Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri, Qassem kutuk Fatah halang sidang Parlimen.

Rabu , 03/03/2010 – Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas, pada hari Isnin, mengutuk Fatah kerana menghalang sidang Parlimen Palestin daripada bermula di Ramallah.

Dalam satu kenyataan akhbar beliau berkata bahawa tindakan Fatah itu merupakan bukti utama Fatah tidak menghormati prinsip demokrasi dan mengadakan sekatan ke atas Hamas dan ahli parlimennya. Apa yang dilakukan oleh Fatah menunjukkan demokrasi yang tidak adil dan hanya Fatah yang mahu menang dan jika orang lain menang maka Fatah bekerjasama dengan musuh untuk memusnahkan keputusan tersebut.

Manakala Dr. Abdul Sattar Qassem, Professor Sains Politik di Universiti Najah di Nablus berkata pemimpin Ramallah mengutamakan kepentingan diri dan ahlinya daripada kepentingan tempat suci dan kesemua rakyat Palestin.

Beliau menambah lagi militia Abbas yang menghalang sidang itu berlangsung telah memberi sokongan dan lampu hijau kepada Israel untuk meneruskan usaha merobohkan Masjid Al-Aqsa dan tempat suci yang lain.

Qassem berkata kumpulan politik lain pula yang tidak hadir hanyalah merupakan burung kakaktua yang mengikut telunjuk kepada tuan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous
Categories
Berita Semasa

Duweik kutuk pembatalan Sidang tergempar Dewan Perundangan Palestin.

Selasa , 02/03/2010 – Dr Abdul Aziz Duweik mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menghalang wakil-wakil rakyat daripada memasuki bangunan Majlis Perundangan Palestin bagi mengadakan sidang tergempar di Gaza dan Ramallah pada hari Isnin (1/3) bagi membincangkan tentang pencerobohan pihak Zionis terhadap tanah suci, sambil menegaskan bahawa segala langkah yang diperlukan perlembagaan telah diambil bagi mengadakannya.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di bandar Ramallah, selatan Tebing Barat, Duweik menegaskan bahawa pihak yang tidak mahu melihat Majlis Perundangan bersatu telah menggagalkan sidang tergempar tersebut. Beliau juga mengatakan bahawa pihak yang menggagalkan sidang tersebut adalah pihak yang tidak prihatin terhadap isu al-Quds dan terhadap pencerobohan yang dilakukan oleh pihak Zionis, bahkan mereka juga tidak prihatin terhadap isu Palestin itu sendiri.

Beliau seterusnya menambah: “Pada hari ini, anda tahu siapakah sebenarnya yang tidak mahu berdamai dan tidak mahu mengaktifkan Majlis Perundangan Palestin, dan siapa yang tidak prihatin terhadap isu al-Quds, al-Aqsa, masjid al-Ibrahimi, masjid Bilal dan tanah suci yang lain.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Categories
Berita Semasa

“Forum Solidariti” tegaskan kepentingan gagalkan rancangan musuh.

Selasa , 02/03/2010 – Forum Solidariti rakyat Palestin yang diadakan di Tehran, menegaskan keperluan dan kepentingan berusaha untuk menggagalkan objektif mana-mana serangan dan pencerobohan yang mungkin dilancarkan oleh pihak musuh pada masa-masa akan datang. Ia juga menegaskan ancaman dan ugutan Zionis dan Amerika terhadap Palestin, Syria, Lubnan dan Iran sebenarnya juga mensasarkan semua negara sekitar dan bertujuan untuk menjejaskan harapan dan cita-cita bangsa Arab dan Islam.

Forum tersebut yang diadakan sempena ulang tahun pertama kemenangan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, dalam kenyataannya yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada petang Ahad (28/2), juga mengutuk operasi mengyahudi dan membina penempatan Zionis di bumi yang dijajah, khususnya di bandar al-Quds dan sekitarnya, serta pencerobohan berterusan terhadap Masjid al-Aqsa. Turut juga dikutuk polisi meruntuh dan merampas rumah serta menghalau rakyat Palestin dari bandar al-Quds dalam usaha mengosongkan bandar tersebut daripada penghuninya, serta usaha untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa.

Forum tersebut yang disertai oleh pelbagai pihak dan puak Palestin dan negara Arab lain itu juga menolak usaha Zionis yang bertujuan merubah dan mencacatkan tanda-tanda sejarah dan peradaban, serta percubaan mencuri bahan-bahan suci Islam dan Kristian, terutamanya keputusan Zionis yang menganggap kawasan sekitar masjid al-Ibrahimi di el-Khalil dan Masjid Bilal ibn Rabah di Beit Lehm sebagai sebahagian daripada khazanah Yahudi. Dalam masa yang sama, forum tersebut juga menuntut agar segala usaha sama ada pada peringkat massa dan rasmi diteruskan bagi menghadapi polisi Zionis yang merbahaya ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Categories
Berita Semasa

Bardawil : Negara-negara Arab campur tangan untuk aktifkan semula perpaduan.

Selasa , 02/03/2010 – Dr. Salah Al-Bardawil, jurucakap komuniti Parlimen Hamas berkata bahawa Hamas telah meminta campur tangan beberapa negara-negara Arab untuk bersama Mesir menghidupkan semula perbincangan ke arah perpaduan Palestin.

Beliau berkata lagi dalam satu kenyataan media pada Ahad lepas bahawa Hamas telah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Arab Saudi, Libya dan Syria dengan harapan inisiatif ini mendapat perhatian mereka bagi mengakhiri kebuntuan serta akhirnya mencapai perpaduan negara yang diimpikan.

Dalam isu yang lain pula, Bardawil menafikan laporan media Israel yang menyatakan ahli Biro Politik Hamas, Dr. Mahmoud Al-Zahhar telah menarik diri daripada perbincangan pertukaran tahan penjara disebabkan percanggahan pendapat dengan Khaled Mishaal, Ketua Biro Politik Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa
Categories
Berita Semasa

Serangan terbaru rejim Zionis terhadap masjid Aqsa.

Selasa , 02/03/2010 – Pasukan tentera penceroboh Israel hujung minggu lalu telah menyerbu dan menutup pekarangan Masjid Aqsa di mana sedozen warga Palestin masih berjaga-jaga dan menolak untuk meninggalkannya kerana bimbang serangan daripada ekstremis Israel.

Saksi berkata lebih daripada 200 polis Israel telah mengepung Masjid Aqsa sejak pagi lagi dan meminta para jemaah agar keluar sementara warga Palestin dalam masjid tersebut menggunakan pembesar suara bagi menggalakkan seluruh penduduk agar berkumpul di Pekan Lama Baitulmuqaddis bagi mempertahankannya daripada serangan Israel.

Ramai warga Israel tegar dibenarkan oleh polis untuk melalui laman masjid.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79
Categories
Berita Semasa

Meshaal: Zionis-Israel di ambang kehancuran.

Isnin , 01/03/2010 – Khaled Meshaal, ketua biro politik HAMAS, menyatakan Zionis-Israel ketika ini menuju ke arah kehancuran. Meshaal menyatakan gerakan pembebasan di Palestin khususnya HAMAS menjadi semakin kuat dan kukuh dari hari ke hari. Gerakan ini juga telah banyak mendapat kejayaan yang sebelum ini di anggap mustahil.

Dalam pada itu, Ramadan Shallah, setiausaha agung Jihad Islam menyatakan bahawa dengan menentang dan bersatu merupakan kekuatan kepada rakyat Palestin. Pengalaman yang lalu yang mana mengutamakan hanya tujuan politik tidak membawa Palestin ke mana.

Ketua Spiritual Revolusi Islam Iran, Ali Khamenei menyatatakan gerakan perjuangan Palestin telah menidakkan tuduhan yang tidak berasas oleh pihak barat yang menuduh hak asasi manusia di cabul. Ini amat bertentangan dengan apa yang berlaku di Palestin. Khamenei yakin Zionis-Israel akan hancur dan Jerusalem akan kembali kepada umat Islam.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif
Categories
Berita Semasa

Mushir Al-Masri : Berhati hati dengan media pro Zionis.

Khamis , 25/02/2010 – Pegawai Senior Hamas, Mushir Al-Masri pada Rabu lalu akan mengurangkan kepentingan menyiarkan berita yang diterbitkan oleh saluran-saluran media Israel dan beberapa akhbar Palestin dan Arab yang setia kepada Israel, sambil menegaskan kempen yang mencemarkan nama baik mereka tidak pernah mempengaruhi masa depan cerah pergerakannya.

Dalam satu kenyataan akhbar, Masri meminta media Palestin dan Arab agar menyiarkan dengan tepat berita yang dilaporkan oleh media dan akhbar yang bias kepada Israel.

Beliau menggariskan yang ia bukan kali pertama media pro-Zionis memalsukan berita sebagai usaha untuk melemahkan penentangan dan mempengaruhi semangat dan ketabahan penduduk Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz
Categories
Berita Semasa

Penunjuk perasaan Israel sabotaj bekalan minyak untuk Gaza, gesa pembebasan Shalit.

Khamis , 25/02/2010 – Saksi memaklumkan bahawa penunjuk perasaan yang menggesa pembebasan Shalit telah menghalang lori-lori tanki minyak daripada memasuki Gaza pada hari Selasa.

Penunjuk-penunjuk perasaan yang turut disertai oleh bapa Shalit, Noam Shalit, memegang sepanduk yang menggesa penduduk Gaza menekan Hamas untuk membebaskan tentera yang diculik pada 25 Jun 2006 dalam satu serbuan melangkaui sempadan.

“Hamas telah mempergunakan anda dan meletakkan anda di dalam penjara terbesar di dunia – Semenanjung Gaza”. Itu antara tulisan pada sepanduk mereka di Terminal Kerem Shalom.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa
Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis bina pos kawalan di Jenin.

Khamis , 25/02/2010 – Tentera penjajah Israel, menyerang Jenin awal pagi tadi sambil membuat latihan dan membina pos kawalan di sekitar Jenin. Saksi memberitahu agensi berita SAFA, tentera Israel ditempatkan di pergunungan sebelah barat Jenin dan tidak memecah masuk mana-mana rumah atau membuat sebarang tangkapan, sebagai tanda mereka sebenarnya sedang dalam operasi latihan ketenteraan. Namun, saksi menyatakan, latihan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk.

Tentera Israel telah menyerbu lebih daripada sebuah perkampungan di barat selatan Jenin sejak bulan lepas untuk latihan memanah dan taktik ketenteraan lain.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  asyraf
Categories
Berita Semasa

Kabinet Israel “Knesset” seru Haneya dibunuh.

Khamis , 25/02/2010 – Ketua Parlemen di Knesset Yarey Lipeni, hari ini menegaskan dan menyeru agar PM Palestin Ismail Haniya dibunuh. Lipeni membuat seruan itu selepas kejadian pembunuhan pimpinan HAMAS di Dubai, Mahmud al-Mabhuh.

Lipeni membuat kenyataan ketika membahas penolakan Knesset terhadap usul yang diajukan oleh seorang anggota parlimen yang mengusul agar kejadian pembunuhan al-Mabhuh di bahaskan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif
Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Dakwaan anak lelaki pemimpin Hamas adalah seorang agen plot Zionis tidak berasas.

Khamis , 25/02/2010 – Rabu lalu, Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas di Gaza, yang digambarkan sebagai plot Zionis Ibrani, mendakwa di dalam sebuah laporan akhbar bahawa Ibni Sheikh Hassan Yousef, salah satu pemimpin politik Hamas di Tebing Barat, adalah seorang agen perisik Israel.

Abu Zuhri dalam satu kenyataan kepada PIC mengatakan bahawa plot berkenaan bertujuan menyebabkan kegemparan media yang boleh menutupi penglibatan Israel dalam pembunuhan Mahmoud Al-Mabhouh di Dubai bulan lalu.

Beliau mengatakan bahawa perisikan Israel tidak pernah mendedahkan nama agen-agennya dengan cara ini, menambah bahawa laporan akhbar juga bermaksud untuk mencalarkan imej Hamas dan Sheikh Yousef, yang diadakan di penjara-penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez
Categories
Berita Semasa

Britain/ EU korbankan rakyat sendiri untuk pertahan Israel.

Khamis , 25/02/2010 – Amira Hass baru-baru ini memberi komen dalam akbar Haaretz bahawa “Israel…terus meludah ke wajah-wajah negara-negara yang ‘baik’ dan membisu (tidak bersekutu).”

Kenyataannya itu ditulis selepas beberapa siri tindakan tanpa sekutu oleh Israel terhadap wakil-wakil negara dari US, Republik Chech dan Belgium. Pangsapuri mereka diserbu tanpa amaran, rakyat Negara-negara itu dihalau manakala menteri mereka dihalang daripada memasuki Gaza bagi misi kemanusiaan.

Categories
Berita Semasa

Video pembunuh Mahmoud al Mabhouh, anggota senior Hamas di Dubai.

Categories
Berita Semasa

Haneyya menyeru Intifada ketiga terhadap Israel.

Khamis , 25/02/2010 – Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya pada hari Selasa menggesa Intifada baru di Tebing Barat dan Jerusalam dalam menentang keputusan Israel untuk mengambil Masjid Ibrahimi dan Bilal untuk dijadikan kawasan bersejarah Yahudi.

Gesaan ini dibuat sewaktu demonstrasi yang dilakukan di Gaza yang dihadiri wakil-wakil kumpulan pejunag, ahli parlimen serta tetamu kehormat.

Haneyya turut mengutuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang mengumumkan untuk kembali ke meja rundingan dengan Israel yang dalam masa yang meningkatkan serangan ke atas tempat-tempat suci Islam di Tebing Barat dan Jerusalam.

Beliau menyeru agar PA membebaskan segera tahanan politik, tidak meneruskan rundingan dengan Israel sebagai tanda penentangan terhadap usaha Israel ini. Penjajahan Israel adalah haram dan segala yang datang daripada Israel adalah haram dan setiap keputusan tidak akan diiktiraf serta Jerusalam, tanah sekelilingnya, masjid Ibrahim dan Bilal adalah kesemuanya hak Palestin.

Pemimpin Jihad Islam Khaled Al-Batesh berkata tindakan Israel adalah tindakan yang sama yang digunapakai untuk menjajah Palestin sejak dulu lagi dan kini sengaja mereka cerita untuk mencuri tempat suci Islam.

Manakala Speaker Palestin Dr. Aziz Dweik pula berkata Israel melanggar semua norma dan undang-undang antarabangsa dan menegaskan masjid adalah milik umat Islam yang mutlak.

Jurucakap Hamas di utara Gaza, Sam’an Attallah berkata tuntutan Israel yang mengatakan masjid Ibrahim dan Bilal adalah tapak sejarah mereka adalah tidak berasas dan masjid adalah milik Islam.

Timbalan Speaker Dr. Bahar pula menyeru semua pemimpin Arab akan meletak agenda Israel ini sebagai agenda pertama dalam sidang Arab dan menyeru mereka mengambil tindakan yang serius di mana ini akan dijadikan sebagai batu loncatan bagi Israel untuk menakluk kesemua tempat suci Islam dan Kristian.

Dalam insiden yang sama, militia Abbas berjaga disekitar kawasan Masjid Ibrahim dan Bilal untuk meredakan para pendemonstrasi yang bertindak membaling batu ke atas askar Israel yang berkawal disitu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous
Categories
Berita Semasa

4 suspek dikenalpasti dalam kes pembunuhan Mahmoud al-Mabhouh.

Khamis , 25/02/2010 – Polis Dubai menyatakan empat suspek lain dalam kes pembunuhan pemimpin Hamas, Mahmoud al-Mabhouh didapati menggunakan pasport Britain dan Ireland, menurut sumber yang dipercayai kepada Reuters.

Sumber menyatakan polis Dubai memaklumkan dua pasport Britain dan dua pasport Ireland yang dipalsukan disyaki terlibat dalam pembunuhan terbabit.

Polis Dubai sebelum ini mengumumkan nama 11 individu yang membawa pasport palsu Inggeris, Ireland, Perancis dan Jerman dipercayai membunuh Mabhouh di sebuah hotel di Dubai bulan lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

penterjemah : hijjaz_79