Categories
Berita Semasa

Kelahiran kembar siam pertama di Gaza.

Jumaat, 02/04/2010 – Fenomena pelik dan jarang telah muncul untuk pertama kalinya di kawasan Palestin iaitu kembar “Siam” telah dilahirkan, dua bayi perempuan (Rittal, dan Retag) telah melekat dan bercantum antara satu sama lain di hospital “Mubarak” di Khan Younis, yang mana telah mengejutkan para doctor kerana ianya merupakan kali pertama berlaku.

Tiada siapa menjangkakan yang pembedahan casarean untuk wanita itu bertukar menjadi satu keadaan yang jarang dilihat di dunia. Doktor yang menbantu kelahiran kembar tersebut, Dr. Abu Amooneh melahirkan rasa terkejut selepas menyambut kelahiran bayi tersebut, dan beliau menyatakan “ini merupakan kes kembar Siam yang pertama yang kami saksikan di Gaza dan kami tidak tahu untuk mengendalikannya kerana doktor di sini tidak bersedia untuk perkara ini”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Ahli Mossad ditangkap menggunakan paspot palsu.

Jumaat, 02/04/2010 – Menurut sumber berita Algeria, pihak keselamatan mereka telah berjaya menahan seseorang yang bekerja sebagai pengintip “Mossad” Israel, yang mana memiliki paspot palsu Sepanyol.

Bedasarkan maklumat yang diterima, pihak keselamatab Algeria telah menahan pengintip zionis yang menggunkan nama “Alberto” (35 tahun) di tengah Bandar Hassi Messaoud, berhampiran pejabat kajian Mesir yang memiliki kontrak dengan syarikat minyak. Dia telah berjaya memasuki Algeria dengan menggunkan paspot palsu Sepanyol, spekulasi menyatakn yang dia juga menggunakan pengenalan palsu Sepanyol, menerimas visa melalui salah satu kedutaan Algeri di Eropah, sebelum tiba di ibu negara Algeria, melalui Bandar Barcelona. Pihak berkuasa Algeria masih menyiasat bagaimana suspek dapat memiliki visa ke Isarael semasa memegang paspot palsu Sepanyol, namun terdapat campurtangan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat apabila “Alberto” meminta bantua kedutaan Amerika akibat dari kurang hubungan kerjasama antara Algeria dan entiti Israel.

Sumber juga memetik pihak berkuasa berkata: Agen “Mossad” fasih bertutur dalam bahasa Arab, bergerak dalam kejiranan yang terkenal dan mengaku seorang Muslim dengan menyatakan bahawa dia pernah menyertai solat Jumaat di Masjid Bilal bin Rabah and duduk di kafe awam, dan menunjukkan sifat – sifat seorang Arab. Sumber lain menyebut, pembantu ketua “FBI” John Pistole yang melawat Algeria khamis lepas, dalam misi untuk menilai kes pengintip Israel dengan kerajaan Algeria kerana umum tahun tiada sebarang ikatan atau komunikasi antar Algeria dan Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

NGO bergabung membantah Israel menghalang perjalanan 4 ahli Parlimen Poland.

Jumaat, 02/04/2010 – Pencabulan terhadap 4 Ahli Parlimen Poland berlaku di Lapangan Terbang Ben Gurion bila meninggalkan Isreal selepas melakukan lawatan ke kawasan yang dijajah (Semenanjung Gaza dan Tebing Barat) adalah penghinaan yang tidak dapat digambarkan, seperti yang dilaporkan oleh Brussels-based European Campaign to End the Siege of Gaza (ECESG) hari ini.

“Pemeriksaan yang dilakukan ke atas mereka menyebabkan penerbangan mereka tertangguh adalah dilakukan dengan sengaja dan tanpa sebab,” kata Dr. Arafat Shoukri, pengerusi kempen tersebut. “Ini adalah satu contoh lagi pencabulan terancang Israel di peringkat antarabangsa, untuk menghalang mereka dari melihat sendiri keadaan tempat tersebut. Bagaimanapun, pegawai – pegawai dari Eropah yang telah melabur dengan signifikannya dalam memenuhi keperluan asas masyarakat Palestin – kewajipan itu sebenarnya harus dimulakan oleh pihak yang menjajah – dan memiliki hak untuk menilai situasi. Komuniti dunia harus membantah sekers – kerasnya.”

Ahli Parlimen tersebut turut disertai oleh Jolanta Hipinska, president penasihat undang – undang parlimen Poland untuk rakyat Palestin, telah melawat Semenanjung Gaza melalui Mesir bersama ECESG pada Januari lepas, dan kemudiannya ke Tebing Barat untuk bertemu dengan wakil Majlis Perundangan Palestin. Semasa meninggalkan Israel melalui Lapangan Terbang Ben Gurion, delegasi tersebut telah menjalani pemeriksaan yang cukup lama dan terpaksa menangguhkan penerbangan mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

9 cedera ketika memperingati Hari Tanah di Gaza.

Jumaat, 02/04/2010 – Askar rejim Zionis menembak penduduk Gaza yang memperingati Hari Tanah Rakyat Palestin ketika mereka menganjurkan beberapa demontrasi di Bandar-bandar sekita Semenanjung Gaza.

Askar rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah peserta-peserta yang berdemontrasi secara aman sehingga mencederakan 5 orang. Seorang daripadanya cedera ketika berdemontrasi di timur Kem Al-Maghazi sementara 8 lagi di Khan Younis, di tengah-tengah Semenanjung Gaza. Kesemua mereka yang tercedera sedang menyertai demontrasi yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Popular Penentang Tembok Keselamatan, sebagai memperingati Hari Tanah Rakyat Palestin.

Peserta demontrasi yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Diar Al-Blah untuk menerima rawatan. Menurut sumber perubatan, 3 daripada mereka yang cedera merupakan anggota keluarga Al-Najar yang berasal dari Khan Younis, salah sorang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Pengumuman Ceramah Palestin di Masjid Sy Ali, Padang Balang , KL.

Categories
Berita Semasa

Zionis hadkan kemasukan ke Al-Aqsa.

Khamis, 01/04/2010 – Zionis hari ini menghadkan perjalanan dari Tebing Barat dan kemasukan ke Masjid al-Aqsa untuk memberi peluang masyarakat Yahudi meraikan perlepasan perlepasan (dari Mesir) sepanjang minggu. Tindakan ini meningkatkan ketegangan dengan penduduk Palestin.

Polis Zionis menutup perkarangan Masjid Al-Aqsa dan menghalang umat Islam menunaikan solat di masjid suci itu. Lelaki Muslim yang berumur kurang daripada 50 tahun dihalang menunaikan solat di masjid itu. ini menyebabkan umat Islam, yang muda dan tua terpaksa menunaikan solat di tepi-tepi jalan di Jerusalem.

Kerajaan rejim Zionis juga meningkatkan kawalan kemasukan ke Israel dari Tebing Barat yang dijajah, menutup pintu masuk kepada orang awam, kecuali bagi kes-kes yang memerlukan bantuan perubatan, kemanusiaan serta para professional dan pelajar yang mempunyai permit.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Palestin seru pemimpin regim Zionis diburu.

Khamis, 01/04/2010 – Kerajaan Palestin menyeru pemburuan pemimpin regim Zionis diaktifkan, iaitu pemimpin yang terlibat dalam jenayah perang terhadap rakyat Palestin pada peringkat rasmi kerajaan negara-negara Arab dan secara bersepadu berdasarkan fail-fail yang mempunyai kes terhadap mereka agar menegah dan menghalang mereka daripada melakukan jenayah-jenayah baru.

Dalam satu kenyataan yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada petang Selasa (30/3) selepas mesyuarat minguannya, kerajaan Palestin mengutuk percubaan yang dilakukan oleh beberapa pihak antarabangsa dan regim Zionis dengan bantuan pihak berkuasa Fatah di Ramallah untuk mengalih perhatian daripada hasil laporan Goldstone. Kenyataan itu juga turut mengutuk jika laporan itu diketepi dan tidak diberikan perhatian dalam perbincangan rasmi negara-negara Arab.

Kerajaan Palestin juga mempertanggungjawabkan regim Zionis terhadap serangan yang berlaku di Khan Yunus di Semenanjung Gaza pada Jumaat lepas. Ia juga menarik perhatian bahawa apa yang berlaku adalah bertujuan untuk mengalih perhatian akibat kegagalan polisi Netanyahu dan kerajaannya dalam banyak isu. Kami menganggap ancaman yang dikeluarkan oleh para pemimpin Zionis adalah percubaan untuk menyembunyikan kegagalan politik mereka. Kerajaan Palestin juga menyeru masyarakat antarabangsa agar menyekat dan membendung sikap dan tindakan permusuhan para pemimpin Zionis terhadap rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Dahlan cari informasi aktivis Jihad di Khan Yunis

Khamis, 01/04/2010 – Kementerian Dalam Negeri dan Keamanan Nasional di Gaza, menyatakan terdapat aktiviti mendapatkan informasi dari pemimpin Fatah berkaitan aktivis yang terlibat dalam kejadian di Khan Yunis. Di fahamkan Dahlan telah mengarahkan untuk mendapat maklumat-makluimat aktivis jihad yang telah menyebabkan 2 anggota tentera Zionis dibunuh,

Menurut sumber, Dahlan telah mengarahkan seorang bekas pegawai datang ke Gaza bagi mendapatkan maklumat itu. Dalam pada itu, pihak Gaza menyatakan bahawa akan tiba masanya Dahlan dan para pengkhianat akan dihadapkan ke mahkamah. Rakyat Palestin tidak akan lupa pengkhianatan yang telah dilakukan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Pameran ‘Melawan Sekatan’ di Gaza.

Khamis, 01/04/2010 – Pameran ‘Innovasi Di Bawah Sekatan’ memberi gambaran tahap cabaran yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza di bawah sekatan Israel selama 4 tahun dimana sekumpulan syarikat Palestin sedang mempamerkan barangan yang dibuat daripada runtuhan bangunan dan bahan mentah yang menunjukkan rakyat Palestin dapat mengharungi sekatan ini.

Sepuluh syarikat dan kilang menyertai pameran ini yang dikelolakan oleh Kesatuan Am Industri Palestin daripada dana untuk membangunkan pasaran baru dimana kesepuluh syarikat dan kilang tersebut mengalami kerugian akibat sekatan ke atas Gaza.

Pengarah Eksekutif kesatuan tersebut di Gaza, Amr Hamad memberitahu objektif utama pameran itu adalah untuk meggalakan sektor industri untuk bangun semula dan untuk memberitahu orang awam bahawa sektor industri masih hidup dan berkembang walaupun disekat Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis tembak mati remaja di Rafah

Khamis, 01/04/2010 – Tentera Rejim Zionis hari ini menembak mati seorang remaja lelaki Palestin di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Mohammed Al-Farmwi, 15, telah dibunuh oleh tentera Rejim Zionis apabila mereka menembak ke arah beliau yang berada di dalam kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Rafah.

Dr. Moawiah Hasanen, ketua bagi khidmat bantuan kecemasan di Kementerian Kesihatan Gaza, menyatakan yang para pegawai perubatan sedang berusaha dengan Pasukan Palang Merah Antarabangsa untuk mengambil tubuh syuhada itu dari tempat dia syahid.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Mesej sokongan Obama kepada Yahudi dalam Pesta Paskah Yahudi.

Khamis, 01/04/2010 – Presiden AS Barack Obama memutuskan untuk menghantar mesej sempena Pesta Paskah Yahudi di mana beliau menghantar salam kepada dunia Yahudi umumnya dan Israel khususnya dengan beberapa kata-kata hangat Obama bagi orang Yahudi yang ditulis dalam bahasa Ibrani.

“Membaca kisah keluarnya Yahudi dari Mesir mengingatkan kita tentang tanggung jawab untuk melawan penindasan dan diskriminasi dan bekerja untuk menyokong kebebasan di mana sahaja”, kata Obama.

Mesej ini dihantar selepas menyaksikan ketegangan muncul dalam beberapa pertemuan terakhir antara Israel dan Amerika Syarikat berikutan keputusan untuk membina 1,600 unit rumah baru di Baitulmuqaddis bertepatan dengan kunjungan Obama ke negara itu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Terkini : Taklimat “Konvoi Nasional Buat Gaza”

Tarikh : 1 Apr 2010

Jam    :  2 ptg

Tempat : Dewan Muslimat, Masjid Wilayah, Jln. Duta KL.

Undangan: Perlu diberitahu dahulu kerana tempat terhad.  Hubungi 0123333825 untuk info lanjut. Program ini adalah anjuran MAPIM (Majlis perundingan pertubuhan Islam Malaysia).

Categories
Berita Semasa

Israel hantar ahli jawatankuasa pusat Fatah ke Penjara Ofer.

Rabu, 31/03/2010 – Tentera Rejim Zionis telah memindahkan Abbas Zaki, ahli jawatankuasa pusat Fatah ke penjara Ofer berdekatan Ramallah, menurut Kelab Banduan Palestin (PPC) Isnin lalu.  Zakki, yang ditahan di Bethlehm semalam, telah dikenakan tahanan empat hari di satu Penjara Israel, kata PPC.

Tentera Rejim Zionis menahan Zaki dengan 11 lagi rakyat Palestin berdekatan Bethlehem semalam ketika mereka menyertai satu demonstrasi popular sempena hari kebesaran kristian ‘Palm Sunday’.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Britain siasat Mossad palsukan ribuan paspot.

Rabu, 31/03/2010 – Pihak keselamatan Britain menjalankan siasatan berkenaan dakwaan pemalsuan yang dilakukan oleh Mossad terhadap ribuan paspot Britain selepas pendedahan terbuka Mossad melakukan pemalsuan terhadap beberapa paspot bagi melaksanakan jenayah pembunuhan seorang pemimpin kanan HAMAS, Mahmoud al-Mabhouh.

Akhbar Britain ‘Berita Dunia’ melaporkan wujud petanda di pihak perisikan Britain (M16) menunjukkan Mossad melakukan pemalsuan ribuan paspot Britain, dengan bantuan sebuah syarikat penerbangan Zionis yang bekerjasama dengan Mossad.

Akhbar Britain itu memetik daripada beberapa orang pegawai badan perisikan Britain itu yang berkata bahawa Mossad melalui aktiviti tertutupnya dengan syarikat penerbangan Israel itu berupaya memalsukan ribuan paspot Britain. Terdapat juga kebimbangan bahawa beberapa paspot tersebut telah digunakan dalam pembunuhan pimpinan HAMAS, Mahmoud al-Mabhouh.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Israel menjangka krisis terbaru dengan Eropah.

Rabu, 31/03/2010 – Sumber politik Israel percaya tuntutan yang diajukan oleh Presiden AS Barack Obama terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ketika pertemuan mereka di White House minggu lalu, menunjukkan niat Amerika bagi mengenakan status perjanjian kekal antara Israel dan Palestin selama dua tahun.

Sumber itu percaya bahawa tuntuan yang disebutkan bukanlah (puncak gunung ais) sebagaimana yang mereka katakan dan membawa perubahan dramatik dalam dasar AS terhadap Israel.

Sumber itu menunjukkan keseriusan permintaan Amerika bagi meletakkan isu status perjanjian kekal atas meja rundingan sewaktu pertemuan tidak langsung dengan Palestin dengan harapan akan dilancarkan yang mana ia akan mencadangkan pengenalan mekanisme di luar rundingan langsung dan mengenakan kedua-dua pihak satu berbentuk kompromi daripada pihak Amerika sendiri.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz