentang Tembok dan Penempatan di Beit Ummar berkata, seorang menunggang motosikal Yahudi melanggar Alaa Diab Alami, 22 dan melarikan diri ke arah penempatan Karmi Tzur yang dibina di atas tanah Palestin di Beit Ummar dan Halhoul.
Gadis Palestin itu mengalami lebam dan kecederaan serius di kaki . Ambulan Bulan Sabit Merah Palestin telah memindahkan mangsa ke hospital, di mana keadaan beliau telah dilaporkan terkawal.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz