Categories
Berita Semasa

Seruan “Fatah” Supaya melakukan rundingan secara langsung dengan kerajaan Rejim Zionis

Isnin, 10/05/2010 – Salah seorang Pimpinan Gerakan Fatah, Hossam Khodar, menyeru supaya menghentikan rundingan yang dilakukan secara tidak langsung antara kerajaan Fatah di Ramallah dan kerajaan rejim Zionis. Beliau meminta supaya Perdana Menteri (yang tidak diktiraf dari sudut perlembagaan), Salam Fayyad , dan beberapa individu yang berpengalaman supaya memulakan rundingan damai secara langsung dengan rejim Zionis.

Akhbar al-Jazeera.net melaporkan bahawa, Khodar berkata “rundingan yang dijalankan secara tidak langsung adalah merupakan rundingan yang sia-sia dan tidak memberi apa-apa makna, malah ianya sama sekali tidak akan mampu menghentikan tindakan rejim Zionis terhadap warga Palestin yang berasal dari Gaza dan dihalau keluar dari Tebing Barat ke Gaza.

Khodar menyeru supaya Pertubuhan Pembebasan Palestin, Gerakan Fatah, dan beberapa gerakan yang lain supaya “memberi sepenuh kepercayaan kepada Fayyad dan beberapa individu lain yang berpengalaman dalam usaha rundingan damai yang ingin dibuat secara langsung”. Beliau menambah lagi bahawa, selama ini rakyat Palestin telahpun menandatangani perjanjian damai dengan Israel, tetapi Israel tetap melakukan penjajahan terhadap tanah Palestin, selain penindasan yang dilakukan secara berterusan dengan penolakan mereka terhadap hak-hak rakyat Palestin dan tindakan mereka yang terus menerus menduduki tanah Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif