Proses pemindahan 200 warga Palestin Semenanjung Gaza bermula.

Selasa, 20/04/2010 – Speaker Majlis Perundangan Palestin, Dr Aziz Duweik menegaskan tentera Zionis mula melaksanakan ketetapan memindahkan warga Palestin dengan menghalau 200 orang rakyat Palestin dari Tebing Barat ke Semenanjung Gaza. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu jenayah besar dan tragedi yang menimpa rakyat Palestin.

Duweik menegaskan dalam satu kenyataan kepada akhbar Jordan al-Sabeel pada hari Ahad (18/4) bahawa negara Israel yang menjadi sandaran pihak berkuasa di Tebing Barat melalui meja-meja rundingan dan proses damai, tidak lebih hanya sebagai negara khayalan yang tidak mempunyai sebarang hakikat. Beliau juga menyeru pihak berkuasa di Tebing Barat agar menghentikan proses rundingan, bahkan mendokong perjuangan dan mempertahankannya.

Beliau juga menganggap bahawa dengan melaksanakan tindakan tersebut, ini bermakna regim Zionis menghancurkan semua perjanjian dan persetujuan antarabangsa bahkan ia menghantar mesej kepada dunia bahawa ia adalah negara penjajah yang tidak memahamai sebarang undang-undang dan tidak menghormati apa-apa perjanjian.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir